Bab 58 - Salah

Romance Completed 92034

Hana tersedar daripada lenanya yang panjang. Dia menguap panjang daripada pembaringannya.

"Lama sangat ke aku tidur?" Soal Hana sambil mengingati apa yang terjadi sebelum dia pengsan. "Owh.. aku dekat pejabat, eh dah kenapa aku boleh dekat bilik sekarang ni?" Gumam Hana.

"Sayang dah bangun pun... Mesti sayang lapar kan? Dah jom makan.." kata Eiyril membawa dulang yang penuh makanan.

"Abang masak ke?" Soal Hana. Eiyril mengelengkan kepalanya..."abang suruh Erul beli. Anyway, kita terpaksa kerja separuh hari je. Risau abang tengok Hana tadi. Nyenyak juga ye Hana tidur tadi.." kata Eiyril.

"A ah... Nasib lah Abang yang sambut Hana pengsan tadi kan." Kata Hana sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

Eiyril melihat Hana yang besar selera makannya. Dia tersenyum sedikit. Berbeza daripada Hana yang dikenalinya yang hanya makan kecil sahaja. Namun, amat berbeza pandangannya kepada Hana sekarang.

"Hana lapar sangat ke?" Soal Eiyril. Hana hanya menganggukkan kepalanya. Dan, pada akhirnya ... semua makanan dihabiskan oleh Hana.

"Esok.. tak payah pergi kerja ye. Boleh?" Pinta Eiyril. Hana mengelengkan kepalanya.

"Abang... Please, sikit lagi kita nak tahu siapa pelakunya. Please abang.. Hana janji lepas je kita dapat tangkap pelaku tu, Hana tak kerja dah. Hana nak jadi suri rumah sepenuh masa" terang Hana.

Kedua kalinya Eiyril pelik dengan sikap Hana, dikenal isteri memang akan bosan di rumah. "Bagus lah tu... Hana jaga Abang je... Jaga makan minum Abang, pakaian Abang... " Terang Eiyril.
***

"Aku tak kira... Esok, kita kenakan budak PA tu. Tak puas hati aku. Siapa entah dia tu. Memang sah-sah lah perempuan simpanan Tuan" kata Reyna.

Farisya bersetuju. Dia sudahpun mengumpulkan semua pekerja untuk bersama-sama membuatkan PA itu berhenti dengann relanya.

"Hanya Cik Farisya je layak dengan Tuan Elfian tu, PA tu tak layak." Kata Syahrini. Mereka tahu betapa Farisya dan bos mereka layak dijadikan suami dan isteri.
***

Hana bersiap untuk pejabat hari ni. Hanya sedikit sahaja masa diperlukan untuk mengetahui dalang disebalik semua ini.

Hana menyolek wajah nya. Dan, Eiyril memerhati isterinya dari arah belakang. "Setahu Abang.. Hana ni tak gemar sangat bermekap. Dah, kenapa lawa sangat Abang tengok Hana hari ni?" Soal Eiyril.

Hana hanya terketawa, "entahlah Abang.. tiba-tiba mood nak melawa. Abang tak marah kan?" Soal Hana.

Eiyril sudah tersenyum, "jangan selalu sangat. Tak pergi kerja Abang kang. Dah jom.. " kata Eiyril.
***

"Kau dah ready ke?" Soal Rini kepada beberapa pekerja yang bersetuju dengan rancangan mereka untuk membuatkan PA tu berhenti.

"Ahh tu PA tu, jom.. kita kerjakan dia dekat bilik file.." kata Rini.

Hana yang ketika itu meneliti fail yang akan menjadi bukti kepada penyelewangan ini. Inilah selama ni dicarinya.

"Woii... Budak!" Jerit Rini. Hana ketika itu terkejut apabila beberapa pekerja sedang berada dalam bilik dan terus mengunci bilik file tersebut.

"Ya, kenapa ramai-ramai ni?" Tanya Hana, sedikit gusar. Rini hanya tersenyum sinis, "kau jangan nak berlagak baik.. kau ingat aku tak tahu... yang kau tu perempuan simpanan Tuan" kata Rini.

Hana sudah terkejut, "apa semua ni? Saya perempuan simpanan Tuan?" Soal Hana lagi.

Beberapa pekerja perempuan sudah mulai menyentuh Hana. "Eh, cermin lah diri sikit, tak malu ke nak dapatkam dengan cara macam tu.." kata seorang perempuan.

Dan, entah semena-mena.. sebiji telur dipecahkan di atas kepala Hana dan tepung dituangkan di seluruh badan Hana.

Terduduk Hana di lantai. "Kau ingat kau tu layak dengan Tuan? Farisya seribu kali lebih layak daripada kau lah.. perempuan tak ada maruah"kata seorang pekerja lagi.

Hana sudah menangis, belum pernah dalam seumur hidupnya dia diperlakukan seperti ini.

"Abang.. tolong Hana.." rintih Hana, entah kenapa dirinya berasa lemah dan tidak ada daya dia untuk melawan. Dia telah dikerumuni oleh beberapa pekerja perempuan.

Pintu ditendang dari arah luar. Kelihatan Eiyril dan Erul masuk ke dalam bilik file dan pertama dia melihat Hana yang sudah terduduk di lantai sambil tepung menutupi muka dan seluruh bajunya.

Merah padam apabila dia melihat isterinya diperlakukan sebegitu rupanya. Eiyril hanya melemparkan senyuman sinisnya.

"Kenapa ni?" Tanya Eiyril secara lembut. Dan, Erul tahu... baran sepupunya sudah sampai. Dapat dia melihat rahang Eiyril yang bergerak menahan sabar.

Semua pekerja terdiam, termasuk Rini. Eiyril menendang meja di hadapannya dan menumbuk dinding di tepinya. Barannya sudah tidak terkawal melihat si isteri diperlakukan begitu rupa.

"Aku tanya sekali lagi, apa yang berlaku... Jawab sebelum korang semua kena oleh aku..." Kata Eiyril. Semua pekerja terdiam. Pertama kali mereka melihat baran Tuan Elfian.

"Err... Cik Rini cakap, dia nak kenakan Hana bos. Supaya Hana berhenti kerja dekat sini. Mereka kata Hana perempuan simpanan bos.." kata Fahmi yang masuk ke dalam bilik file.

Rini sudah menelan air liur yang terasa kesat di kerongkongnya. Eiyril sudah berhadapan dengan Rini. "Kau nak mati ke?" Soal Eiyril, sambil senyumam sinis dilemparkan. Terkedu Rini dengan bosnya. Dia begitu takut dengan bosnya sekarang.

"Ril.. bawa mengucap Ril. Dah, kau pergi bersihkan Hana." Pujuk Erul. Dia tahu, Eiyril boleh melakukan apa sahaja, apatah lagi kalau melibatkan isterinya.

"Kau nak mati ke.. Aku boleh buat. Kau siapa nak sibuk hal aku ahh?" Walaupun perlahan namun keras nada yang digunakan Eiyril.

Hana cuba berdiri dan terus meluru ke arah suaminya. Dia tahu suaminya sekarang boleh melakukan apa sahaja termasuk membunuh perempuan di hadapannya. Namun, dia tidak mahu perkara ini terjadi.

"Abang... Dah tu ye. Jom bersihkan Hana.. Hana kotor dah ni. Jom balik ye.. Kami minga diri dulu semua. Maaf" kata Hana terus menarik tangan suaminya. Eiyril tidak berganjak, hatinya masih sakit apabila melihat isterinya menjadi begitu.

"Kau patut bersyukur, isteri aku ada. Kalau tak, nahas kau, aku kerjakan.." Kata Eiyril terus meninggalkan mereka semua.

"Dan.. korang semua jangan ingat, korang semua boleh lari." amaran Eiyril sudah mendukung tubuh Hana. Terjerit Hana akibat terkejut dengan perlakuan suaminya. Namun, dia tahu.. dia berjaya melembutkan hati suaminya.
***

Erul hanya mengelengkan kepalanya, "saya dah cakap banyak kali. Jangan sibuk hal pihak atasan. " Nasihat Erul.

Rini hanya diam menekur lantai. Pekerja yang lain Fahmi yang uruskan. Erul menguruskan mastermind untuk mengenakan Hana.

"Maafkan saya, Tuan Erul" kata Rini, dia risau memikirkan nasibnya. "Awak memang dah salah orang. Sebab, awak buat hal dengan wanita kesayangan bos. Dan, sepatutnya awak kena berterima kasih dengan Hana. Kalau tak, entah apa yang bos akan buat dengan awak.." terang Erul.

"Maafkan saya, Tuan. Saya tak tahu yang Puan Hana isteri Tuan.." kata Rini sambil menangis.

"Awak tenangkan diri awak. Cadangan saya, minta maaf dengan Tuan dan Puan. Dan, buatlah surat perletakan jawatan." Kata Erul meninggalkan Rini.
***

"Maafkan kami semua.. kami tak tahu Puan Hana isteri Tuan. " Kata salah satu pekerjanya. Fahmi dan Ikram hanya terdiam. Rupanya, gadis PA itu ialah isteri Tuan. Patut lah mereka perlu menghormati Hana selepas Erul.

Farisya hanya muram, apabila keminatannya sudah berkahwin. Dan, selepas ini... Dia perlu menghormati Hana. Teringat perlakuan kurang adabnya kepada Hana tempoh hari.

Dan, dia akan meminta maaf kepada Hana.
***

Hana hanya berendam di dalam bathtub bersama suaminya. "Abang, janji dengan Hana ye... Tolong kawal baran Abang.. jangan buat sesuatu dekat mereka semua.." kata Hana. Dia risau memikirkan nasib pekerja yang tadi.

"Kenapa Hana nak bela mereka pula..?" Soal Eiyril, dia tidak perangai isterinya yang suka kesiankan orang. "Abang.. bukannya salah mereka, kita pun salah, kita tak bagitahu status kita.." terang Hana.

"Tapi, mereka takda hak nak campur urusan hidup Abang. " Masih tegang nada yang digunakan oleh Eiyril.

Terpaksa lah Hana menggunakan jalan yang terakhir untuk mengembirakan kembali suaminya.

"Abang..... " Meleret suara Hana dan mendekati Eiyril. "Takda jalan lain Hana.. Goda jelah, suami kau juga.. semoga barannya dia berkurang lah.." gumam hati Hana dan meneruskan perbuatannya sehingga Eiyril mencempungnya dan membawanya ke luar daripada bilik mandi ke tempat mereka beradu.

Esok dengan Sabtu Killa tak update ye. Hari Ahad Killa update.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience