"Rose.. jauhkan diri daripada mereka." Arah Khai ketika mereka sekeluarga makan bersama di meja.
"Kenapa pula Abang? Rose tengok mereka okay je. Lagipun, mereka takda sakiti Rose pun" kata Rose.
Mak Khai hanya diam melihat kedua-dua mereka bertegang urat. "Rose tak kenang budi ke? Kami yang jaga Rose.. Abang cuma tak nak Rose kecewa macam dulu" marah Khai.
"Abang tahu tak, Rose keliru. Keliru dengan Abang, keliru dengan semua yang berada di sekeliling Rose. Sampai Rose tak tahu nak percaya siapa.." jerit Rose lantas meninggalkan mereka.
Airil yang ketika itu terkejut lantas memeluk Mak Khai. "Khai.. sampai bila kita nak sorokkan benda ni Khai. Lambat-laun dia akan tahu.. Jangan sampai satu tahap, Rose dah tahu semuanya, dia akan benci kita semua. Mak dah anggap Rose tu anak mak dah Khai. Airil ni macam cucu Mak. " Nasihat Mak Khai, terus membawa Airil ke biliknya. Dia membiarkan dahulu mak Airil reda terlebih dahulu.
***
"Rose..." Kata Khai. Cuba untuk memujuk Rose. Rose sudah malas membuka pintu.
"Apa lagi Abang?" Soal Rose.. Khai sudah tersenyum.. "marah lagi ke?"soal Khai. Rose hanya diam..
"Okaylah.. apa Abang kena buat supaya Rose tak marah Abang lagi?" Soal Khai. Agak lama Rose berfikir.
"Betul ni.. Abang bagi apa je yang Rose nak?" Soal Rose. Khai sudah menganggukkan kepalanya.
"Okay.. sebenarnya, Rose dah lama tak keluar dengan Airil. Boleh tak, Rose nak keluar dengan anak Rose. Sebab, Rose tahu lepasni Rose akan sibuk dengan projek kita. Boleh kan?" Pinta Rose.
"Boleh sayang... Janji, jangan marah Abang lagi tau. Abang minta maaf pasal tadi. Abang cuma nak melindungi Rose.." kata Khai.
"Ye Abang.. Rose tahu.. Abang kan Abang yang terbaik Rose pernah ada." Kata Rose.
Khai sudah tersenyum, tak sanggup melihat gadis pujaannya ini sedih. Dan, seboleh-bolehnya, dia tidak mahu memarahi gadis kesayangannya ini.
***
"Airil nak toys tak? Ke nak book. Mama belikan" kata Rose ketika berada di shopping mall bersama anaknya.
Sedang dia ralit memilih bahan bacaan untuk anaknya, dia terlanggar seseorang.
"Oppss. Sorry. Tak sengaja" kata Rose. Namun terkejut melihat sosok tubuh lelaki ini di hadapannya.
"Eh Erul... Haii.." kata Rose. "Hana.. " kata Erul. Dan, dia melihat gadis di belakangnya sedang mengalir air mata.
"Hana... Hana..." Kata perempuan itu terus memeluk Rose.
"Kau Sandra ke?" Soal Rose. Perempuan tersebut sudah menangis semahunya. Sandra sangat merindukan kawan baiknya ini.
***
"Ah.. Hana, marilah masuk. Saya belum berkenalan lagi dengan anak Hana. Hai, nama Uncle.. Uncle Erul, ni Aunty Sandra.. ni anak pak cik dan mak cik.. Elisyah.. siapa nama awak?" Soal Erul.
"Nama dia Airil Elfian.." kata Rose. Erul sudah tersenyum, "dari mana dapat idea nama tu Hana.." soal Erul.
"Entah lah. Saya suka nama tu.." senyum Rose. Sandra masih tidak melepaskan tangan Rose.
"Kita memang kawan baik ke dulu?" Soal Rose apabila mereka sudah duduk di sofa.
"Sangat Hana... Tapi, takpelah... Kalau Hana tak ingat, take it easy. Nanti kita jumpa Kak Hani ye. Dia mesti tak sabar nak jumpa adik dia.." kata Sandra.
"Awak ada gambar kita dulu-dulu ke? Mana tahu saya ada ingat sikit-sikit" kata Rose.
Sandra sudah tersenyum, "kijap ye.." kata Sandra terus meninggalkan Erul dan Rose.
"Nampak rapat betul anak saya ye dengan Elisyah.." kata Rose. Erul sudah ketawa, "memang lah. Saudara lah katakan. Rasanya Airil ni ikut perangai bapa dia lah kut" kata Erul.
"Sebab..."soal Rose. "Bapa dia kan tak banyak cakap kecuali kalau dengan Hana. Banyak mulut lah dia tu" kata Erul sambil ketawa.
"Amboii.. mengumpat aku" kata Eiyril. Terkejut Rose dengan kedatangan Eiyril ke sini, "sorry Hana.. saya yang call dia tadi. " Kata Erul.
Rose hanya tersenyum. Eiyril terus duduk di sebelah Rose sambil tangannya meraih pinggang Rose. " I miss you, my wife.. "bisik Eiyril.
Rose hanya tersipu malu.. Airil yang melihat Eiyril terus berlari mendapatkan ayahnya, "papa... " Sebut Airil.
"Airil sebut apa tadi?" Soal Rose, terkejut.. Eiyril sudah tersenyum.
***
Rose membelek album dia dan Sandra. Memang betul, mereka kawan baik.
"Hana.. saya tahu Hana perlukan masa. Tapi, ingat.. Khai itu orang yang culik Hana dulu. Tiga tahun kami kehilangan Hana.. Dan, yang paling terkesan.. Eiyril. Dia cintakan Hana dan sanggup buat apa sahaja demi Hana. Bukan kami tak berusaha mencari Hana. Tapi, semuanya menemui jalan buntu dan Eiyril terpaksa melupakan Hana seketika" kata Sandra.
Rose hanya diam.
"Sandra, it's okay. Take it easy. Jangan paksa Hana." Kata Eiyril. Sandra menganggukkan kepalanya.
"Baik Ril.." kata Sandra. Rose sudah mencari-cari anaknya.
"Airil mana?" Soal Rose. Eiyril sudab tersenyum, "Airil tidur.." kata Eiyril.
"Alamak.. macam mana Rose nak balik ni. Err, awak boleh tolong angkatkan dia pergi kereta tak?" Pinta Rose.
"Eh.. kesian Airil tu, Hana.. tidur je sini. Banyak bilik kosong dekat sini. Nanti saya suruh bibik kemaskan" kata Erul, tersenyum.
"Saya takut Abang Khai dengan mak risaukan saya.." kata Rose. Eiyril sudah tersenyum, "cakap je.. Hana tidur di hotel. Kesian anak kita. Nak kejutkan.. Airil dah tidur." Kata Eiyril.
"A ah Hana. Tidur je sini. Okay?" Soal Sandra.
Hana sudah menelan air liurnya yang kesat. Namun, dia bukan risaukan mengenai hal itu, dia risaukan.. adakah dia akan tidur sebilik bersama Eiyril. Dan, melihatkan senyuman di wajah Eiyril.
Dia yakin, dia akan dipaksa untuk tidur sebilik bersama suaminya.
Share this novel