Bab 34 - Majlis yang Ditunggu

Romance Completed 92034

"Cantik kau malam ni Hana. Ni memang sah-sah kena gurat oleh Mat Salleh" gurau Ann. Namun, betul. Penampilan Hana malam ni sangat cantik dengan gaun yang tersarung di badannya. Dan, gaun itu dibeli oleh suaminya yang Hana sendiri tidak mengetahuinya.

"Aku kena ucapkan terima kasih dekat kau. Pandai kau pilih gaun." kata Hana. Ann tersenyum, "mestilah.. aku nak kita menang pasangan tercantik malam ni" gurau Ann.

Mereka sampai di majlis makan malam tersebut. Ketika mereka sampai, semua melihatnya. Hana menjadi gugup seketika. "Ann.. muka aku ada apa-apa ke? Semua tengok aku" kata Hana. Ann tergelak, "takdanya.. Okay je aku tengok. Mungkin sebab kau lawa kut. Dah jom duduk" kata Ann.

Hana sedikit tidak selesa, dia sedar dia seakan diperhatikan oleh seseorang yang dia tidak tahu siapa. Namun, dia cuba buat tak endah.

Eiyril yang duduk di hadapan terpegun melihat Hana. Sesuai dengan gaun yang dipilihnya. Nasib mereka pada malam ni memakai topeng. Jadi, dia tidak akan diketahui oleh Hana.

"Ann. aku nak ke tandas tau.." kata Hana. Ann menganggukkan kepalanya. Hana pergi meninggalkan Ann. Eiyril yang melihat juga mengikuti Hana. Dia sedikit risau.

Hana ke tandas, dia membetulkan sanggul rambutnya dan mekapnya. Atas kebaikan Mary ingin memekapnya malam, dia seperti orang lain. Selama dia membesar, jarang sekali dia memakai mekap. Dia hanya memakai mekap hanya bila perlu.

Dia terpandang cincinya. Teringat sebelum dia pergi, Mary mengatakan seperti ada yang kurang. Mary melihat cincin di cermin terus memakaikan di jari Hana. Katanya, menambah seri.

Namun, apa yang Mary tidak tahu. Ini cincin kahwinnya. Cincin kahwinnya bersama Eiyril. Suaminya yang sah.

Ketika Hana ingin keluar, dia terlanggar seseorang. "Opss.. I am so sorry" kata Hana meneruskan perjalanan. Namun, dia sedikit pelik. Dia seakan pernah melihat sosok tubuh lelaki yang baharu dia langgar.

"Lamanya kau dekat tandas.. " usik Ann. Hana ketawa, " biasalah.. nak betulkan mekap" kata Hana, tersenyum.

Majlis dimulakan, dia tidak sabar bertemu bos syarikatnya yang lebih kurang hampir dua bulan dia bekerja di syarikat ini.

"Tak sabar aku nak tengok siapa bos kita. Yalah, kesian dekat aku. Setiap kali meeting, nama aku takda" Hana mengadu.

"Sabar.. mana tahu kau pernah jumpa dengan bos ke? Manalah kau tahu.." kata Ann, bermakna.

"Yelah kau.. " kata Hana. Pengacara majlis menjemput bos syarikat yang diberi nama Elfian.

"Owh.. Nama bos kita Elfian.. Macam pernah dengar je nama tu" kata Hana. Namun, dia lupa di mana dia mendengar nama tersebut.

"Kan..apa aku kata.." Ann bersuara. Namun, saat mendengar suara bosnya. Hana terkesima.

"Suara ini... kenapa macam suara.." bisik hati Hana bergema. Namun, dia cuba mengendahkannya, mungkin kebetulan.

Di saat bosnya membuka topeng. Hana terkejut.. Sangat terkejut, seakan tidak berdarah wajah Hana. Dan, Eiyril di pentas, tersenyum sinis.

"Jangan lari lagi Hana Roselyn" bisik Eiyril. Hana sudah tidak senang duduk. Sangat tidak senang duduk. Dia ingin pulang. Betul apa kata Eiyril. Dia akan tetap mencari Hana walau ke mana pun Hana berada.

Dan, siapa sangka selama ini. Dia begitu dekat dengan suaminya. Sehingga... dia tidak sedar bahawa dia dan suaminya kerja di bawah bumbung yang sama.

"Ada masa untuk lari" gumam hati Hana.

"Ann.. boleh hantar aku balik tak. Please.." kata Hana. Ann pelik, "kau kenapa Hana? Tak sihat ke? Kau cakap kau nak jumpa bos.." kata Ann.

"A ah.. aku tak sihat. Jom.. Jom.." kata Hana. Dia takut untuk bersua muka dengan suaminya. Dia takut Eiyril. Kejadian hitam semalam masih segar di ingatannya. Dia takut.

"Please.. Ann.." rayu Hana. Ann menganggukkan kepalanya. Sempat Ann menghantar isyarat kepada Eiyril.
***

"Kau dah kenapa Hana? Kau sakit apa?" soal Ann dalam kereta, melihat Hana seperti cacing kepanasan.

"Risau aku tengok kau ni lah." kata Ann lagi.

"Aku okay. Cepat lah bawa kereta Ann." kata Hana.

"Ye tahu.. Kijap, kita singgah stesen minyak dulu. Aku nak isi minyak. Kijap ye" kata Ann.

Setelah mereka sampai di stesen minyak. Ann keluar. Hana sudah mulai melihat kalau-kalau Eiyril mengekori mereka. Kalau boleh, dia tidak mahu berjumpa dengannya.

Kedengaran pintu kereta dibuka.

"Ann.. cepat sikit bawa...." tidak sempat Hana berkata, dia terdiam. Wajahnya puact lagi.

"Nak cepat-cepat ni, pergi mana sayang?" kata suara itu. Dan kereta meluncur laju. Dia tahu, dia tidak boleh ke mana -mana.

Tangannya sudah digenggam kuat olehnya. Suaminya, Eiyril Elfian. Hana mulai menangis.

Dah dapat semangat kembali. Enjoy reading, readers..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience