Hana dan Sandra sedang berjalan mengikuti langkah mama Erul di belakang mereka. Jika bergelar menantu kepada Mama Erul, semuanya perlukan kesempurnaan walaupun hanya majlis menyambut menantu.
"Maaf tau kalau Mama macam berlebihan, tapi .. Mama nak majlis ni diingati dan paling penting kena sempurna" kata Mama Erul.
Dan, dalam misi kali ni... Para suami kena tinggal di rumah.
***
"Rasanya Mama kau tu nak ajak mereka ke mana ye?" Kata Eiyril kepada Erul. Mereka terpaksa bersembunyi di balik konkrit kerana risaukan isteri masing-masing.
"Mana lah aku tahu, kenapa kita tak pergi dekat sana je?" Kata Erul, rasanya mereka seperti orang gila mengekori isteri masing-masing kerana risaukan kesayangan mereka.
"Kau nak kita kena bebel dengan mak kau. Baik tak payah, kita dekat sini je. Ahh, tu mereka masuk butik tu. Jom masuk" kata Eiyril. Erul hanya mengikuti jejak langkah sepupunya ini.
***
"Datin, selamat datang. Puan dah lama tunggukan Datin. Ni ke kedua menantu Datin?" Kata pekerja butik berkenaan.
"Ah.. mereka lah ni. Kenalkan ni Sandra, ni Hana.. mana Hani?" Soal Mama Erul.
"Owh, Puan ada dekat dalam. Marilah masuk ke bilik Puan" ramah pekerja berkenaan.
Sejurus sahaja mereka bertiga masuk ke bilik. Masuk Erul dan Eiyril di butik berkenaan. "Selamat datang, Encik.. ada apa yang boleh saya bantu?" Ramah pekerjanya.
"Err.. mereka bertiga tadi tu pergi mana?" Soal Erul. "Owh, mereka jumpa Puan Hani.." kata pekerja berkenaan.
Sedikit risau pekerjanya kerana yang dia ketahui butik ni hanya boleh dimasuki oleh perempuan sahaja. Ni pun atas arahan majikannya.
"Maaf kalau saya bertanya, Encik sebenarnya nak apa?" Soal pekerjanya.
"Taklah.. kita orang jumpa nak tunggu tiga orang tadi tu keluar" kata Eiyril. "Kalau macam tu, duduk dekat sana ye. Terima kasih" kata pekerja.
Dia memilih kedudukan yang tidak terlihat orang. Takut dia, butik Puan Hani dikunjungi oleh suaminya.
Eiyril mengambil salah satu katalog yang berada di atas meja. Sementara menunggu mereka bertiga keluar dari bilik berkenaan.
Namun, dia tertangkap sebaris nama. Nama yang pernah bertakhta di hatinya.
"Erul.. tengok" kata Eiyril. Lama mereka menatap nama tersebut lantas mencampakkan katalog itu ke lantai.
"Hani Lynda" bisik Eiyril terus merempuh bilik tersebut. Perkerja yang berada di situ terkejut lalu menegah kedua lelaki tersebut daripada masuk ke dalam bilik berkenaan.
***
"Mesti cantik punyalah rekaan pereka fesyen kesayangan mama ni" kata Mama Erul, sementara menunggu Hani keluar.
"Maaf menunggu" senyum Hani. Namun, dia terkejut ... Insan yang berada di hadapannya.
"Hana..." Laung Hani, terus ingin memeluknya adiknya, dia merindukan adiknya.
Hana sudah terdiri daripada tempat duduknya dan begitu juga Sandra. Lama dia tidak bertemu dengan kakak Hana.
"Hana, adik kakak. Ni Kak Hani." Kata Hani terus memeluk erat adiknya. Hana masih terkejut, dia hanya statik apabila dipeluk oleh kakaknya.
Mama Erul hanya diam menyaksikan pertemuan ini. Sandra mendekati mama mentuanya, "Ma, ni kakak Hana.." bisik Sandra. Mama Erul hanya tersenyum.
Kedengaran pintu bilik dikuak dari luar. Terkejut Sandra apabila melihat figura Eiyril dan Erul memasuki ke dalam bilik.
Pantas Eiyril menarik tangan isterinya dan memeluk Hana. "Don't you dare touch my wife" amaran Eiyril.
Hani sudah terkejut. Kedatangan Eiyril ke butiknya sangat mengejutkan. Hana hanya diam di dalam pelukan suaminya. Dia masih terkejut dan fikiran tidak mampu berfikir secara tenang.
Akhirnya, dia bertemu dengan kakaknya. Dia rindukan kakaknya namun dalam pada masa yang sama, semua memori terlayar di mindanya.
***
"Dah lah tu Eiyril, Hana dan Hani. Buang yang keruh ambil yang jernih" nasihat Mama Erul setelah mendengar cerita yang sebenarnya.
"Eiyril. Hani berhak.. lebih daripada berhak kalau selepas ni dia nak bertemu dengan Hana. Hana kan adik dia" nasihat Erul. Sandra hanya diam namun dalam hatinya sudah mulai risau. Hani yang dikenalnya sangat licik.
Teringat, bukan seorang sahaja Eiyril menjadi mangsa ketamakkan Hani, namun sepupunya juga pernah terkena dengan Hani. Hani hanya mencari kekayaan. Dia masih risau.
"Kalau dia tak berubah macam mana? Saya dah masak dengan perangai orang dekat depan saya ni, Aunty.." kata Eiyril. Dia tidak akan sesekali membiarkan Hana disakiti perasaannya. Itulah janjinya apabila dia bertemu kembali dengan isterinya.
"Semuanya terpulang kepada Hana. Hana... Cakap sayang" kata Mama Erul.
Hana hanya diam, hampir menangis. Dia meraih tangan suaminya meminta kekuatan, dan digenggam erat oleh suaminya.
"Kak Hani, bukan senang saya nak lupakan semua. Tapi, bagi saya masa.." kata Hana terus meluruh ke arah Hani dan memeluk kakaknya erat.
"Saya rindukan kakak. Tapi, bagi saya masa ye." Pinta Hana. Hani hanya tersenyum, "boleh adik.." kata Hani.
Eiyril hanya diam. Jika itu yang dimahukan isterinya, dia tidak akan membantah namun, selepas ni langkahnya kena berhati-hati untuk melindungi isterinya.
***
Selepas kejadian tadi, Hana menilik baju di hadapnnya, sangat cantik.
"Dah ready ke? Akak nak buka dah ni.." laung Hani daripada luar. Tadi, Sandra sudah mencuba baju yang ditempah khas. Hampir sahaja Erul ingin membawa isterinya balik kerana terpana dengan kecantikkan isterinya.
Nasib Mamanya menegah dia.
"Dah" laung Hana. Langsir dibuka dan semua terkejut melihat baju yang tersarung di badan Hana. Tanpa sebarang mekap. Dia masih cantik, dan sangat cantik.
"Lawanya kau.." kata Sandra. Erul bersetuju dengan pendapat isterinya. Mamanya sudah bertepuk tangan, memuji kecantikkan baju yang dijahit oleh Hani.
Erul terus melirik ke arah Eiyril. Tersenyum simpul Erul melihat sepupunya yang terkesima melihat isterinya.
"Abang.. okay tak?" Soal Hana. Eiyril hanya diam terus berdiri menuju ke arah isterinya dan membisikkan sesuatu kepada isterinya membuatkan mukanya merah.
"Dah kenapa tersipu-sipu tu?" Usik Mama Erul. "Err.. Aunty, saya tukar baju dulu ye.. Kak Hani, boleh tolong saya" kata Hana dan mereka masuk ke dalam bilik untuk menukar baju.
"Maaf Aunty, Erul dan Sandra.. saya ada hal nak buat dengan isteri saya.." kata Eiyril. Selepas lima minit, dia menantikan. Dia terus menarik tangan Hana dan meninggalkan butik berkenaan.
"Apalah yang dibisik oleh budak tu agaknya.." kata Erul. "Dia cakap dengan Hana, mereka nak berbulan madu satu hari" kata Hani. Dia gembira hari ini. Syukur dia dipertemukan dengan adiknya.
"Adik bertuah dapat Eiyril." Bisik Hanj, sempat dia meminta nombor telefon adiknya. Boleh lah mereka keluar bersama nanti.
Share this novel