Tidak lepas tangan Eiyril daripada Hana. Saat mereka turun sehinggalah menunggu Erul dan Sandra sampai, tangannya hanya berada di dalam poket jaket suaminya.
"Hana..." Laung Sandra. "Sandra..." Kata Hana, tangannya dilepaskan oleh Eiyril, membiarkan dua sahabat baik ini melepaskan rindu.
"Hai Eiyril.." kata Erul. Sedikit kekok namun seperti yang dikatakan kepada isterinya, Sandra."buang yang keruh, ambil yang jernih."
"Hai.. bro, sihat. " Tepuk Eiyril di bahu sepupunya. "Welcome back to Malaysia. And congrats on finding your wife back." Kata Erul.
"Dah, sekarang .. jangan larikan lagi isteri aku, kalau tak.. nahas korang berdua aku kerjakan.." kata Eiyril dan terus ketawa. Erul tahu itu merupakan amaran kepadanya dan Sandra untuk tidak masuk campur urusan rumah tangga mereka. "Tengok lah mereka, terus tak sedar dah suami mereka" kata Eiyril. Erul tertawa, "biarlah mereka.. bagi chance sikit" kata Erul.
"Aku rindu kau, Hana. Kau okay juga ke? Suami kau okay? Dia ada buat apa-apa dekat kau?" Soal Sandra.
"No, he's fine. Tahniah atas perkhawinan kau.. " kata Hana. Sandra sudah tersenyum.. "terima kasih sahabat.." bisik Sandra. Melihatkan para suami sudah mendekat ke arah mereka, Sandra sudah memberikan amaran, "you jangan cuba-cuba nak sakiti Hana lagi Eiyril" kata Sandra. Erul sudah terkejut.
"Kau jangan risau... Selagi aku bergelar suami kepada Hana Roselyn, aku tak akan sia-siakan isteri aku" kata Eiyril terus mengambil tangan Hana dan mengenggam lalu meletakkan ke dalam poket jaketnya lagi. "Jangan lepaskan." Bisik Eiyril. Hana hanya menurut.
"Dah lah tu Sandra, kita fokus rumahtangga kita, pandailah Eiyril jaga isterinya, kan Ril. Dah, sekarang.. kau nak ke mana? Rumah yang pertama ke atau yang kedua?" Soal Erul.
Eiyril merenung Hana lantas tersenyum, "dah tiba masanya Puan Hana Roselyn balik ke rumah kami.." kata Eiyril.
Mengertilah Erul rumah yang mana. Rumah pertama Eiyril. "Okay.. so, shall we?" Soal Erul.
***
Hani melihat gambar di dalam tangannya. Gambar dia bersama Hana. Dia merindukan Hana. Sangat... Adiknya yang sebenarnya. Dan bukanlah seperti apa yang dikatakan oleh ayahnya.
Rupanya, ayah yang curang. Dan, ibunya yang terpaksa menjaga anak ayah bersama perempuan lain. Walau apapun, Hana tetap adiknya.
"Sayang... You dah siap?" Kata Khuzaimi mengucup bahu isterinya. "Kita nak ke mana, Abang?" Soal Hani.
"Kita nak buat check up hari ini, supaya kita boleh dapat baby.." kata Khuzaimi. Dan, Hani sudah terhenyak. Akhirnya, mimpi buruknya sudah tiba
Dan, Hani berdoa agar dia baik-baik sahaja.
***
Hana sudah tertidur di bahu suaminya. Eiyril hanya mengusap lembut rambut sang isteri.
"Jetlag agaknya si Hana tu ye?" Soal Erul sambil melihat cermin belakang.
"A ah.. terima kasih ambil kami, Erul dan Sandra" kata Eiyril.
"Sama-sama. Anyway, Aunty kesayangan kau ajak makan malam esok. Boleh?" Soal Erul. Eiyril sudah tersenyum, "boleh.. Erul, minggu depan aku akan ke pejabat ye. Okay?" Soal Eiyril.
Erul membalas, "okay bos. Ni nanti kalau kau ke pejabat, Hana macam mana?" Soal Erul.
Eiyril diam sambil memikirkan sesuatu, "memandangkan aku dengan rasminya memberhentikan isteri aku jadi penulis novel, Sandra.. kau boleh teman dia supaya dia tak bosan?" Soal Eiyril.
Sandra tersenyum, perubahan yang begitu drastik daripada Eiyril, "boleh Ril. No prob.. " kata Sandra.
***
Hana membuka matanya , asing dia melihat bilik ini. "Dah bangun dah isteri Abang, penat?" Soal Eiyril.
Hana membetulkan rambutnya yang kusut masai. "Boleh lah.. err, saya lapar." Kata Hana, sedikit.
Eiyril sudah tersenyum, "tahu.. sini Abang suapkan, lepas kita makan, kita mandi ye.." kata Eiyril.
"Kita??" Soal Hana. "A ah.. kita.." kata Eiyril tersenyum seperti kambing .
"Gatal!" Kata Hana. Eiyril sudah ketawa, "kita gatal dengan isteri je. Dengan orang lain, takda nya Abang nak gatal merenyam macam ni tau." Kata Eiyril. Hana sudah menarik mukanya.
Rindu ke tu? Berkemungkinan novel ini sampai bab 60 atau 70.. stay tuned ye readers..
Share this novel