Bab 56 - Majlis

Romance Completed 92034

Hana disolekkan oleh mak andam. Sandra melihat rakan baiknya dari arah cermin.

"Memang tak tidur lah malam ni kau Hana, lawa sangat aku tengok" puji Sandra. Hana sudah terketawa, "kau pun apa kurangnya, mahu menangis Erul dekat bucu katil tengok kau" seloroh Hana.

Terketawa mereka di bilik tersebut, "Aku happy beripar dengan kau, Hana. Macam doa aku dimakbulkan. Ingat tak, aku pernah cakap. Kalau lah Erul ada abang, aku suruh dia gurat kau. Tak sangka terpaut hati sepupu dia dekat kau" terang Sandra.

Hana hanya melemparkan senyuman manisnya kepada Sandra.
***

"Terima kasih lah sebab sudi datang Hani, Khuzaimi..." kata Mama Erul.

"It's okay Aunty Layla. Lagipun, syarikat Aunty dah lama berurusan dengan Hani." Kata Khuzaimi.

"Ahh.. Hani ni, dah ada isi ke?" Soal Mama Erul. Hani hanya melemparkan senyuman, Khuzaimi juga turut tersenyum, "ada dalam 4 minggu dah ni Aunty.. So, saya nak kena jaga baik-baik Hani ni" senyum Khuzaimi.

Mama Erul sudah tersenyum.. "alhamdulillah.. bagus lah tu, nanti Hana pula mengejar kan?" Soal Mama Erul. Hani sudah tersenyum risau. Dia sebenarnya risau jika dia bertembung dengan Eiyril pada malam ni.

"Siapa Hana, aunty?" Soal Khuzaimi. Baharu sahaja Mama Erul ingin membuka mulut. Ada orang memanggil namanya. "Alah.. maaf, Aunty ke sana dulu ye.. jemputlah makan.. " ramah Aunty Layla.
***

Eiyril sedang mengikat tali leher bowtienya, kelihatan Erul sedang memikirkan sesuatu.

"Apa yang bekerut sangat dahi kau tu?" Soal Eiyril. Erul hanya tersenyum, "tak sangka aku isteri kau ni padan jadi spy. So, sekarang kita ada tiga suspek. Masalahnya, ketiga-tiga tu pegawai atasan yang kita percayai. Kau rasa siapa?" Soal Erul.

Eiyril pun turut memikirkan perkara yang sama. "Aku ingat kata Hana. Kerja ni bukan seorang punya kerja. So, minggu depan aku nak kau tolong Hana perhatikan dengan siapa Farisya, Fahmi, dan Ikram rapat.." kata Eiyril

Erul sudah menganggukkan kepalanya. "Dan, kau jangan lupa.. bilik kau yang kena masuk tu. Nasib tak yang hilang. Masalahnya, apa yang lelaki tu buat. Masuk bilik kau?" Soal Erul.

Eiyril sudah terdiam.

"Dahlah, tak payah fikir sangat. Malam ni kan kita nak khawin lagi. Aku masih gelabah kau tau tak?" Soal Erul.

"Ek eleh kau.. gelabah konon. Kau tu okaylah, dah ada pernah bersanding dulu. Aku ni, akad nikah je .." kata Eiyril.

"Siapa suruh kau, ikutkan hati sangat. Dah lah, jom.." kata Erul.
***

Semua terpana melihat kecantikan kedua perempuan yang turun. Sangat cantik dan menawan. Eiyril pula pandangannya hanya tertumpu kepada isterinya.

"That's my wife" bisik Eiyril.
***

Setelah agak lama majlis berjalan. Hana menuju untuk bertemu kakaknya, dia ditemani oleh suaminya.

"Akak.. terima kasih, cantik baju ni" kata Hana. Hani sudah tersenyum, "sama-sama adik. Abang, kenalkan ni Hana... Adik Hani" kata Hani. Khuzaimi tersenyum. Namun, dalam hatinya gelodak di jiwa bergelora apabila dia bertemu dengan Eiyril.

"Hai Hana.."ramah Khuzaimi. Namun, dia malas ingin melihat wajah disebelah adik iparnya.

"Hai Abang Khuzaimi, terima kasih sebab datang" ramah Hana. Kalau boleh dia tidak mahu keadaan menjadi tegang antara abang ipar dan suaminya semenjak dia mengetahui cerita sebenarnya.

"Harap suami Hana boleh jaga Hana lah ye" sindir Khuzaimi sekaligus mengingatkan Eiyril bahawa Hani sudah menjadi miliknya.

"Itu kau jangan risau bro, aku dah boleh bezakan permata dan kaca." Kata Eiyril dan terus melepaskan ciuman di pipi Hana dan mengetatkan pelukan di pinggangnya.

Hani ada sedikit cemburu, dulu... begini romantisnya Eiyril namun dia harus membuang perasaan ini jauh-jauh kerana Eiyril sudah menjadi kepunyaan adiknya.

"Kalau tak ramai orang dekat sini. Dah lama makan penumbuk dah kau ni. Dah Hani, jom balik" kata Khuzaimi, menarik tangan Hani.

Hana sudah terdiam dengan perlakuan abang iparnya kepada kakaknya. "Dah lah tu, tu hal mereka suami isteri. Biasalah.. family drama." Pesan Eiyril.

"Janji dengan Hana... Walau apapun berlaku, tolong jangan gunakan kekerasan dekat abang ipar Hana ye.. please.." kata Hana. Dia tidak mahu Eiyril menjadi orang yang tidak menghormati orang tua daripada dia.

Eiyril hanya tersenyum, siapa tak sayang bini oii.. "okay.. abang janji. Tapi, kalau Hani atau sesiapa sahaja sakiti hati isteri Abang ni, jangan halang abang pula ye. Tahu kan suami Hana ni macam mana orangnya" senyum sinis Eiyril mulai kelihatan.

Hana hanya diam lantas mengukirkan senyuman berharap agar semua baik-baik sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience