Hana terbangun dari tidur yang dirasakan sangat lama. Cahaya matahari yang masuk melalui langsir mengejutkan dia. Hana bangun dan mendapati Eiyril tiada. Dia menyelimutkan dirinya kembali. Ada nota kecil di bantal kepunyaan Eiyril.
"Abang ada urusan sekijap. See you later, sayang" kata nota tersebut. Bila teringatkan semalam, wajah merah dan panas. Betul kata suaminya, dia akan membuat Hana mencarinya.
"Apa Eiyril dah buat dekat kau ni Hana.. " kata Hana menyedarkan dirinya. Babak semalam, masih terlayar di memori mindanya. Hana mencapai tuala dan terus bergerak ke bilik mandi, dia akan terus mandi dan menunaikan solat Subuh yang dia terlepas pagi tadi.
***
"Ye Erul. Aku akan balik ke Malaysia, dengan Hana. Apa kau ingat, aku ni jahat sangat ke? Kalau kau larikan lagi isteri aku, awas korang berdua" amaran Eiyril. Baginya yang lalu biarkan berlalu. Lagipun, Erul keluarganya. Perlukah dia berdendam?
"Okay. Kirim salam dekat isteri kau. Jangan lupa ambil kami dekat airport. Mesti Hana happy jumpa kawan baik dia. " Kata Eiyril, lantas mematikan panggilan.
"Siapa call tu?" Soal Sandra yang baru sampai. "Eiyril. Dia dengan Hana balik lusa. Nanti kita pergi jemput mereka ye" kata Erul.
Sandra masih sangsi. Kenapa Eiyril berubah serta-merta. Mungkin ada muslihat yang disembunyikan oleh Eiyril.
"Sandra?.. kenapa ni, macam tak happy je jumpa Hana" kata Erul. Sandra meluahkan, "betul ke Eiyril tu dah berubah? Mana tau muslihat dia.. " kata Sandra.
Erul hanya tersenyum, "kalau dia jahat, dia tak akan cari Hana. Sandra fikir, suami mana tak sayang isteri. Lagipun, Sandra kena ingat.. Hana tu kan penulis novel kegemaran Eiyril. Dan, Eiyril sanggup buat apa sahaja untuk Hana. Kita doakan rumah tangga mereka happy macam kita. Okay?" Kata Erul.
***
Hana mengelap rambutnya. Kedengaran pintu dibuka dari luar, dia melihat pantulan dari cermin, suaminya.
Dan, tiba-tiba muka Hana memerah memikirkan kejadian semalam. Dia menyibukkan dirinya mengelap rambutnya menggunakan tuala.
Eiyril tersenyum melihat isterinya, masih malu-malu. Dia mendekati Hana dan membantu isterinya mengelap rambutnya.
"Lapar tak?" Bisik Eiyril di telinga Hana. "A ah. Sangat, Abang pergi mana? " Soal Hana.
Eiyril sudah tersenyum, "nampaknya isteri Abang dah mula tercari-cari Abang. Hehehhe.. ada urusan sekijap. Lusa kita balik Malaysia ye. Erul dengan Sandra ambil" kata Eiyril.
Hana sudah tersenyum, dia rindukan kawan baiknya itu. "Yay.. balik Malaysia" girang Hana. Dan buat pertama kalinya, Eiyril gembira tatkala melihat Hana gembira.
"Abang harap Hana akan gembira untuk Abang pula. Macam tu. Boleh ?" Soal Eiyril secara tiba-tiba. Terus Hana memerah mukanya. Eiyril suka mengusiknya kebelakangan ini.
"Dah, Abang nak pesan room service. Kesian, isteri Abang ni penat kan semalam?" Soal Eiyril mengusik sekali lagi isterinya. Hana sudah menutup mukanya dengan tuala. Sungguh malu dirasakan semalam.
Selepas sahaja Eiyril memesan, Hana memberanikan dirinya.
"Abang.. terima kasih. Atas semuanya.." kata Hana terus meloloskan diri ke bilik air. Malu dirasakan sebenarnya.
Namun, belum sempat dia meloloskan diri, Eiyril sudah mencapai tangannya dan terus memeluk isterinya.
"Kalau nak terima kasih, kena kiss sini. " Kata Eiyril menunjukkan ke arah pipinya untuk Hana cium.
Malu lagi Hana dibuatnya, "Aduh, semalam kan dah?" Protes Hana. Eiyril sudah tersenyum.
"Semalam lain, hari ni lain. Cepatlah Abang tunggu ni" kata Eiyril, menantikan perlakuan Hana mencium pipinya.
Hana terpaksa memberanikan diri. "Alah setakat pipi je, Hana" bisik hati Hana. Hana mula langkahnya untuk mencium pipi suaminya.
Namun, tak semena-mena lonceng bilik mereka berbunyi, "alamak. Kacau daun betul. " Kata Eiyril, dia melepaskan pelukan, dan Hana menarik nafas lega. Dia terus duduk di sofa.
"Thank You" kata Eiyril kepada penghantar makanan.
Eiyril menyiapkan semua makanan untuk dijamah oleh mereka berdua.
"Eh kijap . Jangan makan dulu" kata Eiyril. Hana menghentikan perlakuannya.
"Kenapa?" Soal Hana. Eiyril tersenyum lalu mencium bibir Hana secara tiba-tiba.
"Okay dah boleh makan, jemput makan sayang" kata Eiyril. Hana sudah memerah mukanya.
"Kenapa Eiyril sekarang ni, apa penyebab dia berubah 360 darkah daripada yang asal?" Soalanya itu hanya bergema di dalam hatinya.
Share this novel