"You will be mine, Hana.. Cepat atau lambat" kata Eiyril, usapan di pipinya terasa oleh Hana.
Hana sudah menangis. "Saya tak mahu.. tolong... ceraikan saya" tangis Hana. Eiyril sudah menarik tangannya.. "taknak.." jerit Hana.
Dia terbangun, mimpinya begitu buruk dialaminya. Dia memeluk lututnya dan menangis tersedu sedan. Peristiwa hitam itu belum boleh dilupakan. Dia menangis semahunya.
Apabila dia sudah reda, dia bangun mencapai tuala. Dia belum mandi lagi, sedang dia berjalan. Dia pelik kenapa pintu biliknya terbuka.
"Ahh.. mungkin aku lupa nak tutup kut" kata Hana.
******
Eiyril tercungap-cungap menarik nafas. Hampir sahaja dia tertangkap oleh Hana yang sedang tidur. Dia mengusap pipi Hana kerana air mata Hana mengalir di pipinya sedang dia asyik memerhatikan Hana yang sedang tidur sambil menangis.
Eiyril memerhati lampu bilik Hana yang terang. "Mungkin dia ada kerja nak buat" gumam hati Eiyril.
"Tak sabar nak masuk kerja esok" kata Eiyril.
*****
Hana pelik dengan semua orang yang sibuk. Hana cuba bertanya orang Malaysia yang turut bekerja di sana.
"Kenapa macam sibuk je ni?" soal Hana.
"Owh. Bos baru nak datang, Encik Mad tak kerja sini da. Dia kerja dekat Malaysia" kata Ann. Hana menganggukkan kepalanya.
"Saya segan pula tengok korang sibuk, kerja saya dengan sini cuma penterjemah buku. Saya pun nak juga tulis buku" kata Hana.
"Takpe lah Hana. Belajar dari bawah." senyum Ann.
*****
Hana sedang menaip buku yang akan diterjemahnya dalam bahasa Melayu. Dia belum dibolehkan menulis buku lagi. Ini notis yang di dapatnya semalam daripada Encik Mad.
Ann masuk ke bilik Hana. "Hai Hana.. " ramah Ann. Hana tersenyum.
"Hai Ann. Tadi macam senyap je office ni. Korang pergi mana?" soal Hana.
"Kita orang ada meeting tergempar tadi dengan bos baru. Anyway, ni ada beberapa buku lagi yang awak kena terjemah. Good luck Hana. Byee" ramah Ann.
Hana hanya diam memerhatikan Ann keluar dari biliknya.
*****
Ann hanya tersenyum. Teringat mesyuarat mereka sebentar tadi.
"Puan Hana Roselyn ialah isteri saya. Sesiapa yang cuba buli dia, atau apa pun. Saya tak teragak-agak nak berhentikan dia." kata Eiyril.
Ann terdiam, Hana sudah berkahwin rupanya.
Cuma, rahsia ini disimpan oleh mereka sahaja. Itu bermakna, dia harus menghormati Hana setaraf dengan Encik Eiyil.
Eiyril ketika itu sedang memerhati Hana yang sedang membuat kerja di dalam biliknya. Bilik khas untuk Hana itu dipasang cctv untuk Eiyril melihat pergerakan Hana.
Tiba-tiba dia teringat sesuatu, dia memanggil Ann melalui interkomnya.
Masuk Ann dengan buku di tangan.
"Yes, Encik Eiyril. How may i help you?' soal Ann.
"Dah bagi buku dekat Hana?" soal Eiyril. Ann menganggukkan kepalanya.
Eiyril mengambil duit di koceknya dan menyerahkan kepada Ann.
"Pergi beli makanan untuk Hana. Baki awak simpan, pastikan dia makan" arah Eiyril.
"Baik Encik" kata Ann.
***
Hana sedang mengeliat tubuhnya, penat dia setengah hari dia duduk di kerusi menterjemah buku ke dalam bahasa Melayu.
Terdengar ketukan di pintu, terjegul Ann di dalam biliknya.
"Hai Hana, dah makan? Jom sekali. Saya ada belikan awak.." ramah Ann.
Hana gembira dan terus duduk. Mereka mulai makan.
"Err... Hana. Awak okay juga dekat sini? Maksud saya, ada apa-apa awak nak minta tolong ke?" soal Ann.
"Setakat ni takda kut. Semuanya okay. Alhamdulillah. Cuma, saya nak tanya.. mana pasar dekat di sini yang halal. Saya ingat saya nak masak" kata Hana.
Ann tersenyum, " owh.. nak pergi pasar. Kalau macam tu, apakata hari Sabtu ni kita keluar. Nak?" soal Ann.
Hana tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Dia senang hati hari ini.
Share this novel