"Novel Hana Roselyn tu dah keluar ke?" soal Eiyril di pejabat ketika itu. Ya, dia tahu penulis kegemarannya itu sudah mengeluarkan novel terbaharu.
"Ya Ril. Kenapa? Nak aku beli ke?" soal Erul. Tulah pekerjaan sampingannya.
"Borong semua" kata Eiyril. Erul sudah terkejut.
"Mak aih... Parah dah sakit kau ni. Dah kenapa kau nak borong semua. Bagi chance lah orang lain baca" kata Erul. Eiyril hanya meninggalkan Erul. Dia tidak mahu tahu dan dia tidak mahu dengar alasan Erul.
"Aihh... nasib sepupu" luah Erul. Terus mencapai gagang dan menghubungi syarikat yang menerbitkan buku penulis pujaan hati Eiyril tu.
"Ya, EiyEl Corporation here. Kami nak borong semua novel dari penulis Hana Roselyn. Hantar dekat sini. Okay, terima kasih" kata Erul.
"Semoga puaslah hati kau sepupu" kata Erul meletakkan gagang telefon.
**********
"Tahniah Hana, sold out lagi novel kamu ni" kata ketua di tempatnya. Hana hanya tersenyum.
"Alhamdulillah. terima kasih Puan. Saya ingat nak bercuti dulu lah dari menulis ni" luah Hana.
"Berapa hari awak nak?" soal Ketuanya.
"Setahun boleh?" soal Hana. Ketuanya hanya tersenyum.
"Boleh je Hana. Lagipun, dah banyak novel awak tulis. Kita nak kena berehat juga. Minda tu. So, I will see you again, next year." kata Ketuanya.
Hana gembira. Dalam perancangannya, dia ingin bercuti ke luar negara selama setahun. Dia sudah menyimpan gajinya untuk bercuti mengelilingi dunia. Supaya dia boleh membawa pengalamannya dalam penulisannya.
*********
"Tuan Eiyril. Buku semua sudah di atas Tuan." kata orang gajinya. Penuh bilik majikannya dengan novel Hana Roselyn.
"Kau tak curi kan. Awas kalau ada yang kurang" amaran Eiyril.
"Takda Tuan. Saya tak curi. " kata orang gaji. Eiyril terus menaiki tangga dan terus menguncikan dirinya di bilik itu.
*********
"Mana Ril?" soal Erul. Orang gajinya sedang mengemaskan meja makan.
"Masih di atas Tuan Erul. Tuan Eiyril hanya solat dan mandi kemudian masuk balik ke bilik dia" terang orang gajinya.
"Aisyh.. ni lah masalah kalau penulis itu keluarkan novel. Silap-silap esok tak pergi pejabat budak tu" kata Erul, membebel.
"Tuan suka sangat baca novel tu. Novel tu tentang apa?" soal orang gajinya.
"Saya pun tak tahu bik. Tapi, yang saya tahu. Novel tu je yang boleh buat Tuan awak tu gembira. Sebab kita pun tahu kan, berapa peritnya masa lalu Tuan. Kadang saya harus berterima kasih dekat penulis itu juga" kata Erul.
"Kalau lah suatu hari, Tuan Eiyril jumpa penulis itu, Tuan rasa apa yang Tuan Eiyril akan buat?" soal orang gajinya.
"Uishh.. saya pun tak terfikir. Dah, karya penulis itu pun dia simpan. Apatah lagi penulis dia, silap-silap dia kurung macam novel dia juga" kata Erul, tidak membayangkan dia jika Eiyril berjumpa dengan penulis sebenar.
"Kalau novel pun dia sanggup beli dan simpan. Apatah lagi penulisnya? Kalau lawa cantik, macam mana?" soal Erul.
"Harap lah penulis novel dia ni orang tua.." kata Erul, terus ketawa.
Tidak dapat dia membayangkan kejadian ini. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi.
"Hello. ye baby... dah siap semua persiapan? Esok malam kan? Okay baby.. See you" kata Erul.
"Pastikan Eiyril makan ye.. Saya takut dia tak makan pula." kata Erul meninggalkan orang gajinya.
Share this novel