Bab 86 - Terpaksa

Romance Completed 92034

Eiyril memandang Hana dengan tajam, "kenapa tipu Abang, Hana?" Soal Eiyril. Hana hanya terdiam, "Hana ada sebab..." tu sahaja yang terkeluar dari mulutnya.

"Hahahahha.. dah elok lah tu kau berdua ada di sini. Senang lah aku nak bunuh.." kata Khai.

Eiyril terus berdiri melindungi Hana, "Khai.. kau tak payah susah-susah nak bunuh Hana. Sebab, lepas ni pun.. aku akan bunuh dia." Kata Eiyril.

Hana terdiam sambil air matanya jatuh setitis demi setitis, suaminya membenci dia. Dan, memang layak pun.

Khai ketawa, "dah kalau kau nak bunuh dia.. apakata kau bunuh depan mata ku. Nah!" Khai mencampakkan pistol itu kepada Eiyril.

Dan, Eiyril mengambilnya dengan senang hati dan menghalakan kepada Hana, "tiga tahun Hana.. tiga tahun aku sengsara." Kata Eiyril.

Tiada lagi panggilan Abang dari mulut Eiyril. Dan, Hana tahu... Memang perkara ini akan terjadi.

Aulia menguak pintu dari luar dan terkejut melihat Eiyril menghalakan pistol ke arah Hana. "Encik!" Jerit Aulia.

"Kau diam... Ini antara aku dengan perempuan ni" jerkah Eiyril. Khai sudah tersenyum, "Hana.. Hana... Kau ingat kau dah menang? Tengok, suami yang sepatutnya lindungi kau, lagi nak bunuh kau. Tulah, lain kali jangan tipu diri tu hilang ingatan.." kata Khai.

"Bang!" Dan tembakan pun dilepaskan.
***
Datin Layla datang bersama Sandra dan Erul. Kelihatan kereta polis dan ambulans di luar pejabat Khai.

Datin Layla pergi mendapatkan Aulia, "apa yang terjadi Aulia.. mana Hana?" Soal Datin Layla.

Aulia hanya terdiam, "maafkan saya Datin. Saya cuma menyampaikan pesanan daripada Encik Eiyril. Dia suruh Erul hantar anak dia ke rumah Tuan." Kata Aulia.

"Mana Hana, Aulia? Mana Hana?" Soal Sandra. Dia risau dengan keselamatan Hana.

Erul pergi mendekati pesakit yang diusung oleh ambulans. Seorang mak cik dimasukkan dalam ambulans dan ambulans berlalu pergi. Seterusnya Erul melihat Khai digari tangan dan dibawa ke dalam kereta polis.

Persoalan sekarang, mana Hana dan Eiyril? Erul memerhatikan sekeliling.

"Cik Aulia, boleh ikut kami ke balai? Untuk keterangan saksi.." kata pegawai polis berkenaan. Aulia menganggukkan kepalanya.
***
Hana ditolak ke dalam bilik kegemaran Eiyril. "Dah puas kau tipu aku?" Soal Eiyril bernada marah, air mata Hana masih keluar melihat wajah marah Eiyril.

"Kenapa Abang tak bunuh saya je?" Soal Hana. Eiyril tidak menjawab soalan tu hanya meninggalkan Hana dalam bilik yang dipenuhi novelnya.

Kedengaran kunci dari arah luar. Hana terus menangis hiba di sofa. Dia tahu, suaminya tidak akan memaafkannya.

"Tina.. pastikan dia makan." Arah Eiyril. Tina sudah terdiam. Apa yang terjadi sebenarnya. Siapakah dia yang dimaksudkan oleh Eiyril.

Yang dikurung di dalam bilik.. melainkan....
***
"Hello Ril, kau dekat mana?" Soal Erul. Dia risaukan Hana, dia tidak merisaukan Eiyril cuma dia takut Eiyril melakukan sesuatu di luar batas fikirannya.

"Tu kau jangan risau. Jangan lupa hantar anak aku pergi rumah aku. Aku nak kau je. Lagi satu, kau kirim salam dekat mak kau. Lain kali, jangan campur urusan keluarga aku lagi" kata Eiyril, mematikan panggilan.

Erul sudah terdiam. Adakah Eiyril sudah mengetahuinya. Rasanya sudah.
***
(Imbas kembali)

"Bang!" Tembakan dilepaskan. Hana sudah menutup mata. Namun, dia terus membuka mata apabila melihat Eiyril terus menerpa ke arah Khai dan menumbuknya.

"Ini punca sebab kau pisahkan aku dengan semua keluarga aku" kata Eiyril. Dan, ditumbuknya Khai sehingga pengsan.

"Encik.. Encik. sabar Encik.." jerit Aulia menyabarkan Eiyril.

"Aku belum puas lagi dengan kau Khai. Ikutkan hati aku, aku tumbuk je kau dekat sini. Biar kau mampus. Tapi, takpe... Biar kau meringkuk dekat penjara tu!" Jerit Eiyril.

Hana terus pergi ke arah Mak Khai dan membuka ikatan tersebut. Mak Khai pengsan akibat terdengar bunyi tembakan.

Eiyril terus mencapai tangan Hana dan terus mendukungnya di bahu Eiyril.

"Aku nak kau jadi saksi kami, Aulia. Call polis. Dan, jangan cakap apa-apa pun tentang aku dan Hana. Dan, cakap dengan Erul, suruh dia bawa anak aku ke rumah" kata Eiyril.

Setelah sampai di kereta dia didudukkan dan dipakaikan tali keledar. Masih tegang raut wajah Eiyril.

Kereta yang dipandu sangat laju, "abang..." Kata Hana.

"Kau jangan panggil aku Abang, Hana.. Kau ada masa sampai kita sampai di rumah untuk kau cerita dekat aku... Kenapa kau buat aku macam ni" kata Eiyril.

Dan, Hana menangis semahunya. Tiada lagi panggilan Abang dan Hana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience