Bab 40 - Syarat

Romance Completed 92240

Eiyril memerhatikan Hana menuju ke meja makan. Dia terpesona dengan isterinya, cantik mengenakan gaun putih yang telah dia tempah khas. Eiyril menuju ke arah Hana sambil memberikan tangannya untuk digenggam Hana. Hana hanya mengikut rentak Eiyril.

"You look so beautiful, sayang" bisik Eiyril. Hana hanya tersenyum, sepanjang tiga hari dia di sini. Semuanya bagaikan mimpi. Layanan Eiyril juga berbeza dari awal perkenalan mereka. Dia sememangnya suami yang layak dikatakan, "husband material."

"Sedap makanan tu?" Soal Eiyril. Hana tersenyum, bagaimana Eiyril tahu makanan kegemarannya.

"Boleh saya nak tanya sesuatu dengan awak?" Soal Hana. Eiyril hanya tersenyum sambil membetulkan panggilan Hana kepadanya.

"Abang Hana.. Abang" kata Eiyril. Hana sudah menarik muka. "Boleh saya tanya sesuatu dengan Abang?" Soal Hana. Eiyril menganggukkan kepalanya.

"Macam mana abang tahu semuanya pasal saya. Abang tanya Sandra ke?"soal Hana. Eiyril hanya tersenyum.

"Tak. Abang tak tanya Sandra. Abang tanya Lyn. And, for your information, Sandra kawan baik sayang tu dah kahwin. Aunty bagitahu" kata Eiyril.

Hana gembira dengan perkhabaran ini. "Syukur.. dah khawin dah mereka. Anyway, Abang.. boleh tak Hana nak jumpa Kak Hani?" Soal Hana. Apapun Hani seorang sahaja ahli keluarganya yang ada sekarang.

Eiyril mengenggam tangan Hana, meraih dan mencium tangan milik isterinya. "Buat masa sekarang, jangan dulu ye sayang. Untuk keselamatan sayang juga. Bukan apa, Abang takut Lyn tak berubah. Boleh kan?" Soal Eiyril.

Hana terpaksa bersetuju dengan pendapat Eiyril. Ada betul juga katanya. Lama sudah dia tidak bertemu dengan Hani. Sama ada dia berubah ataupun tidak. Biarlah masa yang menentukan.

"Hana nak balik Malaysia?" Soal Eiyril. Bercahaya mata milik Hana apabila Eiyril menyuarakan cadangnya.

"Boleh ke? Boleh ke kalau saya nak balik Malaysia?" Soal Hana. Dia merindukan Malaysia. Sangat.

"Boleh sayang.. tapi, dengan syarat. Hana sanggup?" Soal Eiyril.

"Syarat apa? Saya sanggup. Asalkan saya balik Malaysia. Saya rindukan suasana dekat sana. Saya rindu nak pergi kubur ibu, saya rindu Sandra.."kata Hana.

Eiyril hanya tersenyum.. "Hana tak sebut nama Abang pun.." rajuk Eiyril. Hana dalam hati berkata, "pula.. buat apa nak sebut nama dia. Dia dekat depan aku kut.. Kenapa lah dia ni kuat merajuk sekarang ni?" kutuknya dalam hati.

"Kutuk Abang lah tu kan. Anyway, sanggup ke ikut syarat Abang.." soal Eiyril.

Hana bersemangat kembali, "sanggup. Apa syaratnya?" Kata Hana. Eiyril sudah tersenyum dan berdiri.

Dia kemudiannya melutut di hadapan Hana. Hana sudah terkejut lantas berdiri. "Apa Abang nak buat ni?" Soal Hana.

Tidak lama itu, Eiyril terus mencempung Hana dalam pelukannya. Terjerit Hana.

"Abang nak buat apa ni?" Soal Hana, takut.. Eiyril hanya tersenyum.

"Nak buat supaya Hana tak akan lari lagi dari Abang.. buat selamanya.." kata Eiyril. Hana kurang mengerti maksud Eiyril. Namun, melihatkan senyuman di wajah Eiyril, Hana seakan boleh mengetahui apa yang akan dilakukan oleh suaminya.

"Saya belum sedia.. saya..." belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Eiyril memotong percakapan isterinya, "Inilah syarat dia sayang. Cakap tadi, sanggup.. hehehe.. jangan risau, Abang akan jadikan malam ni malam yang tak kan Hana lupakan. Dan, Abang akan buat Hana tercari-cari Abang. " Kata Eiyril.

Hana hanya diam. Biarlah malam ni cepat melabuhkan tirainya.
***

Hani membasuh darah di tepi bibirnya. Salahnya kerana dia tidak memadam pesanan ringkas dia bersama Eiyril tadi.

Eiyril bertanya mengenai makanan kegemaran adiknya. Muncul suaminya di belakangnya.

"Owh.. sekarang dah jadi adik iparlah kan. Kau jangan ingat aku tak tahu muslihat kau Hani. Nahas kau aku kerjakan. Sini muka kau" kasar Khuzaimi. Baran dia apabila dia melihat mesej isterinya dengan orang lain.

Biarpun Eiyril tu adik ipar Hani. Dia takut isterinya akan mencintai kembali kekasih hatinya yang dulu.

Khuzaimi perlahan menyapu ubat di muka Hani. "Kau dengar cakap aku je, Hani. Tak payah nak menyibuk pasal adik kau dengan suami dia. Aku bagi kau telefon, bukan suruh mesej dia. Inilah padahnya kalau degil dengan aku. " Kata Khuzaimi.

Hani hanya tersenyum, Khuzaimi memang suami yang baik, namun bila datang barannya, dia sukar kawal. Inilah sampai sekarang, Hani belum mempunyai anak. Dia takut suaminya akan memukul anaknya.

"Dah.. esok Hani rehat ye.. bagi sembuh dulu luka tu, okay sayang?" Soal Khuzaimi lantas mencium isterinya, Hani.

Sihat ke semua readers Killa? enjoy reading.

Share this novel

Camielya Bunyung
2021-05-14 07:23:45 

cerita pasal hana dgn eyril tup2 sampai ke hani pula ..


NovelPlus Premium

The best ads free experience