Hana sudah bersedia di dalam kapal terbang. Berharap dirinya lepas ini akan lebih baik. Satu mesej dia terima, sebelum dia mematahkan kad simnya. Dan, membuang telefon Vertu, hadiah daripada Eiyril. Dan, ya. Dia sempat membaca mesej daripada Eiyril.
"Abang akan ekori ke mana Hana pergi, isteriku. I am like shadow. Will follow you whenever you go include in the dark. My beloved wife. Just pray that i will not found you. Tapi, kalau abang dapat.. Abang tak dapat lepaskan Hana.." mesej Eiyril. Dia sudah menggunakan gelaran Abang... Untuk memberitahu kepada Hana, yang Eiyril ialah suaminya. Suaminya yang sah.
Sangat menakutkan Hana. Dia tidak mahu terjadi lagi kejadian dia diperkosa. Dia takut. Dia hanya mampu menangisi nasibnya.
Kad simnya dipatahkan. Walau sejauh mana dia berlari, dia masih isteri Eiyril.
*******
Eiyril tersenyum sinis melihat mesej yang dihantarnya. Dia sebenarnya sudah mengetahui ke mana Hana akan pergi. Ini pun selepas mengetahui lapangan terbang mana dan terus bertanyakan kepada petugas di sana. Darimana dia mengetahuinya, kerana telefon Eiyril dapat mengesan kad sim Hana. Lokasi Hana.
"What is her name, Sir?" soal petugas berkenaan.
"Hana Roselyn" kata Eiyril.
"Can I know, who is this?" soal petugas.
"This is her husband, Eiyril Elfian" kata Eiyril.
Dan, Eiyril tahu Hana ke mana. Sekarang, dia akan pergi ke rumah Erul. Membuat perhitungan kerana melarikan isterinya.
*******
"Mama, Ril dah gila. Ma" selepas Erul menceritakan apa yang terjadi kepada Eiyril dan Hana. Mama Erul hanya terdiam. Tidak dia sangka, anak buahnya akan bertindak sejauh ini.
Kedengaran kereta masuk di perkarangan rumah. Masuk Eiyril ke dalam rumah tersebut dan dia terus memandang Erul dan Sandra.
Mama Erul terus berdiri di hadapan anaknya dan bakal menantunya. Dia takut Eiyril mengapa-apakan mereka.
"Jangan berani Eiyril.. Jangan sentuh anak Aunty" kata Mama Erul. Eiyril hanya tersenyum sinis.
"Saya cuba nak cakap dengan sepupu kesayangan saya, Aunty. Yang.. jangan suka-suka masuk campur hal suami isteri. Aku bagi korang menang hari ni. Tapi, ingat.. aku jumpa je Hana. Jangan harap aku bagi korang dua masuk campur" amaran Eiyril.
"Kau gila Eiyril. Kau tak bersyukur. Hana dah banyak bantu kau untuk bangkit. Dahlah, kau rogol dia. Aku akan pastikan kau takkan jumpa Hana" kata Sandra.
"Jangan yakin sangat. Aku tetap akan jumpa dia Sandra. Dan, ketika itu.. walau dia teriak sekuat mana pun, kau tak akan dapat bantu dia. Jadi, Aunty. Pesan dekat anak aunty dan kekasih dia.. jangan masuk campur rumah tangga saya. Hana ialah isteri saya yang sah. Terima kasih" kata Eiyril, meninggalkan mereka.
Mama Erul terduduk. "Erul.. dengar apa Mama pesan ini. Jangan masuk campur hal mereka, mereka dah kahwin Erul. Kita dah takda urusan dengan mereka. Sebab, mereka ialah suami isteri yang sah. Erul..." kata Mama Erul.
Sandra sudah menangis, tidak layak Hana diperlakukan sebegitu rupa. Tidak layak. "Aunty, Hana tak salah.. Dia tak tahu " kata Sandra, memohon pengertian Mama Erul.
"Kita tak boleh nak buat apa dah Sandra. Kita berdoa sahaja agar Eiyril tak jumpa dengan Hana. Tu je" kata Mama Erul.
********
Eiyril diam di kerusi dalam bilik novelnya. Terpampang gambar dia dan Hana ketika bercuti di Pulau dulu.
"My Wife... Aku bagi kau kebebasan, seperti yang kau nak. Selepas ini, jangan harap aku akan lepaskan kau Hana" kata Eiyril.
Novel yang dibuat khas oleh Hana. Belum dibacanya, hanya dipegang. Seakan dia memegang Hana.
Eiyril tersenyum, dia teringat peristiwa yang terjadi sebelum mereka dikahwinkan.
"I will miss your scent, my wife... " kata Eiyril lantas tersenyum.
******
"Miss.. here food for you" kata petugas berkenaan. Mungkin Sandra dan Erul yang memesankan untuknya.
"From Mr Eiyril Elfian. He say, take care" kata petugas berkenaan dan terus meremang bulu roma Hana. Dia takut.. Dia terus berdiri memerhati penumpang kapal tersebut.
Dia menjadi takut... Takut sangat.. "Miss please set down. " kata petugas berkenaan.
"I don't want eat this food" kata Hana. Petugas itu tersenyum.
"But, Mr Eiyril say, if you don't eat. He will haunt you. Don't worry. He's not here. Enjoy your freedom while you can. " kata petugas berkenaan.
Lagi Hana ketakutan... Di mana lagi dia ingin lari. Yang paling penting, bagaimana Eiyril mengetahui ini kapal terbang yang dinaikinya. Memang betul apa yang dikatakan oleh Eiyril, dia akan ikut Hana seperti bayang..
p/s : Isnin, Killa publish cerita Dylan dan Irsha pula ye :)
Share this novel