Prolog

Romance Completed 92240

"Ketahuilah jika hidup itu seperti lemon, jadikan ia jus, telan. Walaupun masam namun kita boleh tempuhinya"

-Hana Roselyn (Mata Dari Kehidupan)

Eiyril baru sahaja selesai membaca novel daripada penulis kesukaannya, Hana Roselyn.

"Ril.. dah habis kau baca. Berapa kali kau asyik ulang-ulang novel tu. Kau ada hal lepas ni" kata Erul.

"Hem.. aku tahu lah. Dah blah." tidak beriak wajah Eiyril. Malas dia apabila bacaanya di ganggu oleh teman baiknya merangkap PA nya. Ya, ketua perusahaan syarikat penerbitan. Dia jatuh cinta dengan penulis ini sejak dia membaca karya gadis ini.

Seakan memberinya semangat dalam meneruskan sisa hidupnya yang penuh dengan cabaran.

"Ujian itu menguatkan kita. Makin banyak ujian, makin banyak perasaan yang dilibatkan sehingga kita merasa hati kita mampu menerima semua ini".

-Hana Roselyn

Seakan penulis ini berbicara kepadanya, terus ke hati Eiyril Elfian.
*********

"Banyak hadiah Hana dapat" kata bosnya.

"A ah bos. Alhamdulillah. Semua dari peminat bos. Cuma, satu ni.. Mahal betul hadiah dia. Tak sanggup nak terima bos" kata Hana sambil menunjukkan rantai berlian.

"Rezeki awak Hana. Teruskan berkarya" kata bosnya meninggalkan dia.

Dan Hana tersenyum, inilah minatnya. Menulis agar mereka yang membaca dapat bangkit dari apa jua ujian yang mereka hadapi.


P/s : Selingan for next novel. Tunggu ye, readers :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience