"Kau jangan ingat aku nak mengaku kau anak aku Ril" kata bapanya. Datuk dan Nenek sudah menggelengkan kepala.
"Jul, jangan macam ni Jul. Dia tetap anak kamu" kata Datuk dan Nenek Ril. Jul masih marah, " Sampai bila-bila saya akan ingat, budak ni yang dah ambil nyawa isteri saya." teriak Jul dalam rumah itu. Ril hanya diam berkutik.
Ibunya meninggal dunia kerana Ril. Kerana ingin menyelamatkan Ril, Ibunya menjadi galang-ganti. Dan, sampai bila - bila bapanya tidak mengiktiraf dia sebagai anak. Ril sangat sedih. Waktu kecilnya yang penuh dengan cerita baginya tiada yang boleh mengembirakan zaman kecilnya. Sehingga dia meningkat dewasa, bapanya meninggal dunia disebabkan sakit dan datuk serta nenek meninggalkan dia kerana sakit tua.
Syarikat perusahaan penerbitan buku tu, terpaksa diambil alih oleh Ril. Dia dibantu oleh sepupunya, Erul. Hidupnya yang tanpa kawan tu menyebabkan dia dingin, tidak suka bersosial dan hanya bercakap dengan Erul. Tu pun jika ada yang penting.
Sehingga dia berjumpa dengan sebuah buku. Kebetulan, syarikat mereka yang akan menerbitkan buku ini. Sebelum menerbitkan, memang Ril akan memilih bahan bacaan yang terbaik agar syarikat mereka menerbitkan buku yang terbaik.
Ril membaca buku karya Hana Roselyn. Buku yang banyak memberinya suntikan semangat untuk bangkit. Dan, Ya. Dia memang seorang penulis yang terkenal.
Dia membaca dan terus membaca buku ini. Sehinggalah dia jatuh sayang dengan karya ini. Karya yang seakan berkata dengannya untuk bangkit dari segala permasalahan.
Apabila tiba hari jadi penulis kegemarannya itu, Ril sanggup membelikan hadiah yang mahal kepada penulis kesayangannya itu. Walaupun belum bersua muka, dia yakin. Cantiknya penulis ini seperti cantiknya karyanya.
**********
"Kau dah bagi kan apa aku suruh?" soal Ril dengan nada tegasnya. Tidak beriak dan dingin, hanya Erul yang tahan dengan perangai sepupunya ini.
"Dah Eiyril. Kau jangan risau lah. Aku dah kirim daa... kau tak takut ke mana lah tahu Hana yang kau suka karya dia ni orang tua?" soal Erul sengaja mahu memancing reaksi Eiyril.
"Ada aku cakap, aku suka dia.. Aku suka baca penulisan dia. Dah, kau blah. Aku malas nak hadap muka orang sekarang" kata Eiyril.
Erul sudah ketawa. "Masalahnya Ril, ni bilik aku. Kau lah blah" kata Erul. Eiyril diam.
"Ini pejabat aku. So, kau yang blah. Suka hati aku nak duduk dekat mana" kata Eiyril menutup malu atas kesilapannya. Egonya yang tidak pernah mengaku salah.
Erul ketawa, "yalah.. aku blah dulu bos. Kalau rasa bosan dekat bilik aku, pindahlah bilik kau pula ye.." kata Erul meinggalkan sepupunya
Dia membuka novel Hana Roselyn dan terus membacanya.
"Kata orang selepas hujan, ada adanya pelangi. Jadilah seperti itu... selepas tangisan, gembira seperti sang pelangi yang menyinari keindahan alam"
-Hana Roselyn(Sang Pelangi)
**********
"Hana, kau jangan lupa pula birthday aku" kata rakan baiknya, Sandra.
"Ye.. jangan risau. Aku ingat. Ni mesti kau nak buat gilang-gemilang punya kan?" soal Hana.
"of course lah. Aku kan suka yang vogue-vogue ni" kata Sandra. Hana sudah ketawa.
Aku janji akan pergi sambutan birthday kau. Okay? Don't worry" kata Hana mematikan telefon dan terus menyambung penulisannya di laptop.
Share this novel