Setelah sehari Rose berehat, dia kini sedang merapikan diri untuk ke pejabat.
"Airil... salam mama. Mama nak pergi pejabat dah.." kata Rose, terkedek-kedek anaknya menyalam Rose.
"Airil nak jumpa ayah tak?" Bisik Rose. Airil hanya merenungnya dengan matanya yang bulat.
"Walaupun mama dengan papa Airil ada masalah, tapi .. mama tak jahat sangat sampai tak bagi Airil jumpa Papa. Papa Airil kena tahu erti tanggungjawab." Kata Rose kepada anaknya yang jelas belum memahami apa yang disampaikan oleh Rose.
***
Khairil tersenyum melihat Rose turun bersama Airil. "Abang Khai, kenapa senyum-senyum ni?" Soal Rose. Khai hanya menggelengkan kepalanya, "takdelah Rose. Dah, jom sarapan" kata Khai.
Mereka duduk di meja makan. "Anyway, Rose.. lupa Abang nak bagitahu. Syarikat kita dah ada pelabur. Dia beli saham Abang dekat syarikat." Kata Khai.
"Alhamdulillah.. bagus lah tu. Semoga bertambah berkembang syarikat Abang. " Kata Rose.
"Aaamin.. dan, Abang nak Rose yang guide pekerja Datin Layla nanti ye." Pinta Khai. Rose sudah tersenyum, "okay Abang. Don't worry.." kata Rose.
***
Rose dan Khai sudah sampai di pejabat mereka. PA kepada Khai sudah memaklumkan bahawa pekerja bagi wakil Datin Layla sudah sampai.
"Oh yeke.. dah lama dia tunggu. Ahh, Rose.. pergi brief dia dulu ye. Make sure hormat dia sebab, Datin Layla yang dah bagi suntikan modal dekat pejabat kita. Abang pergi ambil dokumen dulu. Okay?" Soal Khai
Rose sudah pun menganggukkan kepalanya. Khai meninggalkan mereka.
"Aulia.. wakil Datin Layla tu, lelaki ke perempuan?" Soal Rose. "Puan Rose.. lelaki, tapi.. hensem Puan. Kalah Bos.. " bisik Aulia.
"Uish.. kalau hensem, boleh lah saya pergi usha-usha. Kan?" Bisik Rose.
Aulia sudah ketawa, "eh.. bukan Puan Rose, bos punya ke?" Rose sudah memuncungkan mulutnya, "hish.. awak ni, ke situ pula. Bos tu abang angkat saya. Takde maknanya saya kepunyaan bos. Dah lah, awak hantar beg saya dekat bilik. Saya nak layan tetamu kita dulu. Mana tahu, tersangkut.." kata Rose meninggalkan Aulia.
***
"Selamat pagi Encik, selamat datang ke Nusa.Co, terima kasih kerana melabur ke syarikat kami." Kata Rose kepada lelaki yang membelakanginya.
Namun, sebaik sahaja lelaki tersebut berputar menghadapnya.
"Oh.. shit, not you... Again?" Kata Rose sambil menyumpah.
Dan Eiyril sudah tersenyum, "nampaknya memang jodoh kita kuat, kan Hana?" Soal Eiyril dengan sinis.
Rose sudah terdiam seribu bahasa. Adakah dia mengharapkan pertemuan ini. Ataupun, mereka jodoh mereka kuat.
***
"Ahh.. Aulia, awak ada berkenalan ke dengan wakil Datin? Siapa nama dia.." kata Khai sebelum dia menuju ke tempat Rose.
"Dah bos, nama dia Eiyril" kata Aulia. Khai sudah terdiam, "Eiyril?" Soal Khai.
Baru sahaja Aulia ingin membuka mulut, telefonnya sudah berbunyi, panggilan daripada Datin Layla.
"Hello Datin. Ye, wakil Datin dah sampai." Kata Khai. "Okay, baguslah tu. Lupa saya nak bagitahu awak, nama dia Eiyril Elfian. Mesti awak tahu kan, tokoh ahli perniagaan yang terkenal tu. Ahh, dialah yang akan membantu syarikat kita untuk berjaya, " kata Datin Layla.
Gengaman telefon di tangan Khai sudah kuat. Dalam hatinya menyumpah seranah. Mengapa akhirnya dia akan bertemu dengan Eiyril.
Dia teringat.. Rose yang akan bertemu dengannya, dia cepat mematikan telefon untuk menuju ke bilik Rose dan Eiyril.
***
"Khai kata awak kan yang akan bimbing saya.. saya tak sabar nak dapat bimbingan daripada isteri saya.." kata Eiyril sambil mengenyitkan mata sambil mendekati isterinya.
"And, i miss you on my bed, especially.. susah Abang nak tidur kalau Hana tak ada di sebelah Abang.." bisik Eiyril.
"Rose!" Jerit Khai sambil merenung ke arah Eiyril.
"Owh.. ni lah Khairil ye. Hai, selamat berkenalan. Saya disuruh oleh Datin Layla untuk membangunkan syarikat awak." Kata Eiyril.
"Kau jangan harap dengan kau kerja sini. Kau dah menang Eiyril" kata Khai. Eiyril sudah tersenyum, "menang? Apa maksud awak? Saya datang di sini atas arahan Datin Layla. Dan, ingat kontrak awak dengan Datin. Awak nak ke modal itu ditarik balik?" Soal Eiyril.
Khai sudah menahan kegeraman. Eiyril sudah tersenyum, "let's game begin.." bisik Eiyril.
***
"Baik, semua dah jelaskan. Saya nak Hana.. oppss sorry, Rose jadi pembantu saya kalau kau nak syarikat kau ni bernafas balik" kata Eiyril.
Khai hanya diam, "Rose, boleh tolong buatkan kami kopi" pinta Khai. Rose sudah menganggukkan kepalanya, "terima kasih sayang.." bisik Khai.
Eiyril sudah menahan dirinya, sejurus sahaja Rose meninggalkan mereka. "Kau ingat kau dah menang ke?" Soal Eiyril. Dia ingin berbicara dengan lelaki di hadapannya.
"Aku rasa aku dah menang. Sebab, tengok lah. Dia ada ingat kau ke? Satu pun dia tak ingatkan kau. " Kata Khai.
Eiyril sudah tersenyum, "yakinnya dia." Kata Eiyril terus menarik kolar baju Khai. "Apa lagi kau burukkan aku dekat Hana? Kau cakap aku tinggalkan dia sebab perempuan lain?" Soal Eiyril.
Khai sudah menelan air liur, bagaimana dia tahu perihal mengenai perkara ni, "Aku tahu Hana hilang ingatan. Dan, kau jangan risau. Aku boleh buat dia jatuh cinta dengan aku balik. Dan, jangan harap kau boleh lari lagi, Khai. Sebab.. kau dah masuk dalam permainan aku. So, welcome to my game. Just enjoy what i will do to you. "Kata Eiyril melepaskan kolar baju Khai.
"Owh ye. Aku ada hantar sesuatu dengan whatapps kau. Tengoklah.. aku minta nombor kau dekat Datin Layla" kata Eiyril.
Khai membuka whatappsnya dan terkejut melihat gambar yang dikirim oleh Eiyril.
"Jangan jeles ye. Biasalah. Dah lama tak peluk isteri sendiri. Owh ye, kau dapat peluk Hana tak? Ke kau masih peluk bayang?" Soal Eiyril.
Khai sudah menghentak meja di hadapannya dan meninggalkan Eiyril, "eh.. tunggu dulu. Panggil Hana ke sini ye. Bos baru dia nak minta bantuan. Okay Fahmi... Oppps, sorry Khai." ejek Eiyril.
***
Rose yang ketika itu menuju ke bilik mereka terkejut melihat Khai keluar daripada bilik tersebut dengan muka yang tegang.
"Kenapa Rose tak bagitahu Abang, Rose jumpa Eiyril?" Soal Khai sambil memegang dengan ketat lengan Rose.
"Apa abang cakap ni?" Soal Rose, meronta-ronta dilepaskan. "Ni bukti. Rose dah lupa apa Eiyril dah buat dekat Rose, dia tinggalkan Rose untuk perempuan lain" kata Khai.
"Tapi.. abang" tidak sempat Rose bercakap, dia sudah ditarik oleh Eiyril ke pelukannya. "Apa layan perempuan macam tu bos. Baik-baik lah sikit. Perempuan ni harus dipeluk dan dibelai. Mereka memerlukan kasih sayang.. " kata Eiyril.
Khai hanya menahan geram. "Marah ke? Mana boleh marah. Saya masih layak tau. Suami Hana lah katakan" jawab Eiyril.
"Kau ingat Rose nak kau sebagai suami ke? Rasanya tak kut. Jangan yakin sangat Eiyril. " Kata Khai meninggalkan mereka berdua. Dia harus buat sesuatu sebelum Rose tahu mengenai peristiwa sebenar.
Rose hanya diam dalam pelukan Eiyril, dia masih keliru dengan apa yang terjadi sebenarnya.
Share this novel