Hana sedang mengemaskan failnya di atas meja. Hana ingin keluar untuk pergi ke bilik mesyuarat kerana sebentar lagi mesyuarat akan bermula. Namun, Hana tidak mengetahui di mana bilik tersebut.
"Kenapa Hana?"soal Reyna dan Syahrini. Hana melemparkan senyuman kepada mereka, " err.. Kak, Hana nak tanya.. mana bilik meeting?" Soal Hana. Reyna dan Syahrini sudah berpandangan antara satu sama lain.
"Ahh.. bilik meeting dekat tingkat lima." Kata Reyna, sambil dalam hatinya tersenyum mengejek. Mereka akan kenakan Tuan Elfian ni sehingga Tuan membencinya.
***
Hana menunggu di bilik kosong, sudah lima belas minit berlalu, meeting belum diadakan. Dia pelik sedangkan Eiyril ada mengingatkannya mengenai mesyuarat. Namun, sampai sekarang.. kelibat seorang pun tidak kelihatan.
"Ke.. aku salah bilik ni? Atau kak Reyna dengan kawan dia kenakan aku?" Gumam hati Hana. Tidak sampai seminit. Masuk pesanan ke telefonnya.
"Where are you, sayang? Meeting dah lama start.. Abang risau ni?" Pesanan Eiyril. Hana sudah mengeluh. Sah-sah dia sudah dikenakan oleh dua orang tadi.
"Nasib laki aku punya office. Tak pelah, hari ni hari korang, esok hari aku pula" senyum Hana.
***
Ketukan pintu kedengaran dari luar. Tergendala penerangan Erul dalam mesyuarat, terjenguk kepala Hana dan dia meminta maaf atas kelanjuran kelewatannya.
" ni ke PA you, Elfian. Layak ke dipanggil PA kalau lambat. Kita dah lama mula.. " kata Farisya, Reyna dan Syahrini hanya tersenyum suka apabila Hana dimalukan oleh salah seorang pegawai atasan.
Eiyril hanya tersenyum, "mungkin salah saya juga, sebab saya tak tunjukkan dia bangunan ni. Tak pe, lepas ni.. saya tunjukkan" senyum Eiyril. Hana hanya berjalan melepasi semua pekerja dan duduk di sebelah Eiyril.
"Maaf..." Kata Hana. Eiyril hanya tersenyum sambil di bawah meja dia mengenggam tangan sang isteri.
"Boleh saya mulakan balik?" Soal Erul. Eiyril menganggukkan kepalanya. "Okay teruskan.. Erul" kata Elfian.
Selang beberapa jam mereka bermesyuarat, beberapa pekerja sudah meninggalkan bilik berkenaan, tinggal Farisya, Eiyril, dan Erul.
"Kenalkan Hana, ni Farisya. Salah seorang pegawai atasan kita, dia yang bertanggungjawab dalam pemasaran dan pembelian." Kata Elfian.
Farisya hanya menayangkan muka tanpa riaknya melihat Hana dari atas ke bawah. "Apa kelayakan awak jadi PA Tuan Elfian?" Soal Farisya secara tiba-tiba.
Eiyril kurang senang dengan pertanyaan Farisya. Erul pula dapat melihat riak wajah Eiyril yang bila-bila masa sahaja akan marah. Pantang jika seseorang membuatkan isterinya tidak senang.
"Saya ada banyak kelebihan yang Puan Farisya pun tak akan ada. Saya hormati Puan sebagai pegawai atasan saya dan saya mohon Puan juga hormati saya sebagai salah seorang pekerja dekat sini.." kata Hana. Eiyril sudah tersenyum senang dan dalam hatinya bergema, "that's my wife.."
Baru sahaja Farisya ingin membuka mulut, "dah lah tu.. jom Farisya, kita nak pergi jumpa klien. Tuan Elfian, Hana.. kami pergi dulu ye.." kata Erul..
Sebelum meninggalkan bilik tersebut, "we will see again, Hana.." kata Farisya, meninggalkan mereka bertiga.
Erul dengan ibu jarinya diangkat, "good job Hana.. aku jalan dulu tau. Bye bos.." kata Erul.
Setelah mereka ditinggalkan berdua. Eiyril terus mencapai tangan Hana dan Hana terduduk di riba Eiyril, "siapa perempuan tu, kerek semacam je.." kata Hana.
Eiyril sudah tergelak, "dia bukan siapa-siapa. Cuma, memang macam tulah perangai dia. Tapi, she is the best workers I ever have dekat office ni." Kata Eiyril.
"Patutlah kerek semacam, pekerja kesayangan dia lah katakan.." kata Hana, sedikit merajuk.
Eiyril sudah menarik dagu milik isterinya dan memandangnya, "jangan risau. Hana tetap nombor satu di hati Abang. Hana jangan risau pasal tu. Ni, Abang nak tanya, kenapa lambat tadi?" Soal Eiyril.
Hana sudah mengeluh.. "Hana rasa ramai yang tak suka Hana kerja dekat sini... Tak gitu Abang?" Soal Hana.
Eiyril hanya diam, "siapa yang tak suka? Bagitahu nama.. sini Abang pecat."marah Eiyril.
"Dah lah.. Hana malas nak bahas. Better Hana selesaikan masalah syarikat Abang dengan cepat.." kata Hana. Baru sahaja di berdiri, tangannya ditarik kembali oleh suaminya.
"Tunggu lah dulu.." sengih Eiyril.
***
"Hana Roselyn, Hana Roselyn.. " kata lelaki tersebut sambil mengusap meja milik Hana dan ternampak gambar Hana di atas meja lalu lelaki tersebut menangkap gambar Hana..
"Cantiknya awak ni.." kata lelaki tersebut lantas melemparkan senyuman sinisnya.
Esok Killa rest tau. stay tuned.
Share this novel