Bab 71 - Merindukan

Romance Completed 92034

Rose berhabis melepaskan dirinya. Merah kesemua pergelangan tangannya. Eiyril sudah keluar daripada bilik ini kerana pergaduhan mereka sebentar tadi.
***
"Ni bukti yang Hana isteri Abang. Ni buktinya." Kata Eiyril. Dia melemparkan sijil perkahwinan mereka dan gambar mereka sewaktu percutian dahulu.

"Owh.. jadi, kaulah suami aku. Suami yang tak berguna. " Kata Rose. Eiyril sudah terkejut, "Hana cakap apa ni?" Soal Eiyril. Kesabarannya sudah semakin tipis.

"Kau tinggalkan aku dan anak disebabkan oleh perempun lain kan? Owh.. bila aku dah kaya, baru kau cari aku. Tak sedar diri.. lebih baik kau mati daripada ada suami macam kau ni, ceraikan aku!" Jerit Rose.

Eiyril sudah terdiam mendengar tuduhan tu.. dia meninggalkan Hana sebab perempuan lain? Nampaknya seseorang sudah membuat cerita mengenai dirinya. Dan, orang itu dia tahu siapa.

"Cakap baik sikit Hana. Saya suami awak. Jaga bahasa awak!" Marah Eiyril. Rose hanya ketawa, "tak betul apa aku cakap. Baru sekarang nak cari aku. Aku dan anak aku boleh hidup tanpa suami macam kau ni. Ceraikan aku!" Jerit Rose.

Dan, tidak semena-mena tamparan dilepaskan ke muka Rose. "Abang tak suka isteri Abang cakap tak sopan macam ni. Semuanya memang direka oleh Fahmi. Dan, aku tak sabar nak jumpa mamat skema tu. Ingat Hana, kau cuba keluar dan lepaskan diri kau. Kau siap! Jangan cabar aku!" Amaran Eiyril.

Rose sudah terdiam.
***
Eiyril diam di luar bilik. Agak lama dia berdiri di sana. Dia takut kesabarannya makin tipis.

Memang Fahmi mereka cerita. Dia bukan seperti apa yang baharu sahaja dikatakan oleh Hana. Dia cintakan isterinya, dia gilakan isterinya. Tidak mungkin dia meninggalkan Hana demi orang lain. Padahal kes sebenarnya ialah, Fahmi yang menculik isterinya.

"Aku yakin isteri aku hilang ingatan.. cuma, macam mana aku nak dapatkan balik ingatan dia.." fikir Eiyril.

Dia melihat telefon Hana dan membukanya, nasib tiada kata laluan diletakkan pada telefonnya.

Dia membuka galeri. Dia melihat gambar Hana bersama anaknya. Ya, anaknya.. mukanya seperti pernah dia lihat.

"Eh, budak ni.. yang aku langgar dulu.. Airil anak ayah... " Tangis Eiyril. Dia merindukan anaknya dan isterinya.

"Ayah janji Airil. Ayah akan pastikan keluarga kita bersatu semula." Dia membuka telefonnya dan mencari nombor telefon mak cik yang dijumpanya.

"Hanya satu je caranya." Kata Eiyril.
***

"Mak telefon siapa tu?" Soal Khai yang baharu sahaja balik dari pejabat.

"Takdelah.. ni ahh, mak call keluarga kamu.." kata Maknya. "Mana Airil?" Soal Khai. "Airil tidur tu.. nanti petang kamu ajak lah dia pergi taman, takut dia rindukan mama dia." Kata Mak nya.

"Ya mak. Saya pun rindukan mama dia juga.." kata Khai, tersenyum.. mungkin sekarang.. program hari pertama nya sudah habis dan mungkin sekarang Hana sedang tidur. Jadi, dia tidak mahu menganggu rehat Hana.
***

Badannya dipeluk oleh Eiyril. Rose tersedar apabila dia terlalu lama tidur. Dia melihat muka di hadapannya ni.

Entah kenapa, dia teringin dipeluk oleh orang dihadapannya ini. Hatinya tiba-tiba menjadi rindu yang teramat.

"Sepatutnya aku benci kau, bukannya makin rindu dekat kau. " Kata Rose.

"Sayang tak dapat tidur ke?" Soal Eiyril. Akhirnya, selama tiga tahun dia menunggu.. tidurnya kini bersama isterinya walaupun isterinya seperti orang lain.

"Dah kau peluk aku kuat sangat. Dengan tangan aku berikat. Ingat selesa ke?" Keras suara Rose.

"Sorry. Abang buka ye. Tapi, jangan lari. Kalau lari.. tahulah Abang nak buat apa.." kata Eiyril lalu melepaskan tali di tangan Hana.

Dia mengusap perlahan tangan isterinya dan mencium tangan tersebut.

"Sorry.. dah jom tidur" kata Eiyril memeluk Hana. Dan, Rose sedaya upaya ingin menolak badan Eiyril.

Namun, segalanya tidak boleh. Dan, pada akhirnya... Rose tertidur di dalam dakapan Eiyril.

Dan, entah kenapa.. dia seakan merindukan seseorang. Sangat... Sehingga air matanya jatuh dengan sendirinya. Dia tidak tahu apa yang terjadi kepada dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience