Bab 42 - Persoalan Yang Sudah Terjawab

Romance Completed 92034

"Kalau Hana nak tanya sesuatu, Abang marah tak?" Soal Hana. Selesai sahaja mereka menikmati makan tengah hari mereka, mereka mengambil keputusan untuk bersiar-siar sebentar.

"Tanyalah. Hana tak tanya lagi, macam mana Abang nak marah?" Senyum Eiyril sambil tangannya mengusap perlahan tangan Hana yang berada di genggamannya.

"Apa yang menyebabkan Abang berubah? Serius Hana cakap.. Abang bukan Encik Eiyril yang Hana kenal dulu, mana Encik Eiyril yang dulu?" Soal Hana.

Eiyril hanya tersenyum melihat Hana, memang layak Hana bertanya mengenai itu. Eiyril mengajak Hana untuk duduk di sebuah kerusi kayu. Hana hanya mengikuti langkah Eiyril.

"First of all, Abang nak minta maaf atas perangai Abang yang macam tu, harap Hana dapat maafkan Abang. Segala kesilapan Abang yang Abang lakukan dekat Hana, Abang minta maaf sekali lagi." Kata Eiyril sambil tersenyum. Hana menantikan jawapqn kepada soalan Hana.

"Kenapa Abang berubah? Pertama, sebab Hana dah jadi isteri abang. Kedua, ingat Hana.. abang sekarang hanya ada Hana sahaja sebagai pendamping hidup Abang. Abang dah takda orang lain kecuali Hana. Sejak dulu lagi, novel Hana menemani Abang. Dan, apabila Abang dah dapat Hana, kenapa perlu Abang berlaku kejam dekat Hana?" Soal Eiyril.

Hana hanya diam. Betul apa yang dikatakan Eiyril. Sekarang, dia ada Eiyril dan Eiyril ada Hana. Mereka perlu saling bergantung di antara satu sama lain.

"Tapi, tulah.. Hana pergi dengar cakap Erul dengan Sandra. Ingat Abang ni jahat sangat ke, nak dera isteri Abang.. sedangkan Hana tahu Abang sayangkan isteri Abang ni sangat.." kata Eiyril.

"Sebenarnya, Abang dah lama tahu Hana tu adik Lyn, tapi.. bila syarat Hana terngiang-ngiang di kepala Abang. Mahu tak mahu Abang terpaksa buat perkara itu. Maafkan Abang. Tapi, betul.. Abang tak nak kehilangan Hana lagi." Kata Eiyril.

Tersentuh Hana mendengar kata-kata suaminya. Apa lagi yang Hana inginkan, Eiyril suami yang baik, bertanggungjawab.

"Boleh ajar Hana .. jadi isteri yang baik?" Soal Hana. Eiyril sudah tersenyum.

"Kita sama-sama belajar sayang.. dan, abang tak nak antara kita merasa kehilangan lagi. Kita ada antara satu sama lain, sayang.." kata Eiyril.

Hana tersenyum, janjinya selepas ini, menjadi isteri yang baik kepada Eiyril.

"Abang.. boleh tak Hana menulis lagi?" Soal Hana, dia merindukan pekerjaannya yang dahulu.

"Boleh.. khas untuk Abang je. Abang dah tak nak orang baca novel Hana. Untuk Abang je. Bayaran, jangan risau. Abang double gaji Hana. Cuma, pastikan Hana jadi isteri Abang sepenuh masa. Boleh?" Soal Eiyril.

Hana hanya tersenyum.
***

Hani sedang membeli keperluan dapur bersama Khuzaimi.

Khuzaimi menggengam tangan Hani dengan erat.
"Hani nak masak apa malam ni?" Soal Khuzaimi, sangat romantik.

"Err.. nasi ayam kut, Abang kan suka makan nasi ayam?" Soal Hani. Khuzaimi sudah tersenyum. Sayang betul dia dengan isterinya ini.

"Hani tak nak ada anak ke?" Soal Khuzaimi secara tiba-tiba. Hani sudah menelan air liur yang dirasakan kasar.

"Belum rezeki Abang." Itu kata - kata Hani. Khuzaimi menghela nafasnya.

"Abang sanggup kalau kita buat rawatan, boleh?" Soal Khuzaimi.

"Abang.. Hani belum puas lagi hidup berdua dengan Abang. Soal anak tu, nantilah ye.." kata Hani.

Genggaman tangan Hani sudah mulai kuat, adakah Hani tersilap cakap. Dia takut Khuzaimi akan mengamuk di sini.

"Okay... Aku bagi kita masa sampai hujung bulan ni. Bulan depan, kita usaha ada anak. Aku tak kira berapa bayarannya, kita sama-sama pergi check dekat hospital." Kata Khuzaimi.

Hani sudah terdiam. Ketakutannya sudah menguasai dirinya.

Esok Killa tak update tau. Isnin, kita jumpa.. nak tanya readers ni, Novel mana yang Killa nak update , Letter For My Husband ke atau My Billionaire Wife?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience