Semenjak Eiyril berada di oversea, termasuk hari ini sudah lima hari dia tiada di Malaysia. Dan bagi Hana, inilah peluang yang paling mengembirakan hatinya. Dia di ruang tamu dengan patung hamster dipelukannya. Dia sudah menyiapkan 40 bab.
"Sikit lagi.. 60 lagi. And, i am free. Paling penting, tak nak aku jumpa mamat ni lagi. Aku nak bercuti" tekad Hana. Sambil dia berehat setelah berhempas pulas menyiapkan novel khas untuk Eiyril. Dia mulai rindukan dunia luar dan paling penting sekali, dia lama tidak menjenguk kubur arwah ibunya yang selalu dia jenguk. Paling tidak pun, seminggu sekali dia akan ke sana.
Lama kelamaan dia tertidur.
*******
"Awal betul kau balik Eiyril. Aku tak sempat nak beli buah tangan untuk Sandra. kau tahu tak?" luah Erul.
Sepatutnya mereka berbaki dua hari lagi. Namun, kelmarin selepas sahaja habis seminar sudah Eiyril mengajak Erul balik.
"Habis kau nak tinggal sana lagi? Dah lah sejuk. Kalau kau nak, boleh je aku hantar kau pergi airport." kata Eiyril.
"Ya Allah.. berikan lah aku kesabaran melayani karenah sepupu kesayangan aku ni" doa Erul. Eiyril hanya tersenyum sinis.
Selepas sahaja sampai di rumah Erul, Eiyril terus menuju ke rumahnya. Rumah keduanya. Dia ingin melihat Hana. Sangat.
******
"Tina.. Cik Hana tertidur dekat ruang tamu" kata Fikree. Tina tersenyum, "biarlah dia Fik, bila lagi nak merasa bebas, asyik takut je dengan Tuan kita tu" kata Tina.
"Betul juga kan.." kata Fikree, tiba-tiba mereka mendengar kereta masuk ke perkarangan rumah. "Eh, kereta siapa pula tu?" soal Tina.
Mereka keluar melihat siapa gerangan dan terkejut apabila Tuan mereka sudah balik. Dan, soalan pertama yang ditanya,
"Mana Hana?" soal Eiyril.
"Dia tidur Tuan, dekat ruang tamu" kata Fikree. Eiyril hanya diam. "Angkat beg aku" arah Eiyril.
Dia masuk ke rumah dan melihat Hana sedang memeluk patung hamster yang dia berikan. Kelihatan Hana tertidur. Eiyril duduk di sofa dan mengalihkan kepala Hana ke ribanya.
Dia mengusap kepala Hana dan merenung muka Hana, lama...
"Ibu.. ibu... " racau Hana, Eiyril terdiam namun masih meneruskan usapan di kepala Hana, ada butir jernih mengalir di pipi Hana. Diusap oleh Eiyril.
"You must miss your mum.." kata Eiyril.
********
Hana bangun mengeliat. Agak lama dia tidur, dia bermimpi dia berjumpa ibunya. Ya, dia sangat rindukan ibunya. Dalam mimpi, ibunya mengusap kepalanya.
"Dah bangun?" soal satu suara garau. Mata Hana yang terbuka sedikit, terbuka luas melihat sosok insan dia hadapannya.
"Encik Eiyril" jerit Hana. Terkejut dia Eiyril sudah sampai.
"Aku bagi kau masa dua jam untuk bersiap, pakai baju kurung dan tudung sekali, bawa sebotol air. Faham" kata Eiyril meninggalkan Hana yang terkebil-kebil memandang Eiyril masuk ke dalam bilik.
(1 jam lalu)
"Sandra.. err, kubur ibu Hana dekat mana?" soal Eiyril. Setelah mendapat jawapan, Eiyril membulatkan hasratnya.
(Sekarang)
Eiyril agak senang melihat penampilan Hana yang berbaju kurung dan berselendang. Sangat ayu dan manis dipandang.
"Err..." namun belum sempat Hana menghabiskan katanya, dia tidak jadi bertanya, dia takut dia dimarahi oleh Eiyril, adalah lebih baik dia hanya ikut sahaja.
*******
"Encik Eiyril, kita nak lawat keluarga Encik ke?" soal Hana. Mereka sampai di tanah perkuburan. Namun, Hana tahu ada kubur arwah ibunya di sini. Masakan Eiyril tahu kubur arwah ibunya.
"Tak. Kau pergi lawat kubur arwah ibu kau. Ini arahan. Pergi!" arah Eiyril. Hana sudah sedikit menangis, akhirnya dia dapat melawat kubur arwah ibunya.
Hana menangis sambil meluahkan apa isi hatinya, Eiyril di belakangnya sedikit kesian dengan Hana. Apa cerita Hana, serius dia ingin mengetahuinya namun.. dia tidak suka mencampuri urusan hidup seseorang yang tiada kaitan dengannya.
Sesekali nama Eiyril diseru oleh Hana, dia memberitahu Eiyril membulinya, tersenyum sinis sedikit Eiyril. Begitu sekali tanggapan Hana kepadanya, tapi memang betul pun.. Eiyril mengurungnya kira seperti mendera anak dara orang.
"Dah cukup ke kau mengadu?" soal Eiyril. Hana mendongak dan menganggukkan kepalanya.
"Dan, baca Yassiin" kata Eiyril duduk sekali bersama Hana membacakan Yassiin. Merdu suara Eiyril membaca Yassiin, tersentuh hati Hana mendengarnya, kemudian Hana menyiram air yang dibawahnya. Patutlah Eiyril mengarahkan begitu.
Selepas selesai, mereka berada di dalam kereta..
"Encik Eiyril, sebelum Encik jalan. Saya nak ucapkan terima kasih kepada Encik. Terima kasih Encik" kata Hana, tulus.
Eiyril hanya menganggukkan kepalanya. Dia juga merindukan arwah ibunya yang meninggal kerana dia, arwah bapanya yang tidak menerima suratan takdir dan nenek dan datuknya yang sentiasa ada untuknya. "Nanti Ril balik kampung, Ril jenguk kubur mereka" bisik hati Eiyril.
Masing-masing melayan perasaan dan mereka hanya diam sehingga sampai ke rumah.
Share this novel