Usap air matamu, bangkitlah melawan kesedihan, biarkan kegembiraan berada di hatimu.
-Hana Roselyn( Kegembiraan Hatiku)
Ril tersenyum apabila dia sampai di rumah. Koleksi buku penulis novel kegemarannya berada di sebuah bilik khas yang hanya dia boleh masuk. Tidak boleh yang lain. Baginya, bilik ini umpama bilik yang dapat mengembirakan hatinya.
Ketukan di pintu kedengaran, dia sangat tidak suka apabila bacaannya diganggu oleh orang lain. Ril dengan malasnya membuka pintu, terpancul muka orang gajinya.
"Ahh. Kenapa?" soal Ril kasar. Orang gajinya sedikit takut.
"Makanan sudah disediakan Tuan, dan Tuan Erul ada di luar tunggu Tuan " gagap orang gaji nya. Eiyril meninggalkan orang gajinya dan menutup pintu dengan kasar. Berbunyi pintu itu kerana dilengkapi kunci automatik yang hanya membolehkan Eiyril membuka pintu bilik tu dengan cap jarinya.
"Kau nak apa?" soal Ril. Panas hatinya apabila ada orang menganggu bacaannya. Erul dengan senyuman kerang busuk menyapanya.
"Kau ni nak marah-marah je kerja. Cuba, relaks. Tak lari mana pun buku kau tu. Aku lapar. Jom lah makan" kata Erul. Eiyril pergi ke tempat duduknya dan duduk dengan muka yang bengis.
"Kau takda rumah ke? Asyik nak habiskan beras aku je" marah Eiyril.
"Alah.. biarlah, lagipun mak cik kau juga yang suruh. Takut katanya anak buah mak cik tu sunyi" kata Erul. Eiyril hanya berdecit. Malas dia ingin berjenaka dengan sepupunya.
"Anyway Eiyril. Minggu depan hari jadi Sandra, Jom lah..." ajak Erul.
"Kau punya makwe hari jadi, apa kaitan dengan aku?" soal Ril. Erul sudah sedikit muram.
"Jangan lah macam ni... Aku dah buat semua apa yang kau nak. Takkan benda ni pun kau tak tolong. Please lah" kata Erul, memujuk sepupunya. Tidak pernah sekali Eiyril bersosial. Mungkin dengan parti ini dapat mengembalikan sepupunya yang dulu.
"Mengada.. Yelah. Tapi, aku pergi sekijap je. Puas?" Jegil mata Eiyril.
"That's why you are the best cousin i ever had. Minggu depan tau. Tema Masquerade. Kau cari sedia topeng tau" kata Erul.
"Kau yang carikan aku. " kata Eiyril.
*********
"Tema Masquerade.. Wahhh ala-ala Fifty Shades ye. Kelas kau Sandra" usik Hana.
"Of course lah. Ini pun boyfie aku yang cadang" kata Sandra.
"Okay lah... Aku on je.. Minggu depan kan?" soal Hana.
"A ah. Siapkan novel kau tu. Jangan nak buat kerja waktu party aku pula. Dah lah, byee" kata Sandra. Hana mematikan telefon.
Dia teruskan menaip novelnya. Entah kenapa perasaannya tidak sabar menunggu hari jadi rakan baiknya.
Share this novel