Hani sudah menunggu keputusan adakah mereka mempunyai masalah kesuburan untuk mendapatkan anak.
Doktor di hadapan mereka sudah tersenyum, "Puan Hani dan Encik Khuzaimi tiada masalah nak mendapatkan anak. Kedua-duanya tiada masalah kesihatan." Kata Doktor itu.
Khuzaimi sudah pelik, "tapi.. kenapa sampai sekarang kami belum ada anak?" Soal Khuzaimi, pelik. Doktor sudah memandang Hani.
"Puan Hani tak bagitahu ke dia ambil pil perancang kehamilan?" Soal Doktor berkenaan. Terus Khuzaimi memandang Hani dengan pandangan yang marah. Kenapa dia tidak tahu perkara ini.
"Maaf Encik, mungkin Puan Hani belum bersedia nak ada anak kut..." Kata Doktor berkenaan.
"Mungkin juga lah. Terima kasih atas semuanya Doktor" kata Khuzaimi melemparkan senyumannya.
***
"Pang!" Tamparan kuat mengena ke pipi Hani. "Patutlah selama ini aku pelik kenapa kau tak mengandung? Aku ingatkan kau tak subur, atau aku yang tak subur. Rupanya kau ambil pil perancang. Mana pil tu Hani?" Bergegar suara Khuzaimi dalam rumah itu.
Khuzaimi hanya menginginkan waris. Dia juga sudah tua. Umur 40. Jika dia tiada anak lagi sekarang. Sampai bila dia harus menunggu.
Hani mengelap darah di bibirnya, "Hani bukan tak nak ada anak Abang, tapi.. perangai baran Abang, kalau Abang tak dapat kawal.. macam mana? Biar saya yang sakit.. bukan anak kita" tangis Hani. Khuzaimi sudah menarik muka Hani bertatapan dengan Hani.
"Sejak bila aku sakitkan kau? Aku bagi apa yang kau nak.. tak cukup ke lagi, aku dah cakap.. jangan buat aku angin. Tapi, kau tetap buat aku marah. Kau nak apa lagi ahh?" Teriak Khuzaimi. Hani hanya menangis.
"Aku tahu kau makan ubat tu lagi, awas kau Hani.. Faham?" Kata Khuzaimi meninggalkan Hani.
Hani duduk di kerusi dan mengelap darah yang mengalir di mulutnya. Tidak lama selepas itu, muncul Khuzaimi membawa makanan dan peti kecemasan untuk mengubati luka di bibir Hani.
Hani tahu Khuzaimi suami yang baik, namun.. agak susah dia mengawal barannya. "Kita makan ye sayang.. mehh abang ubat dulu luka ni. Lepas tu, kita makan ye sayang. Malam ni kita perlukan tenaga, ye sayang.." pujuk Khuzaimi.
Hani hanya terdiam dengan perlakuan suaminya. Dia tahu, dia tidak boleh menghindarinya lagi.
***
Sandra membantu Mama Erul memasak untuk malam ni. Kedatangan Eiyril dan Hana sememangnya ditunggu oleh mama Erul.
"Ahh, Erul.. semua dah ready ke untuk malam ni?" Soal Mamanya. "Dah ma.." kata Erul sambil memeluk Sandra dari arah belakang.
"Ahh.. Sandra, nanti Mama nak ajak kamu dengan Hana pergi butik yang selalu Mama pergi. Cantik bajunya. " Kata Mama Erul.
"Boleh je Ma. Lagipun, boleh lah saya keluar jalan-jalan dengan Hana. Rindu dekat dia" kata Sandra sambil tersenyum.
***
Hana terbangun di pelukan suaminya yang sedang nyenyak tidur. Sesekali dia mengusap rambut Eiyril yang lebat itu. Dia cuba untuk bangun namun tangannya ditarik oleh suaminya.
"Nak ke mana?" Kata Eiyril sambil matanya tertutup. Hana sudah terketawa, "Abang jangan buat-buat lupa. Malam ni kan, kita ada makan-makan" kata Hana.
Eiyril hanya mengemaskan pelukannya, "Abang.. bangun lah" kata Hana. "Sekijap lah sayang.. let me hug you first.. " kata Eiyril, Hana hanya membiarkannya sahaja.
"Don't leave me sayang.." bisik Eiyril.
***
(Imbas Kembali)
Hana menelan air liurnya yang terasa kesat di lehernya. Takut dia melihat figura suaminya menyandar sambil menatap ke arahnya.
"Maaf.. Hana tahu Hana salah. Tapi, what's wrong with you? Kenapa Abang simpan semua buku Hana? Ni gambar ni.. Abang ni gila ke apa? Saya pula takut dengan Abang ni tau" luah Hana.
Eiyril hanya berjalan ke arah sambil menutup pintu. Kini, hanya mereka berdua sahaja dalam bilik kesayangan Eiyril.
Eiyril mendekati Hana lalu mengusap rambutnya, "salah ke seorang peminat menyimpan karya kesayangan dia dalam satu bilik?" Soal Eiyril. Masih beriak beku.
"Tak salah Abang. Tapi, Hana seram.. " kata Hana, sedikit tergagap dia.
" I madly in love with you, sayang.. kenapa nak persoalkan? Lagipula, orang yang ada dalam bilik ini ialah isteri Abang. Kenapa cakap Abang gila? Sampai hati Hana.." rajuk Eiyril terus memeluk Hana. Rindunya dia kepada Hana dari pejabat lagi.
"Tapi.. abang ni macam orang gila tau." Marah Hana. Eiyril hanya ketawa, "gilakan Hana. Salah ke?" Soal Eiyril. Hana hanya diam dan lama-lama terketawa. Ada juga yang gilakan dia seperti Eiyril, nasib suaminya.. jika orang lain, mungkin sudah lama dia menelefon polis.
"Dah lama ke Abang gila?" gurau Hana. Eiyril terketawa, "hahahha... sampai hati cakap kita gila, gila, gila ni pun suami sayang tau. " kata Eiyril terus mencempung Hana keluar dari biliknya dan terus menuju ke bilik beradu mereka. Tidak salah jika Hana mengetahuinya, dia lagi suka. Supaya dia tahu kasih dan sayangnya Eiyril kepada isterinya ini.
Share this novel