Bab 22- Mulai Memahami

Romance Completed 92240

Hana bangun selepas dia tidur agak lama di riba seseorang. Apabila dia mencelikkan mata, muka Eiyril yang ditatapnya dahulu.

"Hai.. " sapa Eiyril. Hana hanya tersenyum malu. Namun, tidurnya nyenyak tadi. Entah kenapa. "Err... Dah berapa jam saya tidur?" soal Hana bangun membetulkan kedudukannya.

"Lebih kurang 3 jam. Macam itulah" kata Eiyril. Hana menelan air liurnya. 3 jam? Adakah dia hanya begitu sahaja.

"Eiyril, awak tak sakit pinggang?" soal Hana. 3 jam dia duduk di sofa itu. Eiyril hanya tersenyum lagi. "Tak, saya tak rasa sakit pun. Mungkin sebab orang yang kita sayang ada depan mata kut. Heheehe" tertawa malu Eiyril.

Hana terdiam. "aishh.. aku tak biasa lagi dengan Eiyril sekarang. Aku lebih suka Eiyril yang dulu. Aduhh.. Senyuman dia tu, buat aku melting. Okay. tak pe, Fokus Hana.. Fokus" kata Hana.

"Hana, don't you think kita bercerita" kata Eiyril. Hana pelik, "cerita apa?" soal Hana. Eiyril diam dan mukanya bertukar serius.

"Tentang masa lalu kita. Dan, macam mana kita bangkit?" soal Eiyril. Hana menarik nafas.

"Saya cerita dulu.. boleh?" soal Eiyril. Hana menganggukkan kepalanya. Tidak salah dia mendengar cerita Eiyril walaupun ada sedikit kisah hidupnya sudah diceritakan oleh Erul.

Hana memberikan Eiyril masa untuk bercerita dan dia sudah membuka mulutnya. "Semuanya bermula apabila..."
******

"Eiyril, jangan pergi sana tau. Mama nak beli bunga dulu. Kijap ye" kata Mama Eiyril. Ketika itu, Eiyril baru menginjak dua belas tahun. Dan, perwatakannya sangat nakal.

"Eiyril.. duduk situ tau. Mama nak beli bunga dulu, kan kita nak jumpa Erul. Kijap tau" kata Mamanya. Eiyril ternampak rama-rama yang cantik, dia cuba mengejar rama-rama tersebut sehingga dia tidak sedar yang dia berjalan di tengah jalan.

Tiba-tiba hon kedengaran berbunyi, Mama Eiyril yang melihat kereta tersebut seakan tiada kawalan, berlari laju menyelamatkan anaknya.

"Abang.. janji dengan saya, jaga anak kita.. Walau apapun yang berlaku.." kata Mama Eiyril. Bapa Eiyril, Encik Jul hanya melihat Mama Eiyril terbaring, wayarnya berselirat satu badan. Mama Eiyril dipercayai lumpuh setengah badan kerana dia menyelamat kan Eiyril.

"Macam mana saya nak jaga kalau anak kita punca awak jadi macam ni. " kata Encik Jul. Dan, akhirnya mama Eiyril meninggal akibat kegagalan beberapa organ dalaman.

Semenjak itu, Encik Jul tidak mengiktiraf Eiyril anaknya. Hanya Datuk dan Nenek tempat dia berkasih sayang. Sehinggalah bapa Eiyril meninggal dunia akibat sesak nafas dan datuk dan nenek Eiyril akibat sakit tua.
*******

Hana yang mendengar memandang sayu muka Eiyril.

"Saya ingatkan ada orang dah boleh terima saya , Hana. Saya pernah bercinta dengan Lyn. Tapi, yalah. Lyn ingat saya tak ada apa-apa. Sebab dia tahu, saya dengan ayah saya tak berbaik. Mungkin dia anggap saya akan miskin selepas kematian ayah saya, datuk dan nenek saya" kata Eiyril.

Hana bersimpati. "Tapi, nasib ada novel awak Hana.. Novel awak yang suruh saya bangkit. Dan, saya harap.. awak juga akan jadi macam novel awak. Selalu ada untuk saya. Boleh tak?" soal Eiyril, senyum.

Hana hanya memandang wajah Eiyril.

"Kenapa Hana, awak pun nak tinggalkan saya ke? Selepas awak dengar cerita saya?" soal Eiyril, terus sayu wajahnya. Sangat sayu..

"Tak.. saya tak akan tinggalkan awak.. Sebab, awak kan kawan saya juga. Apa yang berlalu, biarkan berlalu. Yang penting, awak kena selalu doakan mama, ayah, datuk , dan nenek awak. Walau apapun, mereka tetap darah daging awak" kata Hana, senyuman manis ditayangkan.

Eiyril sedikit terkesima. Dialah perempuan yang layak bersamanya.

"Kalaulah kita dah halal. Saya akan cium awak. Tapi, tulah nasib lah kita belum ada apa-apa. So, Hana Roselyn. Jom kahwin supaya saya boleh peluk awak. " kata Eiyril mengenyitkan matanya.

Hana yang malu, terus memanjangkan kakinya dan meninggalkan Eiyril. Namun, sebelum itu dia sempat mengucapkan terima kasih kepada Eiyril.

"Terima kasih Eiyril. Terima kasih sebab sudi berkongsi. Mungkin, suatu hari nanti saya pula akan berkongsi cerita dengan awak. Teruskan kuat demi diri awak. Okay?" kata Hana terus menutup pintu.

Eiyril hanya tersenyum.. "saya akan tunggu giliran awak pula berkongsi cerita tentang awak, Hana" bisik Eiyril.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience