Bab 8 - Kawan Baharu

Romance Completed 92034

Pengawal itu sedang melihat Hana. Hana pula sedang melihat dia. Dia baru dapat menyiapkan satu bab hari ini. Hana bosan. Dia ingin berkenalan dengan pengawal ini.

Tina sudah menjadi kawan baiknya selepas Sandra. Kini, dia ingin berkawan dengan pengawal tersebut kerana Hana sikapnya yang ramah dan suka bercerita dengan orang.

"Errr. Awak siapa nama? Marilah duduk sini. Saya bosan lah" kata Hana, ramah. Pengawal itu hanya mengikut rentak perempuan yang dikurung ini.

"Nama saya Fikree. " kata Fikree.. "Nama saya pula Hana" ramah Hana.
********

Hampir sejam mereka bergelak ketawa, ternyata Fikree juga seorang yang kelakar dan adiknya juga sebaya dengan Hana.

"Kelakar lah Abang Fikree ni" kata Hana, umurnya yang muda menyebabkan Hana memanggil Fikree dengan panggilan Abang.

Entah kenapa senyuman Fikree mati dan Fikree terus berdiri. Hana yang pelik terus menyoal Fikree.

"Eh, Abang Fikree. Duduk lah. Dah kenapa Abang Fikree berdiri. Ada semut gigit ke ada.." belum sempat Hana menyambung. Suara garau kedengaran di belakangnya.

"Ada aku suruh kau bergelak ketawa dengan dia, Fikree?" soal Eiyril. Tiba-tiba Hana terasa sejuk. Bukan kerana sejuk, kerana takut.

Fikree menunduk, "Maafkan saya Tuan" kata Fikree. Hana terus berdiri untuk membela Fikree, dia yang mengajak Fikree pada mulanya.

"Saya yang patut minta maaf Encik Eiyril. Saya yang ajak Abang Fikree bercerita tadi. Yelah, saya bosan. Dan, saya belum dapat idea nak menulis" kata Hana.

Eiyril hanya memandang Fikree dan tidak memandang Hana. Kemudian, Eiyril meninggalkan mereka berdua. Hana dan Fikree masing-masing menjungkitkan bahu. Entah kenapa angin Eiyril hari ini.
********

Eiyril hanya mendengar Hana dan Fikree bergelak sakan. Tapi, entah kenapa hatinya rasa sunyi apabila Hana terlihat mesra bersama Fikree dan turut memanggil Fikree dengan panggilan Abang.

Dia melihat Hana gembira dan sering tersenyum. Lama dia di sana...

"Kenapa aku sakit hati?" bisik hati Eiyril. Ya, dia sakit hati. Dia cuma mahukan Hana yang peduli pasal dia.. seperti novel Hana yang sentiasa ada untuknya.

********

Eiyril memandang syiling dinding di ruang tamu. Biar reda dulu hatinya ini. Terlalu sakit. Kenapa novel Hana boleh merawat hatinya, kenapa bukan penulisnya yang rawat hatinya sekarang.

Dia memejamkan mata.

"Er.... Encik Eiyril" sahut Hana. Eiyril terbuka matanya dan duduk.

"Saya cuma nak cakap... Saya baru siap bab satu" kata Hana. Eiyril hanya diam.

"Can you help me?" soal Eiyril secara tiba-tiba. Hana menanti apakah pertolongan yang diperlukan oleh Eiyril.

"Apa tu Encik?" soal Hana. Eiyril meninggalkan Hana dan menuju ke biliknya. Dia keluar dari biliknya dan memberikan Hana sebuah novel.

Hana terkejut, ya.. ini novelnya. Novel keluaran pertamanya.

"Sit here" kata Eiyril, menepuk sofa itu. Hana duduk. Dan, Eiyril mengambil bantal sofa dan meletakkannya di riba Hana dan dia baring di bantal tersebut.

Sedikit terkejut Hana dengan perlakuan Eiyril. "Nasib ada bantal" kata hati Hana.

"Apa Encik Eiyril nak minta tolong?" soal Hana. Eiyril meletakkan lengannya di dahinya dan terus memejamkan matanya.

"Bacakan aku, novel kau tu. Sampai habis. Jangan ada skip. Aku hafal setiap perkataan dalam novel kau tu, Hana. Baca secara perlahan. Aku tak nak laju. Sekarang!" arah Eiyril.

Hana sudah terkesima. "Gila ke apa.. Aku baca novel ni? Kalau habis suara aku macam mana?" bebel Hana dalam hati.

"I am waiting, Hana.." garau suara Eiyril.

"Okay.. Okay.. Hem hem... Bab 1 - Kehidupan Ku" baca Hana.

"Andainya hidup ini mempunyai pilihan. Aku memilih untuk memulanya dari awal. Agar aku dapat membaiki kesilapan ku yang dahulu" baca Hana kepada Eiyril.

Eiyril yang mendengar sedikit tersenyum. Dia merasa senang apabila Hana membaca novel kesayangannya kepada dirinya. Inilah suara yang didengar dalam kepalanya yang menyuruh dia untuk bangkit daripada keperitan hidupnya.

Dan, suara Hana menjadi seakan radio menghibur hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience