Eiyril membelai rambut Hana, lalu turun ke pipi Hana. Sungguh dia rasakan seperti mimpi, isterinya ada di hadapan matanya. Walaupun terdapat gegaran di dalam kapal terbang namun tidak menganggu lena isterinya. Teringat dia sebelum menempah tempat berbulan madu, dia sempat menghubungi Hani merangkap kakak iparnya untuk bertanyakan mengenai Hana.
"Hello. Eiyril, kenapa you call? Adik I mana?" soal Hani.
"You tak payah sibuk, Lyn. Just a quick question, Hana suka tempat yang macam mana?" soal Eiyril, dingin. Namun, di hujung talian Hani sudah tersenyum. Dia yakin soalan Eiyril ini sememangnya ada kaitan dengan adiknya, dia tidak putus-putus mendoakan rumah tangga mereka berdua.
"Hana.. dia suka tempat yang tenang. Mungkin yang ada kaitan dengan laut. Ahh, dia suka itu. You nak bawa Hana..." belum sempat dia bercakap, panggilan sudahpun dimatikan.
Biarpun sedikit biadap, namun dia tahu Eiyril sedang berusaha memikat hati adiknya, "bertuah kau Hana.. jadi suami Eiyril. He will do anything for you. Believe me" bisik Hani.
***
Hana mengeliat sedikit dan mencelikkan matanya, terkejut dia apabila muka Eiyril seinci dekat dengan mukanya. Terkejut dia.
"Dah bangun, sayang? Hungry?" soal Eiyril, senyum. Hana membalas senyuman Eiyril dan berkata, "sikit. Anyway.. Encik Eiyril kita nak ke mana ni?" soal Hana. Terpaksa dia melembutkan suaranya kerana ada satu lagi rancangannya yang akan dia laksanakan di sana. Dia harus berlakon.
"Encik Eiyril?.. hemm... cuba tukar panggilan tu sayang.. Panggil Abang. Boleh?" soal Eiyril. Hana sudah terdiam sambil otak memikirkan sesuatu. "Okay Hana.. it's now or never.. " bisik hatinya.
Dia memeluk lengan Eiyril dan melentokkan kepalanya dan mengeser seperti kucing. "Abang..." goda Hana. Eiyril sudah terkejut lalu tersenyum.
"Ye sayang... " senyum Eiyril. Dia suka dengan perubahan sikap Hana. Namun, dia tahu isterinya merancang sesuatu. Kalau tidak, isterinya tidak akan tiba-tiba begini. "Okay sayang.. let's play along with you" bisik hati Eiyril.
"Sayang makan dulu ye. Kurus dah isteri Abang ni. Supaya ada tenaga... boleh lah buat baby" kata Eiyril. Dari ekor matanya, dia dapat melihat perubahan wajah Hana yang jelas terkejut. Eiyril menyembunyikan senyumannya.
"Err.. alah. Hana nak hidup dengan Abang dulu. Tak payah lah ada baby.. Lagipun, kita baru nak berkenalan kan. Takkan lah terus nak ada baby" muncung Hana. Eiyril hanya tersenyum melihat Hana.
Makanan sudahpun sampai. Eiyril yang menyuapkan Hana makanan, Hana hanya mengikut rentak Eiyril. "Something fishy abang tengok isteri abang ni.. why you suddenly kind to me?" soal Eiyril, mendadak.
"Mana ada.. yalah, semua orang perlukan peluang kedua kan?" soal Hana namun hatinya berdegup kencang. "Betul tu sayang.. kita buka buku baru. Kan? Anyway, yang dulu tu tak jadi ke ?" soal Eiyril.
Hana tidak memahami persoalan Eiyril. "Dulu, tak jadi? Maksud?" soal Hana lagi. Eiyril tersenyum lagi. "Yalah.. tak jadi ke baby dalam perut Hana?" soal Eiyril. Faham lah Hana apa yang dibicarakan oleh Eiyril.
"Tak kut. Syukur.. bagus lah tu kalau tak jadi" terdiam Hana, terus seakan terlayar kembali peristiwa hitam yang menyebabkan dia berkhawin dengan Eiyril.
"Tapi, kalau jadi pun. Abang akan bertanggungjawab sayang... tapi, kalau tak jadi, kita usaha lagi ye. I know, abang jahat dengan Hana. Dapatkan Hana dengan cara macam tu. That's why.. Abang nak kita pulihkan balik hubungan kita dengan berbulan madu. Kita jadi suami isteri yang normal" kata Eiyril sambil meraih tangan sang isteri, menciumnya dengan penuh kasih.
Namun, tidak bagi Hana.. cara Eiyril mendapatkannya tetap salah. "Jangan harap aku nak maafkan kau" bisik hati Hana namun demi rancangannya melarikan diri, dia terpaksa melayani Eiyril dengan baik.
"Buang yang keruh ambil yang jernih. Abang didik diri abang jadi suami yang baik, Hana didik diri Hana jadi isteri yang baik" kata Hana. Eiyril memandangnya dan tersenyum lantas mengucup bibir si isteri. Hana terkejut dengan perlakuan itu namun dia tidak melatah.
"Okay Hana. Just play along.." bisik hati Hana. Dan bagi Eiyril, kata-kata Hana sebentar tadi memberi sinar harapan untuk perkhawinannya.
"Anyway, abang kita nak pergi mana ye?" soal Hana, menolak lembut badan Eiyril. Dia harus mengawal dirinya.
"Kita nak pergi Labuan Bajo, sayang.." kata Eiyril.
"Labuan Bajo... Yay...." girang hati Hana namun dia memikirkan strategi untuk dia lari. Namun, bagaimana dia akan memulakan misinya?
Dapat ke Hana lari ni? Ke, macam mana ? Tunggu next chapter ye esok :)
Share this novel