Bab 23- Cinta Namun Takut

Romance Completed 92034

Hana menyiapkan novel Eiyril. Tinggal lima bab sebelum menuju ke penamatnya. Masih Hana teringat mengenai luahan perasaan Eiyril kepadanya. Namun, dia tidak boleh mencintai Eiyril. Sangat tidak boleh kerana ada sebab yang perlu dia ingati.
*********

Hana mengetuk pintu bilik Eiyril, dia tahu daripada Tina bahawa Eiyril di biliknya. Kedengaran laungan masuk daripada Eiyril.

Eiyril hanya tersenyum melihat Hana. Setiap detik dia merindukan Hana. "Hana, ada apa?" soal Eiyril ramah. Hana tersenyum kepadanya.

"Novel awak sikit lagi nak habis Eiyril. Dah janji kan, kalau habis novel, awak akan lepaskan saya" kata Hana. Eiyril menganggukkan kepalanya.

Hana menyambung lagi, "dan, kita tak akan pernah berkenal kan?" soal Hana lagi. Kemudian Eiyril terdiam.. Lama...

"Kenapa awak macam nak menjauhkan diri dari saya Hana?" soal Eiyril, sedikit berjauh hati dengan sikap Hana. Janjinya yang dahulu diingat oleh Hana.

"Tak bukan.. Bukan macam tu. " kemudian Hana menghembuskan perlahan nafasnya.

"Awak ada masa Eiyril?" soal Hana perlahan. Eiyril menganggukkan kepalanya. Eiyril mendekati Hana yang sedang duduk di sofa.

"Kalau awak, saya sentiasa ada masa Hana, kenapa ?" soal Eiyril. Hana mulai membuka mulutnya.

"Saya datang dari keluarga yang bahagia Eiyril. Sangat bahagia, ada kakak, ibu, ayah. Tapi, semuanya musnah sekelip mata" luah Hana.

"Saya dikatakan anak luar nikah oleh ayah sendiri. Dia tuduh mama saya curang dibelakang ayah saya. Sedangkan, sebenarnya... Ayah saya lah yang sudah curang. Saya ialah anak hasil hubungan ayah saya dan perempuan lain. Mak saya bela saya seperti anak sendiri. Tapi, ayah saya terlupa bahawa saya anak dia. Sehinggalah mereka bercerai, kakak saya cakap saya anak luar nikah dan saya tinggal dengan mak saya" air mata Hana keluar. Eiyril sudah membaringkan kepala Hana di dadanya.

"Mak saya baik orangnya, Eiyril. Dia tak pernah anggap saya sebagai anak luar nikah. Dan, dia tak pernah pun bencikan saya. Dia jaga saya macam anak sendiri. Padahal, saya lah sebenarnya anak luar nikah hasil hubungan ayah saya dengan perempuan lain. Mak saya diamkan sahaja perkara ini sehinggalah dia meninggal" tangis Hana lagi.

Eiyril hanya mendengar luahan Hana. Ikutkan hatinya, dia ingin memeluk erat Hana. Namun, ya.. mereka masih ada batas yang perlu dijaga. Hana kesayangannya perlu dilindungi.

"Tulah, saya ada Sandra dan Tutu je selepas kematian mak saya. Bila Tutu mati, saya sedih sangat.. " luah Hana lagi.

Eiyril diam dan membiarkan Hana menangis.

"Hana.. sekarang, awak dah ada saya Hana. Please... let me take care of you. Kedua-dua kita ada pengalaman pahit Hana. Tapi, kita kuat dan kita bangkit. " kata Eiyril.

Hana hanya diam. Lantas merenung muka Eiyril.

"I am try Eiyril. I'm try to fall in love with you. But, I just can't. I am so sorry" kata Hana, meninggalkan Eiyril. Naik ke atas dan menguncikan pintu. Dia perlukan masa untuk dia seorang.

Eiyril di bilik, diam.. "If you want time, Hana.. I can give you. At least, you will love me" kata Eiyril. Dia faham Hana perlukan masa untuk berseorangan.

"How I want to fall in love with you, Eiyril. Kalau kakak saya ialah bekas teman kekasih awak, Hani Lynda... Saya pernah nampak awak Eiyril. Awak dengan kakak saya. Tapi, saya tak sanggup berterus terang kalau kakak saya dah sakitkan hati awak" kata Hana sambil menangis di dalam bilik.

Inilah rahsia Hana. Dia menyembunyikan perkara ini kerana dia pernah ternampak Eiyril bersama Hani, kakaknya dahulu. Dan, apabila Eiyril menyebut nama Lyn, dia yakin.. Kakaknya merupakan bekas kekasih Eiyril. "Hani Lynda"..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience