Bab 31 - Ke Pasar

Romance Completed 92034

Hana bersiap pada hari ini. Disebabkan gajinya yang awal dia terima. Dia ingat dia ingin membeli barang makanan untuk dia masak di sini. Kedengaran bunyi hon kereta dari arah luar. Hana menjinjing beg tangannya dan keluar di rumah.

Kelihatan Ann sedang tersenyum ke arahnya, "amboi macam anak dara lah pula saya tengok awak ni" kata Ann.

Hana hanya tersenyum, "takde lah. Dah jom jalan" kata Hana.
*****

Terkesima Hana melihat suasana di sini sekarang. Banyaknya orang putih, dan mungkin populasi mereka hanya 1 % . Namun, dia bersyukur. Hidupnya dipermudahkan di sini.

"Ann dah lama ke kerja dekat sini?" soal Hana. "A ah. Dah lama da.. sampai saya dah sebati dengan persekitaran dekat sini. Sepatutnya Malaysia tu jadi rumah kita... sekarang, Malaysia tu jadi kampung kita pula." kata Ann.

Hana mengerti. "Hana, awak pula macam mana, mesti family awak pun akan rindu awak kan?" soal Ann.

Hana terus muram, dia ingin mencari topik lain. "Ann, banyak barang tau saya nak beli ni. Awak okay?" soal Hana.

Ann tersenyum dengan Hana.. Dia menukar topik, "Okay je.. Don't worry.. " kata Ann.
*****

Eiyril hanya memerhatikan Hana yang membeli barang. Dia berdiri agak jauh dari mereka. Melihat Hana memasukkan makanan ringan, Eiyril menjadi tidak suka.

"Tak pandai nak jaga kesihatan.. " gumam hati Eiyril. Secara tiba-tiba, Hana pergi ke arahnya, berdegup sedikit Eiyril ketika itu. Dia menutup mukanya dengan hoodie. Hana mencapai sebungkus teh dan dimasukkan dalam bakul.

Hana yang ketika itu merasakan pelik pada lelaki ini. Seperti dikenalinya dan dari bentuk tubuhnya, dia pernah melihat.

"Hana.. dah?" soal Ann. Hana sedikit terkejut lantas tersenyum melihat Ann. "Dah" , balas Hana. Dia melihat kembali lelaki itu, namun sayangnya lelaki itu hilang.

Ketika ingin membayar barangannya. Hana sekali lagi pelik. "Your grocery had been paid by someone else" kata pekedai tersebut. Pelik lagi Hana.. terdapat beberapa pertelingkahan kecil antara Hana dan penjaga kaunter sehingga menyebabkan Hana akur.
******

Selepas sahaja Ann menghantar Hana di rumah. Dia menyusun barang-barang yang dibelinya.

Hana sangat gembira melihat wajah dapurnya yang sudah penuh dengan makanan. Namun, tiba-tiba dia teringat ikan emasnya.

"Apa kahbar lah Nana dengan Yiyi ye? Aisyh.. kenapa kau nak ingat mereka.. apalah kau ni Hana" kata Hana.

Dia mandi, terus menuju ke katilnya dan lama-kelamaan dia tertidur dengan tuala di badannya.

******

Eiyril masuk ke dalam biliknya, melihat Hana yang tidur hanya bertuala menaikkan nafsu gelora Eiyril. Dia rindukan isterinya. Sangat.

"Calm down, Eiyril. Takkan lari gunung di kejar" gumam hati Eiyril. Dia perlahan menyelimutkan Hana. Dan mengusap pipi Hana.

Eiyril memandang jari Hana, tiada cincin kahwin yang dia guna. Eiyril melihat di atas meja cermin dan terlihat cincin kahwin mereka.

Eiyril mengambil dan menyarungkan kembali di jari Hana.

"Jangan lepaskan cincin ni Hana. my wife." kata Eiyril melihat isterinya dan mengusap pipinya.

"Anyway, Abang dah baca novel Hana. Such a beautiful story about me. That's why, Abang tak bagi Hana tulis novel daa. Sebab, hanya Abang seorang yang akan membaca karya terakhir Hana." kata Eiyril.

Dia sempat mencium pipi dan bibir isterinya. "Cepat atau lambat, Hana akan kembali kepada Abang" bisik Eiyril.
***

Hana terkejut dengan mimpi yang baru dia lalui, seakan betul mimpinya.

Dia memegang bibir.

"Kenapa macam betul erk?" soal Hana, sedikit seram. Dia bermimpi Eiyril mencium dia.

"Balik-balik nak kena mimpi dia, mimpi orang lain tak boleh ke?" dengus Hana. Sedang dia ingin mengikat rambutnya. Dia terperasan jarinya yang memakai cincin.

Hana cepat-cepat membuka dan membuangnya di lantai. "Ya Allah, sejak bila aku pakai cincin tu, ke aku mengigau tadi. " kata Hana.

Dia kalau boleh tidak ingin memakai cincin itu. Hana terus muram mengingat kejadian yang menimpa dirinya. "Kalau kahwin hanya disebabkan kerana disebabkan dendam.. Saya bukan orangnya. " kata Hana.

Air matanya keluar lagi, masih teringat dia kata-kata Eiyril di dalam bilik sebelum semuanya terjadi.

"Kau memang ditakdirkan untuk membayar apa yang kakak kau dah buat dekat aku, Hana.." kata Eiyril, bengis.

Habis Hana mengigit badan Eiyril untuk melepaskan diri. Namun, tenaganya tidak kuat. Hanya tangisan Hana kedengaran di bilik itu.

Hana mengusap air matanya. Sakit perasaannya.

"Bangkit Hana... Lupakan semuanya. Don't let your past haunt you.." bisik Hana dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience