Sejak kejadian dimarahi oleh Encik Eiyril. Hana dan Eiyril tidak bertegur sapa. Apabila Hana ingin turun ke bawah, dia melihat Eiyril di bawah. Dia cepat-cepat menguncikan dirinya. Pekara ini berlarutan sehingga seminggu.
Eiyril yang merindui Hana terasa sunyi. Tiada lagi percakapan Hana menghiasi rumah ini. Eiyril diam di meja. Apa yang perlu dia lakukan. Tiba-tiba dia mendapat idea.
*******
"Hai Eiyril..." sapa Sandra. Dia bersama Erul setelah dihubungi oleh Eiyril. Erul pula hanya tersengih seperti kerang busuk. Sandra memberitahu dia bahawa Eiyril ingin berjumpa dengannya ingin bercakap mengenai Hana.
"Kau sengih lah. Aku tumbuk kau kang" kata Eiyril mengepal penumbuknya. Malu dia sebenarnya. Sandra ketawa melihat mereka berdua. Satu suka mengusik, satu lagi tidak boleh diusik.
"Kenapa Eiyril. Kenapa dengan Hana?" soal Sandra. Erul menanti kenapa..
"Errr.. Kawan kau tu merajuk. Kau boleh pujukkan dia untuk aku?" pinta Eiyril. Erul dan Sandra berpandangan dan terus ketawa. Eiyril sudah memerah mukanya.
"Eiyril. kenapa awak buat Hana merajuk, sebab?" soal Sandra. Eiyril menarik nafas sebelum becerita tapi lebih kepada malu sebenarnya.
*********
"Nana... Yiyi, hari ni saya bagi bersih dulu tempat tinggal korang tau." kata Hana. Apabila dia melihat di ruangan Eiyril sudah tiada. Dia mengambil masa untuk turun ke bawah. Seminggu lebih dia terkurung di atas.
Dia membersihkan akuarium milik Nana dan Yiyi tanpa menghiraukan Eiyril yang berada di belakangnya. Memerhatikannya. Ya, dia rindukan Hana. Sangat...
"Okay Nana dan Yiyi. dah siap.. jom naik atas" kata Hana membawa balang akuarium terkejut melihat Eiyril di belakangnya. Hampir terlepas balang tu dari tangannya.
"Ya Allah... Encik Eiyril. Nasib tak terlepas akuarium ni lah.." bising Hana. Eiyril tersenyum sinis.
"Tina.. sini, bawakan akuarium Hana ke atas. Saya ada nak bincang sikit dengan sweetie ni" kata Eiyril.
******
Hana dibawa ke satu bilik. Dia belum masuk. Ya, dia belum masuk bilik ni. Mungkin mini office milik Eiyril.
"How's my novel?" soal Eiyril secara berlembut. Hana sedikit pelik dengan layanan Eiyril, tidak lagi marah-marah.
"Sekarang dah sampai bab 20. Tinggal 20 bab lagi.." terang Hana. Eiyril sudah terdiam namun dalam hatinya berkata, "cepatnya... tak boleh jadi ni" kata Eiyril.
"Buat sampai 100 bab" kata Eiyril. Hana sudah terkejut.
"100? Gila ke apa?" gumam hati Hana. Hana hanya menganggukkan kepalanya.
"I am so sorry.. marah awak" kata Eiyril, dia tahu mukanya memerah sudah tapi dia pedulikan. Dia mendengar kata-kata Erul dan Sandra.
"Turunkan ego awak Eiyril. Sebab awak yang salah. Marah dia. Dah lah awak kurung dia, awak marah dia. Awak fikir lah.. siapa yang salah dalam hal ni?" kata Sandra melalui perbincangan mereka tadi.
"I know my best friend, dia suka memaafkan" kata Sandra.
Hana di kerusi terdiam. Encik Eiyril minta maaf? Wahhh... bersejarah betul detik ni.
"Okay.. saya maafkan. Hehehe" sengih Hana. Dia mulai tersenyum dan Eiyril merenungnya lama. Dia rindukan senyuman itu. Sangat.
******
Hana tidak dapat tidur. Dia ke kiri dia ke kanan. Semuanya gara-gara Encik Eiyril kerana kejadian selepas minta maaf tadi.
"Ahhh... geramnya aku..." kata Hana menumbuk bantal.
Eiyril pula di rumahnya tersenyum sendiri mengingat kejadian selepas dia meminta maaf. Dia harus berterima kasih dengan Sandra.
"Hana tu suka kalau orang usap kepala dia. Automatik dia jadi manja. Sebab arwah ibu dia suka buat dia macam tu. "kata Sandra.
Selepas perbualan mereka, Eiyril mendekati Hana dan mengusap kepalanya turun ke pipi Hana. Automatik Hana menjadi manja. Melentokkan kepalanya di dada Eiyril dan mengeselkannya seperti kucing.
Eiyril tersenyum perlakuan Hana. Setelah terhenti perbuatan Eiyril, baru Hana sedar. Dia bukan Sandra atau arwah ibunya, dia Eiyril. Hanya Sandra dan arwah ibunya yang sering membuatnya begitu sehingga dia menjadi manja.
"I should give a thank to Sandra. Right?" kata Eiyril, masih sinis. Hana sudah meninggalkan Eiyril. Malu dia. Sangat malu.
"Aishh.. ni mesti Sandra bagitahu.. Tak boleh jadi ni..." bisik Hana.
Share this novel