Bab 43 - Pulang

Romance Completed 92034

Hana dan Eiyril sedang menaiki kapal terbang untuk pulang ke Malaysia. Perasaan Hana sedikit gementar namun gembira. Cuma, sekarang.. dia tidak selesa dengan keadaannya bersama Eiyril. Tangannya sentiasa berada di gengaman Eiyril. Puas dia cuba untuk menarik tangannya namun digenggam erat oleh sang suami.

Pada akhirnya, Hana bersuara, "abang.. boleh tak lepaskan tangan saya, susah saya.. nak buat tu tak boleh, nak baca majalah tak boleh, " kata Hana, sedikit memberontak.

Eiyril hanya tersenyum, "kan ada tangan lagi satu..." Kata Eiyril. Hana hanya tersenyum senget. "Suka hati Abang lah, saya malas nak bertekak. Anyway, saya nak tanya.. kalau abang dah pulang ke Malaysia? Siapa urus syarikat penerbitan dekat sana?" Soal Hana. Eiyril hanya tersenyum, "tu senang... Abang suruh bos lama datang balik . " Kata Eiyril.

"Owh... Lupa pula, abang kan owner. Macam mana keluarga Abang boleh terfikir nak buka syarikat penerbitan dekat sana?" Soal Hana. Eiyril hanya tersenyum, "itu senang... dulu keluarga Abang belajar dekat luar negara, jadi masalahnya mereka susah nak dapatkan bahan bacaan berbahasa Melayu, jadi atuk Abang mula buka syarikat penerbitan untuk pelajar-pelajar atau pekerja yang bekerja di sana. Mula-mula Atuk bawa bahan bacaan daripada Malaysia, lama-kelamaan ... Atuk dengan kawan dia mula mengupah penulis-penulis menterjemah buku yang mereka perlukan dan bahan yang mereka nak untuk memudahkan mereka" terang Eiyril, panjang lebar.

"Owh... Macam tu rupanya. Patutlah senang betul saya kena terima bekerja, ada kabel paling terbesar dalam syarikat tu" terang Hana, sambil menjeling Eiyril.

Eiyril terketawa, "siapa cakap kabel? Abang suruh Hana bekerja dekat sana supaya Hana tak sia-sia bakat Hana menjadi penulis.. lebih kurang Abang dedahkan Hana dengan bakat baharu, jadi penterjemah buku" kata Eiyril.

"Kenapa Abang tak bagi Hana menulis lagi?" Soal Hana. "Abang tak nak orang baca penulisan sayang lah.. " kata Eiyril. "Sebab?? Mesti ada sebab kan?" Soal Hana. Eiyril sudah tersenyum, "sebab... Abang cemburu. Case closed. Takyah tanya Abang lagi, dah tidur." Paksa Eiyril sambil memegang kepala Hana dan melentokkan di dada milik Eiyril. "Jangan bangun selagi Abang tak suruh, tidur" arah Eiyril. Hana hanya mencebikkan mulutnya di dada Eiyril dan lama-kelamaan dia tertidur.
***

"Yelah.. jaga mulut kalau ambil Eiyril tu, Erul... Sandra, bagi mereka peluang. Dan, mama yakin Eiyril dah berubah." Pesan Mama Erul.

"Baik Ma.. " kata Erul. Mamanya hanya tersenyum, "mama yakin Ril dah berubah, mama sempat nasihat dia sebelum dia pergi cari isteri dia. Dah, mama nak pergi butik.. ambil baju." Kata Mama Erul meninggalkan mereka berdua.
***

Hani sedang menutup kesan lebam di pipinya. Dia menebalkan mekap pada hari ini.

Hanya kerana Hani memujuk Khuzaimi menerima Eiyril sebagai adik iparnya dan mengizinkan Hani menjemput adiknya di lapangan terbang.

"Susah sangat ke Abang nak terima Eiyril, lagi pula... Eiyril tu adik ipar Abang dan Hani tak macam dulu dah.. Hani sayang dekat Abang" kata Hani sambil melihat foto perkhawinan dia dan suaminya.

Banyak orang cakap, dia bertuah memiliki Khuzaimi, seorang lelaki yang romantik, namun apa yang tidak diketahui oleh orang lain, suaminya ada sikap panas baran dan cemburu yang melampau.

"Tok..tok.." bunyi pintu diketuk dari arah luar. " Maaf Puan Hani, klien dah sampai" kata pekerjanya.

Hani menjangka pelangga setianya akan datang untuk mengambil baju hari ini, "apa khabar Datin?" Soal Hani.

"Kahbar baik Hani.. dah siap baju saya?" Soal Datin. "Dah Datin. Ni bajunya.." kata Hani menyerahkan baju kepada Datin.

"Terima kasih Hani. Hari ini saya gembira sangat.. anak buah saya dengan isteri akan balik. Macam nilah, nanti... saya ajak menantu saya dengan isteri anak buah saya ke sini supaya mereka tahh ada pereka fesyen yang handal macam Hani" kata Datin.

"Alhamdulillah... Terima kasih Datin" kata Hani, tersenyum.
***

"Buka mulut sayang.." kata Eiyril. Dia terbangun kerana lapar dan kebetulan makanan sudah sampai. Dan, terpaksalah suaminya menyuapnya kerana alasan tangan Hana digenggam oleh suaminya.

"Abang.. saya bukan budak-budak daa. Sini lah saya makan sendiri" bentak Hana. "Mana boleh sayang... Cepat buka mulut, abang nak suap ni.. kalau tak abang cium Hana, baru tahu" ugut Eiyril.

Dan Hana terpaksa mengikuti apa yang suaminya mahukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience