Hana sedang menyusun file yang berada di ruangan bilik file. Masuk seseorang dalam bilik itu.
"Hai.. saya Fahmi" senyum Fahmi kepada Hana. Dan, dia tahu persis siapa orang di hadapannya ini. Isteri Tuan Elfian. Memang cantik dan lawa.
Semenjak dia seorang sahaja yang mengetahui rahsia ini, dia dipaksa oleh Tuan Elfian menjaga Hana tanpa Hana sedari. Namun, sempat juga dia menyaksikan pergaduhan antara Eiyril dan Erul sebentar tadi.
Namun, ada baiknya dia mengetahui hal ni, kerana Eiyril takut sewaktu ketiadaannya tiada yang menjaga isterinya.
"Hai.. saya Hana." Ramah Hana, pekerja yang baik gumam hati Hana.
"Awak mesti pekerja baharu dekat sini kan. Awak tengah buat apa ni?" Soal Fahmi. Hana tersenyum, "saya tengah kemas file ni. Nampak bersepah sangat" kata Hana.
Fahmi sudah tersenyum lantas masuk seorang pekerja ke dalam bilik tersebut, "eh.. Fahmi, kau buat apa dekat sini? Siapa ni? Tak pernah nampak pun.." kata Reyna.. Fahmi sudah tersenyum.
"Ni Hana, pekerja baru" terang Fahmi. "Owh.. pekerja baharu. Ahh, bagus lah tu. Boleh tak tolong akak, akak tengah cari file. Tolong carikan akak ye, lepas tu hantar file tu dekat meja akak. File pembelian kertas dan dakwat. Okay?" Arah Reyna.
Fahmi sudah tersenyum sumbing, "eh.. Reyna. Dia bukan bekerja bawah kau. Dia PA Tuan Elfian. Kalau kau nak file tu, kau carilah sendiri.." kata Fahmi. Pantang nampak pekerja baharu, terus dibulinya.. dan kalaulah mereka tahu di hadapan mereka ini ialah isteri bos, memang tak bagi muka lah Tuan Elfian kalau tahu isterinya dibuli.
"Eh .. takpe Fahmi, lagipun... Saya macam ada nampak file tu, nanti saya hantar dekat meja ye Kak Reyna" kata Hana. Inilah sahaja caranya dia dapat bersemuka dengan semua pekerja bawahan suaminya.
"Bagus.. terima kasih" senyum Reyna terus keluar dari bilik file.
"Awak janganlah biarkan diri awak kena buli" kata Fahmi, memang dia akan laporkan kepada Tuan Elfian perihal ini.
"Takpe.. takde masalah pun.." kata Hana ,senyum.
***
"Nah Kak Reyna, file yang Kak Reyna nak." Kata Hana. Semua pekerja melihat Hana. "Owh.. ni ke pekerja baharu kau cakap tu." Kata salah satu pekerja tersebut.
"A ah.. terima kasih awak" senyum Reyna. Baru sahaja Hana ingin meninggalkan ruangan tersebut.
"Eh.. budak baru, tolong buatkan kopi untuk Abang ye," kata seorang pekerja. "Bawakkan keropok juag dekat pantri ye." Arah seorang lagi pekerja. "Tolong printkan kerja akak ni ye" kata pekerja lagi.
"Korang ingat aku bayar gaji dia untuk buat kerja korang ke?" Macam petir suara Eiyril berkumandang. Dia hanya mengeluh melihat isterinya dibuli oleh pekerja bawahannya.
Terdiam semua pekerja di situ, menunduk semua kepala pekerjanya. Memang bos mereka ni seorang yang garang. Jarang bosnya turun ke sini.. namun, kali ni bos mereka turun di kala mereka menyuruh budak baru ni.
"Kenapa senyap? Tadi bukan main suruh-suruh budak baru ni. Kenapa, korang nak bayarkan gaji dia jadi hamba abdi korang ke?" Soal Eiyril.
Hana hanya terdiam, lain betul sikap suaminya dan sikap Tuan Elfian sekarang. Dia pula yang gerun.
"Kenalkan, dia Hana. PA aku. Bukannya hamba abdi korang. Dia orang yang harus korang hormati selepas aku dan Erul. Sekali lagi aku dengar korang buli dia. Nahas korang aku kerjakan" amaran Eiyril.
"Maafkan kami, Tuan Elfian, saya tak tahu Hana PA Tuan. Maafkan kami" kata Reyna, cuba untuk menyelamatkan dirinya.
"Ini yang terakhir. Dah, buat kerja.. Hana dah jom.. " kata Eiyril, masih tegang mukanya.
Hana sudah mengikuti suaminya dari belakang. Saat pintu lif tertutup, terus Eiyril memeluk isterinya.
"Kesian isteri Abang, mereka buli Hana kan.. " kata Eiyril, berubah terus sikap suaminya. Hana sudah ketawa.
"Biasalah tu Abang. Abang ni pun, Hana baru je nak mulakan rancangan saya siasat mereka. Abang dah masuk campur" kata Hana.
Eiyril sudah masam, "mana boleh... Bukan cara macam tu, Abang tak suka. Kalau sekali lagi mereka buli Hana. Abang bagi berhenti mereka terus.." kata Eiyril.
Hana sudah ketawa.
***
"Tadi.. Hana ada semak file dekat bilik file di bawah. Memang agak pelik lah laporan kewangan itu. Tandatangan tu.. macam ditiru" kata Hana.
Eiyril sudah terdiam.. "memang ada orang yang palsukan laporan kewangan itu. Dan, abang tahu kerja ni bukan seorang punya kerja. Mungkin ada satu di pekerja bawahan dan satu di bahagian HR." Kata Eiyril.
"Dekat syarikat Abang ni, ada tak suami isteri yang bekerja ?" Soal Hana. Eiyril sudah terdiam, berfikir.
"Kenapa Hana tanya?" Soal Eiyril. Hana membalas, "sebab abang cakap ni bukan kerja seorang. Sama ada, suami isteri, keluarga, kawan baik. Tu semua aspek kita kena tengok." Kata Hana.
Eiyril sudah tersenyum, "memang isteri Abang ni pandai. Nanti Abang tanya Erul. Okay sayang.." kata Eiyril sambil mencium pipi isterinya.
"Anyway, Sabtu ni Aunty ajak Sandra dengan Hana pergi tempah baju. Hana pergi lah ye. " Kata Eiyril.
Hana sudah gembira, "terima kasih Abang..." Senyum Hana, lantas Eiyril menyerahkan kad kredit kepada Hana.
"Ni untuk apa?" Soal Hana. "Tu kad, Hana punya. Abang masukkan nafkah dekat situ ye. So, pakai je.. " kata Eiyril.
"Betul ni? Waaa.. happy Hana" senyum Hana. "Nafkah lagi satu, setiap malam abang akan tunaikan. Hehehhehe" sengih miang Eiyril.
Hana hanya mengelengkan kepalanya melihat perangai suaminya.
***
"Eee.. geram pula aku dengan pekerja baru tu, perasan bagus.. baru jadi PA Tuan, dah berlagak" kata Syahrini.
Reyna hanya mengganggukkan kepalanya, "tapi, first time juga lah Tuan tu turun bawah, semata-mata PA dia tu. Tahu lah lawa, tapi akak nampak kau lagi lawa dari budak baru tu." Kata Reyna.
"Kalau setakat lawa mekap, baik tak payah. Dah, korang ni asyik tuang kerja je. Pergi lah buat kerja" kata Fahmi.
"Kau tak menyirap ke kalau tiba-tiba bos berpihak kepada budak baharu tu, kita yang dah lama kerja dekat sini.. tak pun bos nak tengok. Selalu Tuan Erul je yang tengokkan kita, Sekali budak baru tu, sanggup bos turun dekat bawah" kata Syahrini.
Fahmi dalam hati menjawab, "memanglah sanggup. Bini tuan kut"
"Dah lah, salah korang juga. Buli PA Tuan Elfian. Dah lah, buat kerja. Kang Tuan Erul round, lagilah kena marah" kata Fahmi.
Share this novel