Bab 80 - Family

Romance Completed 92034

Eiyril meletakkan anaknya dengan cermat di katil kecil di sebelah katil yang bakal mereka tidur. Rose sedikit gugup.

Eiyril melihat Hana dan tersenyum, "kenapa? Takut ke?" Soal Eiyril. Rose mengelengkan kepalanya, "err.. takdelah. Saya mandi dulu ye." Pinta Rose. Nasib baik Sandra ada memberikan baju untuknya malam ni.

Sementara Hana mandi, beberapa mesej masuk di telefon Hana. Mesej daripada Khai, "Rose tidur dekat mana? Sini Abang ambil Rose.." desak Khai.

Eiyril semakin benci dengan perangai Khai, "dia ingat isteri aku ni takde suami ke.." kata Eiyril.

Selang beberapa minit, Rose keluar dari bilik mandi dan melihat Eiyril sudah tertidur di katil. Rose mendekati Eiyril dan mulai melihat wajah Eiyril dengan lebih dekat lagi.

"Saya tak tahu kita macam mana dulu. Tapi, saya tahu.. awak cintakan saya, dan saya juga cintakan awak. Dan, saya harap saya boleh ingat balik semua.. " kata Rose sambil membelai wajah Eiyril.

Namun, secara tiba-tiba mata Eiyril terbuka, "kita tak perlu balik semula ke masa dulu... Abang akan buat Hana jatuh cinta dengan Abang semula." Kata Eiyril sambil memeluk badan Hana dan membaringkannya di sebelah.

"Tiga tahun Hana... tiga tahun Abang cuba kawal diri.. dan, bila Abang jumpa Hana balik. Tolong maafkan Abang, kalau Abang tak dapat nak kawal diri." Bisik Eiyril.

Dan, Hana hanya membiarkan apa sahaja yang ingin dilakukan oleh suaminya.
***

"Khai.. sudah. Mak kata sudah" kata Maknya menenangkan anaknya.

"Rose saya punya! Rose aku punya.." jerit Khai. Tiga tahun yang lalu, dialah lelaki paling gembira kerana memiliki Hana.

Namun, segalanya berubah apabila Hana bertemu kembali dengan suaminya.

Mak Khai mendekati Khai, "Khai.. sabar nak." Pujuk maknya. Khai hanya menangis di bahu maknya.

"Khai nak Rose mak.. Khai nak dia.." kata Khai. Mak hanya menangis.

(Sepuluh minit lalu)
Panggilan daripada Hana di telefonnya. Dia risau dengan Hana yang mengatakan bahawa dia akan tidur di hotel malam ni.

Dia sanggup ke sana.. untuk menjemput Rose dan anaknya.

"Hello Rose, ni ahh.. Abang nak jalan dah ne. Nak ambil Rose, alamat hotel tu dekat mana?" Soal Khai.

"Kau boleh tolong jangan nak menyibuk hal isteri aku?" Soal Eiyril di hujung talian.

Khai sudah tersentak, "mana Rose?" Soal Khai. Eiyril sudah ketawa di hujung talian, "kau siapa nak tanya pasal Hana? Cermin diri sikit Khai. Jangan nak sibuk hal isteri aku. Aku lebih layak berbanding kau. Ingat tu!" Amaran Eiyril terus mematikan telefon milik Hana

"Rose..." Jerit Khai.
***

"Mak kena bantu saya mak. Kalau betul, mak sayangkan anak mak. Tolong bantu saya. Kita ceraikan Rose dan Eiyril. Ye mak. Mak sayang Khai kan?" Pinta Khai.

Dan Mak Khai hanya terdiam. Rancangan anaknya kali ni adalah untuk menceraikan Eiyril dan Hana.

Sedangkan, Mak Khai sudah pun bersetuju dengan Eiyril, untuk menyatukan keluarga yang sudah lama terpisah akibat daripada perbuatan anaknya.

"Khai, tidur ye.. " pujuk Mak nya. "Mak janji dulu dengan Khai.. Khai nak Rose je mak. Khai nak dia je.." kata Khai. Mak Khai hanya terdiam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience