Bab 15 - Rahsia Tersimpan

Romance Completed 92240

Selepas sahaja daripada kubur, Hana terus baik ke atas dengan wajah yang sugul. Ya, dia sangat merindui ibunya. Sangat. Jika dulu, dia tidak begini, kerana dia menyibukkan diri menyiapkan novel supaya Hana tidak memikirkan perkara ini.

Hana masih menangis di katil. Peristiwa hitam yang berlaku dalam keluarganya menyebabkan dia menulis novel supaya segala luahan hatinya dapat diluahkan dalam penulisannya. Yang penuh dengan liku supaya orang yang senasib dengan dia pun mampu bangkit menghadapi cabaran hidup.
*******

"Kita cerai Minah, aku tak sangka kau tipu aku!" jerit bapa Hana. Hana dan kakaknya Hani hanya menangis melihat ibu bapa mereka yang bergaduh di hadapan mereka berdua.

Sampai ke satu tahap, bapanya menarik rambut ibunya. Hana dan Hani sudah berlari ke arah ibunya untuk menyabarkan bapanya

"Baba.. dah lah tu. Baba" tangis Hani. Umurnya yang baru masuk ke universiti dan Hana ketika itu baru menghabiskan sekolah menengah melihat sendiri pertengkaran kedua ibu bapa mereka.

Dan, akhirnya membawa kepada penceraian dan perpisahan keluarga itu. Sampai sekarang, dia tidak mengetahui di mana bapa dan kakak kandungnya berada. Namun, doanya ialah mereka sentiasa selamat.

"Kalau kita berjumpa lagi Hana. Anggaplah yang aku bukan kakak kau" kata Hani. Hana tersentak. Sampai begini, bapanya meracuni fikiran kakaknya untuk membenci ibunya.

"Kak. Ibu tak salah. Sepatutnya kita kena dengar ibu cakap, kak" kata Hana.

"Kau nak dengar sangat cakap ibu apasal? Ibu dah curang dekat belakang ayah. Dan, untuk pengetahuan kau. Kau tu sebenarnya bukan adik aku. Ibu kau tu, curang. Kau tu anak haram yang entah dari mana ibu kau tu buat kau dengan lelaki lain" jerit Hani. Hana terkejut.

Kedua ibu bapanya bercerai, dan biarlah Hana menjaga ibunya. Kerana, dia sudah mengetahui bahawa ada cerita yang disembunyikan daripada pengetahuan mereka sekeluarga.

Biarlah Hana seorang yang mengetahuinya. Dan, berharap dia tidak akan berjumpa lagi dengan kakaknya ataupun bapanya. Baginya, ibunya ialah ibu yang baik. Sangat baik.
*********

"Tok..Tok. Tok..." ketukan pintu kedengaran. Eiyril ingin mengajak Hana makan bersama. Hana yang tersedar dari lena yang panjang, tangisnya diusap. Dia membuka pintu.

"Ya.. " kata Hana sambil mengosok matanya..

"Pergi mandi, turun makan. Solat dulu. Doakan ibu kau. Aku bagi masa setengah jam. Okay?" arah Eiyril.

Hana hanya menganggukkan kepalanya. Dia membuat apa yang Eiyril suruh termasuk berdoa untuk ibunya.
******

Hana turun di ruangan bawah, terlihat banyak makanan tersedia di atas meja.

"Err.. Encik Eiyril. Banyaknya makanan. Encik ada ajak sesiapa ke?" soal Hana terus duduk di kerusi.

"Aku nak kau habiskan semua ini. Jangan ada yang tinggal!" arah Eiyril. Hana sudah terdiam. "Encik.. banyak ni, saya mana boleh..." belum sempat Hana bercakap, percakapan nya dipotong oleh Eiyril.

"Aku tak nak dengar, makan. Sekarang!" arah Eiyril. Hana terus membuka mulut, menyuap makanan yang tersedia.

Tapi, memang sebenarnya.. dia sangat lapar. Menangis dan menangis. Eiyril hanya memerhati Hana yang sememangnya lapar dan tersenyum sinis.

"Makan ye.." bisik Eiyril sambil mengusap pipi milik Hana. Dari matanya yang sembab, dia tahu Hana menangis. Seakan di sebalik mata Hana yang bundar dan tersimpan sejuta kesedihan yang dia tanggung.

Dan Hana terdiam dengan perlakuan Eiyril. Entah kenapa Eiyril bersikap begini. Prihatin dan seakan abang memesan kepada adiknya untuk makan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience