"Eiyril. Aku tanya dengan baik dah ni. Ingat, Hana tu anak dara orang, Ril. Jangan buat dia macam tu. Tu Sandra tu asyik risau dengan rakan baik dia" kata Erul penuh berhati-hati ketika berada di pejabat.
Eiyril sudah merenung muka sepupunya. Tajam. Tertelan air liur Erul. Memang sepupunya ini paling ditakutinya. Jika tidak masa lalunya yang perit, Ril tidak akan berkelakuan begini.
"Okay. Kau nak tahu sangat kan? Aku cerita. Lepas ni, suruh Sandra jangan tanya lagi pasal Hana. Anggap je yang dia bercuti selama setahun. Dan, kau... aku arahkan kau jaga Hana. Jangan bagi dia lari. Kalau tak, lagi lama aku akan kurung dia" kata Eiyril.
************
Flashback (Dalam kereta)
"Mana rumah Encik Eiyril? Kenapa macam jauh je ni?" soal Hana.
"Sabar.. tak lama lagi sampai lah kita.." kata Eiyril. Rumah yang akan mereka tuju ialah rumah yang terletak di pinggir bandar.
Setelah sampai, Hana sedikit risau. Dia keluar dari kereta.. "Mari masuk" jemput Eiyril, ramah. Dan, Hana percaya kerana disangka mereka disitu hanya untuk tandatangan novelnya. Setelah Hana masuk. Pintu dikunci dari dalam. Hana belum mengesyaki apa-apa lagi.
"Encik Eiyril seorang ke tinggal sini?" soal Hana. Eiyril sudah tersenyum sinis.
"Errr.. Cik Hana. Pinjam kijap telefon awak. Saya nak call Erul kijap. Nak bagitahu yang kita dekat sini" kata Eiyril. Hana menyerahkan telefonnya tanpa memikirkan apa yang terjadi. Setelah henfon sampai ke tangan Eiyril.
"Prakkk!!!"
Eiyril menghempas telefon kepunyaan Hana di lantai.
"Ahhh?? Apa Encik buat ni?" jerit Hana.
"Sekarang... let's make a deal, shall we?" soal Eiyril. Tiada sudah ramahnya. Hilang. Yang kini senyuman sinis dihadiahkan kepadanya.
"Apa deal-deal?" Hana ingin berlari ke arah pintu namun sempat ditangkap oleh Eiyril. Badannya yang sedikit tegap dan tinggi tidak mampu membuat Hana terlepas.
"Listen to me if you don't want hurt. I ask with kind.. before i use rough method. You choose?" soal Eiyril bisik di telinga Hana. Sedikit menangis dia. Namun, ya.. dia harus mendengar apa 'deal' itu.
Hana disuruh duduk di sofa. Eiyril di hadapannya, duduk menyilangkan kaki. "This gonne be your house. I have one maid, and one bodyguard for you. Everything you want to do. Silakan. Cuma, jangan lari" kata Eiyril.
"Apa Encik Eiyril nak?" soal Hana.
"Buatkan aku novel.. khas untuk aku. Selagi, novel tu tak siap. Jangan ingat aku akan lepaskan kau" kata Eiyril.
"Tu je kan? Okay boleh. Tapi, kalau Encik Eiyril ada syarat, saya pun ada... selepas sahaja novel ini siap. Anggap kita tak pernah berkenal. Dan, saya tak nak jumpa Encik lagi. Dan, Encik pun jangan jumpa saya lagi. Deal?" kata Hana. Baginya, bahaya jika dia terserempak lagi dengan lelaki ini.
Dan, Hana akan bersungguh-sungguh menyiapkan novel ini.
"Deal" kata Eiyril sambil menarik tangan Hana naik ke atas. Mereka diikuti oleh seorang pengawal. Hana dihempas ke katil.
"Kurung budak ini. Ingat, hanya aku yang boleh baca novel kau. Dan, semua karya kau. Bukan orang lain. Faham?" kata Eiyril memegang dagu Hana.
"Selamat maju jaya, Hana Roselyn. Tu komputer dekat sana. Kau nak apa-apa, inform dekat dia." arah Eiyril.
Eiyril dan pengawal meninggalkan Hana dalam bilik dan Hana ingin berlari namun dia dikunci dari luar. Dia menangis kuat dan menumbuk pintu berkenaan.
"Please don't do this to me. Jangan kurung saya. Encik Eiyril... Encik Eiyril.." tangis Hana. Terduduk dia di lantai.
"Bodoh kau Hana, kenapa kau pergi setuju?" tangis Hana lagi. Dia ditinggalkan tanpa sesiapa. Dan tugasnya untuk menyiapkan novel khas untuk peminat setianya.
"Pastikan dia makan. Faham? Kalau dia lari, korang berdua adalah orang pertama yang aku cari" amaran Eiyril.
*********
(Kini)
"Eiyril.. Kau tak boleh buat dia macam tu.. Dia terpaksa rela sebab kau.. Kau tahu tak?" kata Erul.
"Suka hati aku.. Kerja kau sekarang, pergi ambil baju dekat rumah dia. Semuanya. Minta bantuan Sandra. Kemudian, kalau kau nak lawat dia. Boleh. Tapi, ingat.. Kalau dia lari. Kau nahas!" Eiyril berkata.
Erul sudah terdiam, dia tidak mampu berbuat apa-apa. Yang penting dia harus memberikan kata-kata semangat supaya Hana dapat menyiapkan novel untuk Eiyril.
******
"Cik Hana... makanan dah siap" kata Atina.
"Terima kasih Tina. Tina, bila Encik Eiyril nak ke sini. Saya tak ada idea kalau saya terperap dekat dalam bilik. I need something that relaxing me, not make me stressed. Macam mana saya nak mula menulis kalau kena kurung macam ni?" bentak Hana.
"Nanti saya akan sampaikan ye Cik Hana. Nah, baju untuk Cik Hana... " kata Tina menyerahkan bakul pakaian kepada Hana.
Share this novel