Hana sudah mendarat di bumi asing. Memang sebelum dia dikurung, dia sudah menempah sebuah rumah sewa untuk dia bercuti selama setahun di sini. Dia terus menuju ke rumah sewanya.
"I thought Miss Hana cancel this booking. Anyway, welcome Miss Hana" kata pekerja berkenaan. Dia terus tersenyum dan menuju ke rumah sewanya. Pertama dia harus mecari pekerjaan di sini. Ya, dia tidak kembali lagi di Malaysia. Dia tidak mahu bertemu dengan suaminya.
"Err... can i borrow newspaper? " soal Hana, dia ingin mencari pekerjaan di ruangan kerja. Pekerja berkenaan mengelengkan kepalanya. Hana sudah mendengus.
"Do you know where can i find vacancy?" soal Hana. Pekerja itu hanya mengelengkan kepalanya sekali lagi. Hana hanya diam.
"But, i can find you one. I'm try.. Okay?" soal pekerja itu. Hana sedikit merasa gembira. Berharap ada pekerjaan untuk dia.
*******
Dia menghubungi Eiyril apabila mendapat tahu keberadaan isterinya. "Hello Sir, ya. Dia ada dekat sebuah rumah. Baik, jangan risau Sir. Saya akan dapatkan maklumat untuk Sir. Asalkan bayarannya setimpal. Baik Sir" kata Hilda.
Hilda menahan perempuan yang baru sahaja bercakap dengan isteri majikan terbaharunya. Dan, apabila Hana ingin pekerjaan, dia terus menghubungi Eiyril.
"Hahahha... suruh dia pergi syarikat penerbitan di sana. Cakap dengan dia, ada kerja kosong sana" kata Eiyril.
Semakin senang kerjanya jika Hana bekerja di bawah syarikat induknya di luar negara.
"Larilah sejauh mana Hana... Abang tetap akan tahu di mana Hana" kata Eiyril, tersenyum..
****
"Ding Dong" bunyi lonceng rumah Hana.
"Yes... " kata Hana.
"Thank goodness Miss. There have vacancy at publishing office" kata pekerja tersebut.
"Alhamdulillah.. what is the job?" soal Hana.
"Writer... " kata pekerja tersebut. Hana terus tersenyum, memang kepakarannya. Hana gembira. Esok, dia akan bertolak ke syarikat tersebut.
******
"Done Miss. Tomorrow, Miss Hana will go to the publishing office" kata perempuan itu kepada Hilda.
Hilda tersenyum..
"Sir Eiyril will be happy. Your job is done. This is your payment" kata Hilda menyerahkan duit kepada pekerja tersebut. Kini, kerjanya juga selesai.
Sekarang, biar Encik Eiyril yang menguruskan isterinya di sini. Kerjanya sudah selesai.
*******
"Eiyril dah serahkan syarikat dia dekat sini kepada Erul. Mama tak tahu Eiyril ke mana" kata Mama Erul selepas berjumpa dengan anak buahnya.
Erul dan Sandra sudah risau. Semoga sahaja Eiyril tidak akan berjumpa dengan Hana.
Mama Erul teringat perbualan terakhirnya dengan anak buahnya.
"Aunty harap Eiyril jagalah isteri Eiyril. Tolong jangan sakiti dia. Walau apapun, dia isteri Eiyril. Jangan ikutkan perasaan. Be a good husband" kata Mama Erul.
"I know what to do with my wife, Aunty.. " kata Eiyril, tersenyum sinis. Ya, esok dia akan terbang menuju ke negara mana Hana tinggal.
Hana akan bekerja di syarikat penerbitannya di luar negara. Syarikat yang Erul dan Eiyril pergi dahulu.
Dia akan membiarkan Hana bebas dahulu. Tiba saatnya, Hana akan kembali ke tangannya.
Share this novel