Bab 18- Percutian

Romance Completed 92034

Dan, akhirnya mereka di sini. Di sebuah pulau. Hana masih memikirkan apa rasional Eiyril baik dengannya dengan mengajaknya bercuti. Dan, paling penting.. tiada lagi sikap dingin itu daripadanya. Hana dilayan baik-baik. Kadang-kala membuatkan Hana lemas dengan layanan baik Eiyril.

Teringat sebelum bertolak, "sini saya bawakkan bagasi awak." kata Eiyril. Hana menolak dengan cara baik. "Eh, takpe.. Encik Eiyril. Saya boleh bawa ni. Tak berat mana pun. hehehhe" sengih Hana. Eiyril membawa bagasi Hana dan Hana hanya terdiam. Apa dia mahukan sebenarnya?

"Hana.. mengkhayal nampak?" soal Erul. Hana tersentak. "Eh.. Erul. Takdelah.. cuma saya.. entahlah, kenapa tiba-tiba Encik Eiyril tu baik dengan saya, dia ada apa-apa ke?" soal Hana. Erul hanya ketawa. Memang betul cakap Eiyril. Hana bencikannya, masakan kebaikan orang pun dipersoalkan.

"Hana... Little you don't know. Korang ada satu kisah yang sama, Hana. Dua-dua pernah melalui fasa tu. " kata Erul.

"Maksud?" soal Hana.. Erul hanya senyum. Perihal kisah Hana telahpun diketahui oleh Erul kerana diceritakan oleh Sandra. Tulah, kalau boleh dia tidak Eiyril terlalu berkeras dengan Hana.

"You know what, just enjoy his kindness while we still can. Okay?" kata Erul.

"Tapi.. Encik Eiyril tu, dia tu jahat.. saya tak suka dia. Dia kurung saya.. tau tak" kata Hana.

"Hana lupa ke, Hana yang bersetuju dengan cadangan Eiyril" kata Erul, tersentak lagi sekali Hana. Ya, betul. salah dia juga. Bersetuju.. Padahal dia boleh tolak perkara tersebut.

"Ril.. asyik tengok Hana je. Kenapa? Risau?" soal Sandra. Mereka memberi masa kepada Erul dan Hana untuk berborak.

"Mungkin... Anyway, Sandra.. dah lama ke awak kawan dengan Hana?" soal Eiyril. Sandra suka dengan perubahan terbaharu sikap Eiyril. Dulu, jarang Ril ingin bercakap dengannya. Sekarang.. Ril sudah mula menunjukkan sikap yang positif.

"Lama dah Ril. Dari sekolah lagi. Tapi, saya berharap sangat dia tak jumpa lagi bapa dengan kakak dia tu" kata Sandra.

"Bapa dan Kakak?" soal Eiyril..

"Ye, dia ada bapa dan dia ada seorang kakak. Tapi.... tulah, family mereka bercerai dan Hana tinggal dengan mak dia, kakak dia tinggal dengan bapa mereka" terang Sandra.

Sambil mendengar kata-kata Sandra, pandangan Eiyril dihalakan ke Hana. "I really want to know you, Hana Roselyn" bisik hati Eiyril.

"Dan, siapa tahu.. sebenarnya penulisan dia selama ini, untuk dirinya.. supaya bangkit daripada apa jua ujian melanda. I bet, kisah Ril dan Hana ada persamaan di situ. Kalau tak, takkan Ril beli semua novel Hana kan?" soal Sandra.

Tersenyum sinis Eiyril.

"So, Ril. Memang Hana tu susah sikit nak terima orang, tapi saya percaya... awak boleh ubah sikap benci Hana kepada suka. Who's know?" cadang Sandra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience