Bab 45 - Who Are You?

Romance Completed 92034

Eiyril mengemaskan tali lehernya sambil merenung wajah muram isterinya yang mengatakan akan kebosanan jikalau dia keseorangan di rumah.

"Kenapa mulut macam tu.. nak kena kiss ke?" Soal Eiyril, Hana terus menutup mukanya. Sedikit sakit hatinya apabila tidak dibenarkan untuk berjalan ke mana-mana.

"Hana nak buat apa? Hana bosan lah.. " kata Hana. Eiyril mendekati isterinya dan mencium dahi isterinya yang muram. "Dah, takmau macam tu. Kerja Hana hari ni buat kerja suri rumah. Masakkan Abang." Kata Eiyril. Hana hanya menganggukkan kepalanya. "Anyway, malam ni tak payah masak ye, kita pergi rumah Erul. Okay baby?" Kata Eiyril lantas mengucup mulut sang isteri yang muram itu.
***

"Selamat kembali bos.." gurau Erul. Eiyril hanya tersenyum, sedikit terkejut Erul dengan perubahan sepupunya ini. "Apalah penulis novel kesayangan kau tu dah buat dengan kau. Dulu, bukan main susah nak senyum dengan aku" perli Erul.

"Dia ajar aku jadi orang yang lebih baik. Anyway, dekat office ni ada kerja kosong tak?" Soal Eiyril. Erul sudah terdiam lalu berfikir, "kerja kosong.. untuk? Jawatan apa? Rasanya takda kut" kata Erul.

"Kalau takda kosong, biar aku kosongkan. Buatkan aku kontrak.. kerja PA untuk aku." Kata Eiyril sambil tersenyum.

"PA? Untuk kau? Kau ni lah. Baru je kena amaran dengan Sandra, jangan lukakan hati Hana. Kau dah mula daa. Sia-sia lah pengorbanan jejak isteri kau" bebel Erul. Eiyril mulai ketawa, "kau dengan isteri kau jangan banyak membebel boleh tak, kang anak korang pun ikut membebel. PA tu untuk isteri aku lah. Daripada dia bosan.. dekat rumah. Dah, kau siapkan kontrak untuk isteri aku. " Kata Eiyril.
***

Hana sudah mengemaskan ruangan atas dan dia sampai di sebuah bilik. Bilik ini yang terakhir yang akan dibersihkan untuk hari ini.

"Bibik... Kunci bilik mana?" Soal Hana. Bibik mulai menayangkan muka paniknya. Hana sudah mulai pelik, "awak dah kenapa? Saya tanya, kunci bilik ni" kata Hana.

"Errr. Puan Rose, maaf.. bilik ni hanya Tuan Eiyril je boleh masuk. Maaf Puan Rose" kata bibik. Hana sudah mulai sangsi, apakah di dalam bilik ni, kenapa hanya Eiyril sahaja yang boleh masuk.

"Saya ni isteri dia. Lagipun, dia suruh bersihkan semua bahagian. Jadi, termasuk bilik ni lah. Dah, bawakkan saya kunci" kata Hana. Dia tertanya apakah dalam bilik ni

"Tapi, Puan Rose, bilik ni guna cap jari Tuan Eiyril" kata bibik. "Mesti ada kuncinya, bagus awak carikan saya.. sekarang" arah Hana, perasaan ingin tahu Hana membuak-buak. Apa dalam bilik ini sebenarnya.

"Baik Puan Rose" kata bibik.
***

"Mana bos, Erul?" Soal seorang pekerja daripada syarikat penerbitan itu. "Maaflah, bos balik awal. Biasalah, pengantin tak berapa nak baharu. Kenapa cari bos? Kalau nak minta tandatangan bos, saya boleh wakilkan" kata Erul.

Perkerja itu menganggukkan kepalanya, "jadi, saya minta tandatangan Tuan Erul jelah. Errr, nak tanya.. sejak bila bos khawin?" Soal pekerjanya.

Erul sudah memeluk tubuh, "amboi.. nak menyibuk. Dah, pergi kerja sana.." kata Erul. Dia tahu dia sudah terlepas cakap, habislah dia oleh sepupunya. "Kau jangan kasi heboh pula pasal bos dah khawin, kalau tak. Nahas kau, aku cari" kata Erul. Pekerja itu sudah mulai takut, siapa tidak kenal bos mereka, garang dan tegas, "baik Tuan Erul."
***

"What the heck?" Terkejut Hana. Dia ni gila ke apa, psiko ke.. semua novel aku dia ada dan borong. Patutlah selalu sold out, dia beli. Dan, paling aku tak boleh blah, dia gantung gambar aku dengan dia bercuti dekat pulau, semua gambar aku ada dekat sini" gumam Hana.

Dan, semua gambarnya ada di dalam bilik tu. "Suami aku ni obses ke, psiko ke, apa? Hana... Kau khawin dengan siapa ni?" Gumam Hana sekali lagi.

"siapa bagi kebenaran masuk bilik ni?" Kata satu suara, kasar dan garau..

Dan, Hana sudah menelan air liurnya yang terasa kesat. Berdiri satu figura menyandar di sebalik pintu dan tiada senyuman di bibirnya. Hanya mukanya yang beku menatap wajah Hana.

habislah Hana..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience