Hana terus berbaring di katil. Sungguh penat badannya, dan Labuan Bajo .. sangat cantik dan sesuai dengan tempat yang dia sukai. Baru sahaja dia ingin tidur, ada tangan membelai wajahnya.
"Tired, love?" soal Eiyril. Hana hanya senyum dan menganggukkan kepalanya. "And.. i'm still hungry, actually.." kata Hana sambil tersenyum.
"Okay. macam ni, Hana rehat dulu. Abang ada benda nak urus sekijap. Okay sayang. Jangan nakal-nakal ye.. Hana okay kan kalau abang tinggalkan Hana sekijap?" soal Eiyril. Hana tersenyum sedikit, " okay kut. Don't worry.. " balas Hana.
Eiyril mencapai dompet dan sempat mencium pipi Hana. "Jangan nakal-nakal ye. Byee" kata Eiyril lantas meninggalkan Hana. Hana pula terkejut, Eiyril yang dikenalinya sekarang gemar memberikan ciuman kepada Hana.
Selang beberapa minit, Eiyril meninggalkan nya. Hana sudah mula laju mengemaskan begnya. Dia akan lari sementara masih ada masa. Dia mencapai bagasinya dan menarik lalu keluar dari bilik berkenaan.
***
"Madam.. where you want to go?" soal lelaki berkenaan kepada Hana yang kini berada di lobi hotel. "Ahh? Did i know you?" soal Hana kasar. Lelaki itu tersenyum, "I know you Madam. Mr Eiyril wife.. Where you want to go? " soal lelaki itu. Dan melihat ada dua lelaki berada di pintu hadapan.
"Aduiii... dia tahu ke rancangan aku ni?" soal Hana. "I give advice to you, to go back to your room" kata lelaki berkenaan. "No, I don't want " kata Hana. Dan, berlakulah tarik-menarik bagasi antara Hana dan lelaki berkenaan.
"Ahh. ambil lah beg itu. Aku takda pakaian pun tak pe." kata Hana, dan bersedia untuk berlari ke pintu hadapan. Namun, tidak semena-mena tangannya ditangkap oleh seseorang.
"Sayang nak ke mana ni? Hurm?" soal Eiyril lantas mengangkat Hana ke bahunya. Hana sudah terkejut. "Lepaskan saya.. " jerit Hana. Nasib lobi di bawah tidak ramai orang. Eiyril cepat-cepat menarik beg bagasi milik Hana dan menuju ke arah lif. Hana meronta-ronta di bahu Eiyril minta dilepaskan.
***
Eiyril memandang tajam Hana yang dia ikat di katil. Hana sedaya upaya melepaskan dirinya.
"Kenapa Hana nak lari dari Abang?" soal Eiyril. Degil betul isterinya ini. Sangat degil. Nasib dia cepat sampai tadi, jika tidak mungkin Hana sudah berjaya melarikan diri.
"Sebab... saya belum sedia. Dan, awak ingat senang ke saya nak maafkan awak, dengan apa yang berlaku?" soal Hana. Eiyril hanya tersenyum.. "kalau Hana tak ikut rancangan gila Erul dan Sandra, mungkin Hana tak merana macam ni. Walaupun Abang berdendam dengan Lyn, ingat Abang ni jahat sangat ke sampai nak sengsarakan isteri Abang?" soal Eiyril.
"Yalah... awak perangkap saya, awak perkosa saya... awak cakap dengan saya dekat bilik tu Eiyril, saya sebagai bayaran dendam awak dekat kakak saya. Ingat saya dah tua ke, tak ingat apa kata-kata awak dekat bilik tu" kata Hana. Dia meluahkan segalanya.
"Jujur, memang permulaannya rancangan Abang macam tu. Tapi, bila fikir balik. You are my wife. Hana Roselyn. Ketahuilah bahawa, dengan cara tu je Hana tak lari dari Abang. Ingat Abang lupa perjanjian Hana. Kalau novel siap, Hana nak pergi jauh dari Abang. Abang tak sanggup dan Abang tak nak." kata Eiyril.
Hana menahan amarah dengan dada turun naik. Hana membuang pandang ke sebelah tepi. Eiyril sudah tersenyum lalu mendekati Hana di katil.
"Kalaulah Hana tak lari hari tu, mungkin kita akan baik-baik sahaja. Tapi, Hana terlalu ikutkan kata Erul dan Sandra. Abang ni bukannya jahat sangat pun Hana. Please give our relationship a chance, we will make it. Abang sedaya upaya dah jadi suami yang baik kepada Hana. Kalau tak, Abang tak akan cari Hana, carikan Hana kerja dan mudahkan hidup Hana sebab Hana isteri Abang" kata Eiyril.
Hana lama terdiam, ada betulnya apa yang dikatakan oleh suaminya. Selama dia di luar negara, kebajikannya dijaga dan dia sering dipermudahkan. Dan, siapa sangka suaminya yang memerhatikannya.
"Bagi saya masa. Jangan terlalu paksa sangat. "kata Hana. Rancangan ingin lari juga selalu gagal.
"Ye sayang.. Abang tak akan paksa, okay? Tapi, Abang tak akan buka ikatan ini selagi Hana janji dengan Abang yang Hana tak akan lari lagi." kata Eiyril. Hana menjawab, "ye.. saya tak akan lari lagi." kata Hana.
"Sekiranya Hana lari, apa jaminan yang Hana akan bagi dekat Abang?" soal Eiyril merenung Hana. Hana sudah terdiam, Jaminan? Jaminan apa pula? Ingat aku ni apa, bentak hati Hana.
"Okay.. kalau saya lari lagi.. awak buat lah apa yang awak suka. Dah puas?" soal Hana. Eiyril sudah tersenyum.
"Okay.. macam nilah isteri saya." kata Eiyril lantas membuka ikatan tangan Hana, terus mengusap perlahan pergelangan tangan Hana. "Jangan lari lagi, sayang.. kita bagi diri kita peluang untuk hubungan ini" kata Eiyril.
***
"Hani!!" jerit suaminya.
"Ye Abang?" soal Hani. Rambutnya ditarik oleh suaminya, Khuzaimi.. "Kau masih berhubungan dengan bekas kau kan? Kau ingat aku tak tahu?" kata suaminya terus menampar wajah Hani. Darah mengalir di bibir Hani.
"Sumpah Abang.. Eiyril call sebab nak tanya pasal Hana, Abang.. Betul" tangis Hani. Tamparan dilepaskan lagi.
"Kau ingat Hani.. aku dah bagi semua dekat kau. Duit buka butik. Jangan sampai aku tarik semua itu. Aku tahu je kau jalinkan hubungan dengan lelaki itu, nahas kau aku kerjakan" jerit Khuzaimi.
Hani ditinggalkan di ruang tamu menangis, memang dia bahagia. Semua ada, kekayaan dan segalanya. Namun, kurang diketahui oleh orang. Suaminya seorang yang cemburu buta dan barannya sukar dikawal.
Hani mengelap darah yang mengalir di bibirnya, suaminya sudah sampai sambil tangannya ada peti pertolongan cemas. Dia mencapai pipi Hani.
"Lain kali.. dengar cakap aku je Hani. Tak payah layan lelaki lain. Aku cinta kau seorang je. Cuba setia dengan aku" kata Khuzaimi lantas menyapu ubat di pipi Hani.
Banyak kali sudah Hani mengalami situasi begini, dan yang paling diingatinya apabila ada seorang lelaki memandangnya dan Hani cuma memberikan senyuman, sesampai sahaja di rumah, badannya menjadi mangsa hayunan tali pinggang. Dan, malamnya dia dirawat oleh suaminya.
"Sayang.. Hani. Jangan buat Abang panas ye. Telefon ni Abang ambil. " kata Khuzaimi. Hani hanya diam.
Esok raya dah kan? Selamat hari raya. Esok Killa tak publish tau.. kita jumpa hari Jumaat. Take care, readers...
Share this novel