Hana menyusun novel yang pernah dia tulis. Ya, dia akan ditemu duga pada pagi ini oleh pejabat penerbitan di sini.
Hana mengikat tinggi rambutnya. Akhirnya, dia akan bekerja dan akan memulakan hidup baharu. Tiada lagi kisah hitam yang akan dia ingati.
*****
"Miss Hana Roselyn?" panggil perempuan itu. Hana mendongak lalu perempuan itu menunjukkan bilik yang akan dia temuduga. Dia masuk dan melihat seorang lelaki sedang tersenyum melihatnya.
"Awak.. Hana Roselyn kan? Selamat datang.." kata lelaki tersebut. Hana pelik.
"Maaf bertanya, awak orang Malaysia juga ke?" soal Hana. Lelaki tersebut tersenyum, "ye.. saya orang Malaysia juga. Anyway, saya tahu awak siapa.. Penulis novel dekat Malaysia. Tapi, saya nak tanya, kenapa awak cari kerja dekat sini? Padahal awak dekat Malaysia, dah ada nama?" soal lelaki itu.
"Err... Saya nak cari pengalaman baru, Encik.." kata Hana.
"Owh.. baguslah. Panggil saya Encik Mad, tapi saya bekerja dekat sini seminggu je. Minggu depan bos sebenarnya akan masuk, saya pula akan dipindahkan ke Malaysia" kata Encik Mad. Hana hanya melemparkan senyumannya.
Setelah beberapa perbincangan sudahpun dilakukan. Hana bersetuju dengan syarat. Dia akan bekerja di sini selama kontrak tempoh tiga tahun, dan menerbitkan novel-novel dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
Ketika Hana ingin menanda tangan kontrak berkenaan, dia terkejut melihat gajinya yang akan dia terima.
"Encik Mad, biar betul. Gaji dia... Banyak ni" kata Hana
Encik Mad hanya tersenyum, " memang gaji dia macam tu Hana. Sebagai suntikan semangat, dan ni lagi.. sebagai permulaan hidup awak dekat sini" kata Encik Mad menyerahkan sampul surat kepada Hana. Hana membukanya dan terkejut dan duit di dalamnya.
"Encik Mad.. Saya..." belum sempat Hana berkata, "It' s okay Hana.. memang polisi syarikat dekat sini. Selamat bekerja Hana. Bilik awak akan ditunjukkan oleh setiausaha saya" kata Encik Mad.
Hana mengucapkan terima kasih dan keluar dari bilik berkenaan.
******
"Hello.. dah selesai?" soal Eiyril. Dia sudah sampai semalam di bumi asing ini. Kediamannya tidak jauh dari kediaman Hana.
"Dah Tuan Eiyril. Duit yang Tuan bagi pun, saya dah bagi. " kata Encik Mad.
"Bagus, terima kasih Mad. Minggu depan aku akan masuk pejabat. Tapi, aku belum nak jumpa dia lagi. " kata Eiyril.
"Baik Tuan.." kata Encik Mad.
******
Hana sangat gembira hari ini, seakan lancar dia mencari kerja. Dan, bilik yang dibagi sesuai dengannya apatah lagi, untuk penulis sepertinya terus disediakan komputer untuk dia menulis kelak.
Lama-kelamaan dia tertidur kerana kepenatan.
******
Eiyril sampai di hadapan pintu rumah Hana. Kalau ikutkan hati, boleh sahaja dia masuk, kerana dia dapat kunci pendua daripada empunya rumah.
Namun, seperti yang Eiyril katakan. Dia akan memberi masa kepada isterinya untuk bebas.
Eiyril meletakkan bungkusan makanan di luar rumah Hana dan menekan lonceng pintu rumah Hana.
"Ding Dong.. " Hana yang terkejut daripada bunyi lonceng merapikan diri dan terus membuka.
Dia terkejut melihat bungkusan makanan dan ada nota kecil di situ.
"For Hana".....
Hana tersenyum, "mesti empunya tuan rumah yang bagi. Syukur ada rezeki. Aku pun dah lapar dah ni. " kata Hana, membawa bungkusan makanan masuk.
Hana mengambil telefon dan menghubungi empunya rumah.
"Hello.. thanks for the food. I will eat it" kata Hana.
Mary di saat itu hanya tersenyum, "okay Miss Hana. Anyway, congrats for the new job. Best of luck" kata Mary.
"Okay... thanks again" kata Hana.
Mary tahu siapa yang memberikan Hana makanan, suami Hana yang tinggal di hadapan rumahnya.
Share this novel