Bab 9- Karyamu Untukku

Romance Completed 92034

Hana terkebil-kebil matanya. Fikirannya cuba memproses apa yang berlaku sebelum dia terlelap. Apabila dia sudah mengingati.

Ya, dia diminta untuk membaca novel bagi Encik Eiyril. Dan, dia sedikit tidak tahu bagaimana dia boleh terlelap.

"So, how's your sleep, Princess?" soal Eiyril. Hana melihat di atasnya dan muka Eiyril yang menyapa matanya. Terkejut Hana dan terus dia bangun mendadak.

Dan, dia tidur di riba Eiyril. Tanpa bantal. Merah terus muka Hana.

"Errr... Maaf Encik Eiyril. Lama ke saya tidur?" soal Hana, malu. Memang dia malu. Mana tahu ada air liur basi keluar.

Eiyril hanya tersenyum dan meninggalkan Hana yang 'blur' di situ.
********
(Flashback)

Eiyril tidak lagi mendengar suara Hana yang membaca novel. Lama Eiyril menanti ayat seterusnya namun tidak kedengaran suara Hana.

Yang terdengar hanya novel yang terjatuh di lantai. Eiyril membuka mata dan melihat Hana yang terbaring di sisi sofa.

Memang tadi Eiyril mendengar Hana menguap. Namun, dibiarkan dan tidak sangka Hana tertidur. Eiyril bertukar posisi ke posisi duduk dan mengambil kepala Hana tidur di pahanya.

Eiyril hanya memandang muka Hana. Lama....

"Kalau novel kau boleh gembirakan aku. Semoga kau pun boleh buat aku gembira, Hana Roselyn" kata Eiyril.

Sementara Hana tidur, Eiyril sempat mengusap pipinya dan mengambil beberapa gambar melalui kamera telefon.

Selepas berbuat demikian, dia tersenyum melihat wajah Hana. Lama..

"Cantik juga kau ni Hana. Sebenarnya.. " bisik hati Eiyril.
******
(Kini)

"Tina... Awak nampak tak Encik Eiyril buat apa tadi waktu saya tidur?" soal Hana.

"Takda pula Cik Hana" kata Tina.

Tiba-tiba muncul pertanyaan di benak Hana.

"Tina, Encik Eiyril beli semua ke novel saya? Bukan apa.. Sebab saya pelik dia ada novel keluaran saya yang pertama" tanya Hana.

Tina tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

"Dia beli semua ke novel saya atau macam mana?" soal Hana.

"Cik Hana jangan terkejut ye, Tuan Eiyril ada bilik khas untuk novel Cik Hana sebenarnya dekat rumah Tuan yang satu" kata Tina.

Hana terkejut, "what the...???" dia tidak sempat menghabiskan kata-katanya.

Obses kah dia atau apa sebenarnya. Dia perlu cari tahu. Dan, dia harus bertanya dengan Eiyril.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience