Mereka akan pulang hari ini, dan Rose berdoa semoga dia tidak akan menjumpai lagi lelaki ini, lelaki yang sedang menguruskan segalanya untuk kepulangan ke Malaysia.
"Tiket Hana. Ingat pesan Abang, jangan pernah bagitahu Khairil yang kita pernah berjumpa" kata Eiyril seakan mengugutnya.
"Tu senang je. You pun jangan lupa janji you. Never find me again. Saya gembira dengan kehidupan saya sekarang." Kata Rose.
Eiyril hanya tersenyum sinis, "we still have a long way to ahead, Hana." Bisik Eiyril di telinga Rose dan sempat mencium pipi Hana.
Rose mengelap pipi yang baru dicium Eiyril, Eiyril sudah tersenyum.. "safe journey, sayang.." kata Eiyril sambil meraih tangan Hana dan mengusapnya perlahan.
***
"Ya Datin. Lusa, pekerja baharu akan datang bagi pihak Datin?. Baik, saya ambil perhatian. Saya akan sediakan bilik dia dekat sebelah sana." Kata Khairil.
"Terima kasih Khai. Boleh tak saya nak tanya kalau Khai tak keberatan lah. Siapa lagi selain kita dua pemegang saham syarikat ye.. sebab tak silap saya, Khai ada bagitahu saya, ada seorang lagi. Siapa ye?" Soal Datin Layla.
"Owh.. pasal tu. Sebab, yang hari tu Datin datang.. orangnya tak ada di sini. Untuk pengetahuan Datin, saya pemegang utama saham syarikat sebanyak 45%, Datin sebanyak 35% , dan 20 % ialah Rose." Kata Khairil.
"Rose? Siapa tu?.. " soal Datin Layla. "Owh.. Rose, adik angkat saya.. " kata Khai.
"Macam tu.. baik, jangan lupa ye.. pegawai saya akan masuk ke pejabat awak lusa. Sekiranya ada apa-apa, boleh berhubung dengan saya ye." Kata Datin Layla.
"Baik Datin. Terima kasih sekali lagi Datin" kata Khai.
***
"Macam mana program dekat sana?" Soal Khai mengambil Rose di lapangan terbang.
"Okay lah. Nanti saya bagi report apa input saya dapat dekat program tu.." kata Rose, memejamkan matanya.
"Takde orang jumpa Rose ke dekat sana? Maksud Abang, takda kenal Rose dekat sana?" Soal Khai.
"Takde pun Abang. Rose sorang-sorang je dekat sana.. " kata Rose. Dan janjinya harus disimpan agar gambarnya bersama Eiyril tidak disebarkan oleh Eiyril.
Dia takut dan dia malu reputasinya akan tercalar dengan gambar tersebut. Dia terlupa, Eiyril tu kaya dan boleh buat apa sahaja. Sepatutnya di bangga rupanya suaminya orang yang kaya namun entah dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan hidupnya sekarang.
"Perlukah aku baca novel tu?" Soal Rose dalam hati. "Dengar tak apa Abang cakap ni?" Soal Khai.
"Ahh apa? Sorry Rose macam penat sedikit. Apa dia Abang cakap tadi?" Soal Rose.
"Takde sayang.. dah tidur lah." Kata Khai, tersenyum.
***
Hani dah Khuzaimi bertandang ke rumah Eiyril selepas dia mendapat perkhabaran Eiyril sudah sampai ke rumah.
"Kau tak penat ke Eiyril?" Soal Khuzaimi. "Tak Abang Mi, entahlah semenjak jumpa Hana balik, hati saya nak sangat dia balik. Dia isteri saya, dan saya berhak lebih daripada Khairil tak guna tu" kata Eiyril.
Hani kesian melihatkan Eiyril, "yang penting Eiyril dah jumpa Hana balik. Cuma, yalah.. tak mudah nak ingatkan dia balik. Owh ya, ada ambil tak nombor telefon Hana?" Soal Hani.
Eiyril sudah tersenyum sinis, "saya dapat lebih baik daripada tu. Buat masa sekarang, saya suruh Erul dulu ambil alih syarikat. Saya ada benda nak urus."
Khuzaimi dan Hani sudah memandang sesama sendiri.
***
"Abang cuma berharap Hana dan Eiyril bersatu semula. Dan, kita kena janji.. kita kena bantu mereka Sandra" kata Erul.
"Saya tak sabar nak jumpa Hana semula Abang, walaupun tengok dari gambar. Banyak yang berubah. Hana yang saya kenal.. tak macam tu. Sekarang, dia macam dah matang..." Kata Sandra.
"Abang gerenti Eiyril tahan diri sekarang tu" kata Erul sambil ketawa.
"Maksud Abang tahan diri?" Soal Sandra. Erul sudah ketawa, "Hana ialah orang yang boleh membuatkan Eiyril gila. Dan, jumpa kembali dengan Hana.. ingat senang ke dia sekarang nak tahan diri. Abang tahu Eiyril tu, kalau ikut perasaan dia, dah lama kut dia culik je Rose tu" kata Erul.
"Tapi.. Hana yang dulu bukan Hana yang sekarang" kata Sandra.
Share this novel