Bab 63 - Tertangkap

Romance Completed 92034

Farisya dan Reyna dipanggil oleh Eiyril. Hanya Erul, Eiyril, Farisya, dan Reyna berada di bilik mesyuarat selepas dia dan Hana baharu sahaja habis lunch.

Dan, bukti yang ditunjukkan kepadanya sudah jelas. Eiyril hanya merenung muka Farisya dan Reyna lalu berkata, "why you do this to us?" Soal Eiyril, dengan muka tegasnya. Dia sesekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pesalah.
***
(Imbas kembali)

"Sayang.. abang dah habis makan. Siapa? Siapa yang selama ni menyeleweng duit syarikat?" Kata Eiyril, dia terpaksa makan di dalam pejabat bersama isterinya kerana hal mustahak ini.

Hana tersenyum, dia mencapai buku notanya di mana dia mencatatkan segala bukti.

"Baik .. saya ada ambil satu file daripada bilik abang dan satu file dekat bilik bawah. Pertama, Hana tengok tarikh. Baik, dalam file abang tarikh dia lain dengan file bawah. Tu yang Hana cepat kesan. Kedua, orang yang meluluskan laporan ini bagi file abang ialah Farisya, manakala file dekat bawah Reyna" kata Hana.

Eiyril menantikan kata-kata Hana lagi.

"Dan, setiap kali duit masuk untuk pembelian dakwat, kertas, dan termasuklah kos pembaikan. Hana perasan, ada jumlah sengaja dilebihkan. Tengok Abang.. dua-dua jumlah ni, sangat tak sama. Abang tak buat meeting pasal audit ke?" Soal Hana.

Eiyril diam melihat angka. Betul.. sangat berbeza, salahnya apabila dia tidak membuat meeting audit kerana dia percayakan krebiliti Farisya.

"Kalau Hana di tempat Abang.. apa yang Hana akan lakukan?" Soal Eiyril. Memang dia masih terkejut, pekerja terbaik nya yang syarikat pernah ada menipu dia.

Hana hanya tersenyum, "macam yang Abang katakan... Jumlah yang mereka ambil sedikit, tapi... Abang tak suka benda ni berleluasa kan? Tanya mereka, kenapa sampai ke tahap macam ni. Mereka mesti ada masalah. Kalau tak, takda nya mereka buat kerja macam ni kalau Abang pernah kata yang Farisya merupakan pekerja terbaik Abang" kata Hana.

Eiyril diam. Dia harus menyelesaikan masalah ini dahulu baru dia akan menyelesaikan masalah peminat misteri Hana.
***

Farisya hanya diam di tempat duduk. Begitu juga Reyna. Erul hanya diam.

Erul menyerahkan kertas daripada pangkalan data syarikat. "Farisya dengan Reyna tinggal di rumah yang sama. Jadi, sudah jelas semuanya. Kenapa Farisya dan Reyna buat macam ni?" Soal Erul.

"Tuan Elfian, Tuan Erul. Tolong.. jangan berhentikan Cik Farisya. Sebenarnya, saya yang bersalah. Farisya hanya membantu saya. Ya, sebenarnya kami bersaudara. Saya cuma menjelaskan pembayaran hutang ayah saya yang dah hilang entah ke mana. Dan, Farisya hanya bantu saya dengan cara ini. Tolong Tuan, jangan pecat Farisya. Pecat je saya, Tuan" tangis Reyna secara tiba-tiba.

Farisya hanya terdiam. Akhirnya, dapat dihidu juga segala perbuatannya. Memang betul dia hanya kesiankan sepupunya atas sebab masalah yang dihadapi oleh sepupunya ini.

Dan, jalan cepat untuk mendapatkan duit dengan menyeleweng duit syarikat.

Erul dan Eiyril bertatapan sesama mereka. "Tinggal berapa lagi hutang ayah awak?" Soal Erul. Melalui pandangan mata Eiyril, dia tahu sepupunya itu ingin membantu gadis malang itu.

Reyna menceritakan segalanya. Dan, Eiyril terus menulis cek dengan baki yang harus dibayar oleh Reyna bagi pihak ayahnya.
***

Hana sedang menikmati kopi panas di pantri. Satu kes sudah selesai, namun sekarang.. satu kes lagi belum. Siapakah peminat rahsianya.

"Kalau lah aku masih boleh menulis, aku nak tulis pasal semua yang berlaku di pejabat. Best juga ni..." Kata Hana sambil menghirup kopi panasnya.

"Menulis? Tulis apa tu Puan" Ikram muncul di pantri. "Ikram.. hai. Tak delah. Saya cuma berangan-angan je. Hehehe" kata Hana.

"Owh.. ingatkan apa tadi. Puan, maaf kalau saya menyibuk... Kenapa Farisya dengan Reyna tu?" Soal Ikram.

"Err.. maaf yang tu, saya tak boleh jawab. Saya minta diri dulu ye, Ikram. Kerja baik-baik ye.." ramah Hana. Ikram hanya tersenyum melihat isteri majikannya.
***
"Saya maafkan kamu berdua.. cuma, selepas ni. Saya harap perkara sebegini tidak berlaku lagi. Sekiranya berlaku, saya rasa kamu pun dah baca kan perjanjian kita.. saya akan tamatkan kerja kamu serta-merta" terang Eiyril.

Erul bersetuju dengan tindakan Eiyril..

" Maafkan kami, Tuan" kata Farisya. Begitu juga Reyna.

"Selesaikan hutang ayah awak... Saya tak berhentikan awak berdua sebab prestasi awak dalam syarikat baik. Tapi, awak berdua tidak lagi dibenarkan untuk menyentuh mana-mana duit syarikat ataupun laporan. Saya akan serahkan tugas kepada orang lain" kata Eiyril, terus meninggalkan bilik berkenaan.

Erul hanya diam, "saya harap ini yang terakhir.. awak berdua patut berterima kepada isteri Eiyril. Kalau tak, saya rasa awak berdua memang tak akan jejakkan kaki lagi ke syarikat ni. Tolong amanah dengan kerja yang diberikan. Sekiranya ada masalah, cerita dengan kami. Bukan buat benda macam ni" nasihat Erul.

Farisya dan Reyna hanya terdiam.
***

Hana hanya memerhatikan nota dan jambangan bunga di atas mejanya.

Nota yang berbunyi, "sikit masa lagi sayang... Hana akan jadi milik Abang.." kata nota tersebut.

"Sayang..." Seru Eiyril. Dia mendekati Hana. Pada mulanya dia tersenyum namun melihatkan nota dan bunga, terus tegang wajahnya.

"Ini lagi satu hal. Aisyh! Sakit hati Abang ni tau.." marah Eiyril. Hana sudah ketawa... " Abang nilah, tenang dah lah. " Kata Hana.
***

Lelaki itu meletakkan novel dan sekeping gambar Hana di bawah timbunan kertas-kertas di dalam laci.

"Aku kena singkirkan kau. Kau ancaman buat aku" kata lelaki itu dengan senyuman sinisnya.

esok, Killa tak update ye :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience