Bab 82- Rahsia Tiga Tahun

Romance Completed 92034

Hana sudah datang ke tapak projek. Dan, tersenyum Erul dan Eiyril melihat Hana datang ke arah mereka. Hari ni mereka sudah memulakan projek mereka. Hasil usaha sama syarikat Khai dan Eiyril. Dan, sayangnya Khai terpaksa bertugas di syarikat. Hanya Eiyril, Erul, dan Hana di lapangan.

Ini pun setelah Erul yang merancang agar Eiyril lebih dekat dengan Hana.

"Selamat pagi, bos" senyum Hana. Erul dan Eiyril sudah tersenyum, "tak payah lah nak bahasakan bos. Dah ready ke?" Soal Eiyril.

Rose hanya tersenyum, "dah.." kata Rose. "Kalau macam tu, jom lah.. kita lawat" kata Erul.
***
"Saya minta maaf, bos. Memang saya perlukan duit. Tapi, dengan cara macam ni.. saya tak nak bos" tegas Aulia.

"Kenapa pula? Kerja you senang je.. Goda je Eiyril tu. Apa yang you takutkan sangat ni?" Marah Khai.

"Maafkan saya Bos. Saya tak boleh.." kata Aulia. Khai sudah menghentak tangannya ke meja, "kalau you tak nak.. fine, you boleh berambus dari syarikat ni.. " ugut Khai.

Aulia hanya tersenyum, "bos nak pecat saya.. bos pecat lah. Tapi, hal nak meruntuhkan masjid orang ni. Saya tak berani. Memandngkan kau pun bukan bos aku daa. Kau ingat aku tak tahu.. kes kau dengan Puan Hana. Tiga tahun lalu.." kata Aulia.

Khai sudah terdiam, "siapa kau?" Soal Khai. Aulia hanya tersenyum. "Tugas saya dah selesai. Sekarang ni, kau dah tak boleh pisahkan Eiyril dan Hana, Khai" tegas Aulia.

Terkejut Khai dengan perubahan sikap Aulia. PA nya yang selama ni bekerja dengannya.

Khai menapak menuju ke arah Aulia. "Kau siapa sebenarnya?" Kata Khai sambil menggengam tangan Aulia.

Dan, berkat seni mempertahankan diri Aulia. Tersungkur jatuh Khai di lantai.

"Kau tak perlu tahu siapa aku.." kata Aulia lantas meninggalkan Khai yang mengerang kesakitan.

Apabila Aulia sudah di luar pejabat. Dia menaik kereta dan kereta tersebut meluncur laju di jalan. Dia menghubungi seseorang.
***
"Penat sayang?" Soal Eiyril sambil menyerahkan air sejuk kepada isterinya. Cuacanya yang panas menyebabkan Hana kepenatan.

Rose hanya tersenyum mengambil air sejuk. "Boleh lah.." kata Rose.

"Hana... Hari ni kita jumpa Kak Hani dengan Abang Mi ye.. " kata Eiyril. Terhenti perlakuan Rose, "hari ni kita jumpa kakak saya?" Soal Rose, gembira. Akhirnya.. dia akan berjumpa dengan kakak kandungnya.. sedarah sedaging dengannya.
***
"Bagus Aulia. Ya, kerja awak dah tamat.. terima kasih. Sekarang ni, kita serahkan semuanya pada Hana.." kata Datin Layla, menutup telefonnya.

Sekarang, tinggal Hana lagi bertindak. Kejadian tiga tahun lalu terpaksa dirahsiakan mereka bertiga dalam satu perjumpaan.

Dia tahu selepas ni, jika Eiyril tahu rahsia ni. Dia pasti akan dibenci oleh anak saudaranya sendiri.

"Maafkan Aunty, Eiyril. Kau terseksa. Hana juga terseksa. Tapi, ni je caranya.. sekarang.. semuanya tinggal Hana lagi. Dan, Aunty janji.. selepas ni bahagia milik Eiyril dan Hana.." kata Datin Layla

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience