"Jaga diri baik-baik Rose." Kata Khai. Dia dihantar oleh abangnya dan anaknya. "Baik Abang. Dengar cakap Uncle. Nanti kalau ada apa-apa, Rose call . " Kata Rose, menyalam tangan Khai dan anaknya menyalam tangannya.
Dia akan meninggalkan anaknya selama seminggu dia berada di luar negara.
"Okay bro. Take care.. " kata Erul. Eiyril hanya tersenyum. Dan, setiap kali dia ke mana-mana.. dia sentiasa akan membawa gambar sang isteri.
***
Akhirnya mereka sampai di sini. Program selama satu minggu ini dikhaskan untuk mereka yang ingin membuka cawangan baharu di luar negara. Mereka akan diajar oleh syarikat yang sudah lama menapak di sini.
***
"Nice to mee you again, Tuan" kata Ann. Eiyril hanya tersenyum, "semua dah ready? Peserta semua dari Malaysia dah sampai kan?" Soal Eiyril.
"Dah Tuan. Esok.. semua dah sedia. Dan sepanjang seminggu ni pun semua kakitangan akan turut serta. " Kata Ann. Mereka antara syarikat yang berganding bahu dalam menjalankan program selama seminggu ini.
Dan, Ann tahu perihal cerita yang menimpa tuannya itu namun, dia mengambil keputusan untuk tidak membicarakan soal itu di hadapan Eiyril.
Betapa peritnya kehilangan seorang isteri dan anak akibat daripada peminat misteri novel isterinya.
"Baik.. kalau takda apa-apa. Kita jumpa esok lah ye. Saya nak berehat" kata Eiyril. Ann hanya menundukkan pandangannya.
***
Rose tiba di meja pendaftaran. Ann ketika itu berada di meja pendaftaran untuk mendaftar wakil syarikat yang sampai daripada Malaysia.
"Hai.. saya Rose, wakil syarikat Nusa.Co" kata Rose. Seperti Ann pernah mendengar suara ini, dia cepat-cepat mengangkat kepalanya dan terkejut.
"Hana.. Puan Hana kan?" Soal Ann, terkejut. Masakan dia tidak mengenali Hana. Walaupun di hadapannya wajah seperti Hana namun rambutnya pendek sehingga paras bahu. Jika dahulu, Hana rambutnya panjang mencecah paras pinggan. Dan, ya.. Hana dikenalinya tidak gemar bersolek.
Namun, di hadapannya Hana yang berambut pendek dan mengenakan solekan menyebabakan wajahnya lebih matang berbanding Hana yang dikenalinya dulu.
Rose agak sedikit terkejut dengan orang di hadapannya ini yang mengelarkan dirinya sebagai Hana.
"Maaf Encik, saya Rose. Mungkin Encik dah silap orang kut.." kata Rose. Pelik dia apabila lelaki di hadapan seakan memgenali dirinya.
Ann terus terdiam, "takkan lah.. maafkan saya Cik Rose, mungkin saya tersilap orang. Maaf sekali lagi. Selamat datang Cik Rose.. Silakan masuk ye.." kata Ann.
Dan, dia harus memberitahu perkara ini kepada Eiyril.
***
Rose mencari tempat duduknya dan dia duduk, sempat dia menghantar pesanan ringkas kepada Khai.
"Kerja elok-elok, sayang.." mesej Khai. Dan, Rose tersenyum, kenapa Khai suka memanggilnya sayang sedangkan dia menggangap Khai sebagai abangnya.
***
"Kau biar betul, Ann.. Kau jangan mainkan perasaan aku, Ann" kata Eiyril.
"Betul Tuan. Muka dia sebiji muka Hana Tuan. Tapi, dia macam bukan Hana. Cuma, dia berbeza dari Hana. Tapi, betul Tuan. Dia macam Hana ." Kata Ann.
Eiyril diam. "Siapa nama dia? " Soal Eiyril. Ann mengambil kertas, "ahh.. dia cakap nama dia Rose" kata Ann.
"Rose? Rose? Hana Roselyn?. Mana dia sekarang, aku nak jumpa?" Soal Eiyril. Terkocoh-kocoh dia berdiri apabila terdengar nama tersebut.
***
Eiyril membuka pintu dan semua bertepuk tangan kepadanya. Dia lupa bahawa dia dikenali oleh semuanya kerana Eiyril merupakan ketua pengurus bagi program ini.
"Dipersilakan Tuan Eiyril Elfian untuk memberikan sepatah dua kata" kata pengacar majlis. Dia terpaksa melupakan hasratnya bertemu orang yang dikatakan serupa dengan isterinya.
Rose hanya melihat ke arah pentas, wajah lelaki yang dikenali sebagai Eiyril Elfian, siapa tidak mengenali sosok insan ini.. namanya terpampang di akhbar dan majalah. Syarikat mega yang membangun di dalam dan luar negara.
Baru hari ini dia melihat wajah di sebalik syarikat berjaya ini namun sesuatu yang menggangu perasaan Rose. "Kenapa dengan aku ni, tiba-tiba hati aku berdegup nampak muka dia.. macam pernah nampak je muka dia ni.. tapi kat mana ye?" Gumam hati Rose.
"Siapa mamat ni? Aduii.. muka dia macam familiar.." kata Rose, secara tiba-tiba...kepalanya sakit dirasakan. Dia cuba bertenang dan mengambil botol air dan diminumnya.
Setelah dia bertenang... Dia menuju ke tandas untuk merapikan dirinya.
***
Rose merenung wajahnya di hadapan cermin dan masih lagi berfikir, "kenapa aku macam pernah tengok muka Tuan tu ye? Kenapa macam aku nak sangat peluk dia. Eh, gila lah kau Rose. Dah lah.. malas nak fikir" kata Rose, merapikan gincunya di bibir dan bedak di wajahnya.
Ketika Rose baru sahaja keluar dari tandas, tangan di tarik dan mulutnya ditekup oleh seseorang.
Dia dibawa ke sebuah bilik berhadapan tandas. Apabila lampu dibuka. Dia terkejut melihat muka di hadapnnya.
Dan, lelaki itu juga turut terkejut melihat wajah perempuan di hadapannya.
Share this novel