"Hana.. Hana.. ni Abang, sayang.. Abang." Kata Eiyril. Dia memeluk Rose di hadapannya. Rose sudah menjerit namun, sayang.. bilik ini kedap bunyi. Siapa yang akan mendengar suaranya.
Eiyril memeluk isterinya kuat, betul kata Ann. Wajahnya seperti Hana. Dan, dia yakin.. di hadapannya ialah isterinya.
Dia tidak akan melupakan liuk badan isterinya. Orang di hadapannya ini ialah Hana, isteri. Dia sangat merindukan isterinya sehingga tidak dapat mengawal dirinya.
Dia mencium leher jinjang isterinya dan muka Hana. Rose ketika itu terus mengigit bahu Eiyril dan terus memberikan penampar ke muka lelaki di hadapannya ini.
"You siapa ahh? Kau gila ke apa? You nak I report you ke polis atas gangguan seksual?" Jerit Rose. Dia merapikan baju yang dipakainya.
Tertanggal satu butang bajunya menyebabkan sedikit dadanya kelihatan.
Eiyril sedikit rasa kesakitan akibat ditampar oleh orang di hadapannya ini. "Hana.. Hana isteri Abang kan?" Soal Eiyril, sekali lagi mendekati perempuan di hadapannya.
"Siapa Hana ni? Saya Rose. Dah dua orang saya jumpa cakap saya Hana.. Saya Rose, Tuan Eiyril..." Kata Rose, tegas.
Eiyril hanya diam. Dia menyabarkan dirinya. Memang di hadapannya wajahnya seperti Hana, namun kepada di hadapannya memperkenalkan dirinya sebagai Rose.
"Maafkan saya. Mungkin kita tak pernah berkenal. Tapi, saya kenal awak. Awak Hana, isteri saya." Kata Eiyril.
Rose sudah sakit kepalanya. Suaranya ini seperti pernah di dengarnya. Rose sudah memegang kepalanya. Suara di hadapannya masih terngiang-ngiang di kepalanya.
"Hana.. hana.. hana, okay tak?" Soal Eiyril, dan di hadapannya.. Rose hampir jatuh ke lantai dan nasib Eiyril pantas menyambut isterinya daripada jatuh ke lantai.
***
Khairil menghumban risalah program di luar negara.
"Sial! Kenapa aku tak baca dulu.. Eiyril rupanya ketua program tu" marah Khairil.
Namun, dia sudah mengukirkan senyuman. "Tapi, aku tak perlu risau. Hana tak akan kenal siapa kau, Eiyril." Kata Khairil.
***
(Imbas Kembali)
"Macam mana keadaan dia Doktor?" Soal Khairil. "Hentakan tu sangat kuat, Encik. Berkemungkinan besar.. pesakit akan hilang ingatan." Terang Doktor.
"Ada harapan ke dia akan mengingati semuanya?" Soal Khairil. "Lihat kepada cara Encik lah. Mungkin Encik bawa dia ke tempat yang dia selalu pergi dan sebagainya. " Terang Doktor tersebut.
Dan, akhirnya Khairil membuat satu identiti baharu kepada Hana, dan menyatakan dirinya ialah Rose dan menceritakan bahawa dia ditinggalkan oleh suaminya kerana perempuan lain.
***
"Aku nak tengok, apa yang kau rasa... Apabila orang yang kau sayangi, membenci kau, Eiyril." Kata Khai sambil tersenyum.
Kemenangan sudah diraihnya sejak dari Hana hilang ingatan lagi.
***
Rose tersedar daripada pembaringannya. Seperti asing bilik ini bagi pandangannya.
Dan, apabila melihat baju yang tersarung, bukan lagi bajunya namun..
"Hana dah bangun?" Soal Eiyril di hadapannya. Baru sahaja Rose ingin melarikan diri, tangan sudahpun diikat.
"Kenapa Tuan ikat saya? Kenapa semua orang yang saya jumpa cakap saya Hana. Saya bukan Hana, saya Rose.." jerit Rose.
Eiyril sudah mendekat kepada Hana, dia membelai wajah isterinya yang sudah tiga tahun dia tidak bertemu.
"Saya kenal siapa isteri saya. Walaupun dia lain daripada dia yang dahulu. Dan, saya tahu tanda dekat badan isteri saya. " Bisik Eiyril di telinga Hana.
"Kau gila. Lepaskan aku!" Jerit Rose. Eiyril sudah ketawa, "jangan pernah cabar Abang, sayang.. Abang pernah gila disebabkan Hana. Dan, abang akan tetap gila untuk Hana.. so, kita ada masa seminggu untuk kita berkenalan dengan orang di hadapan Abang ni, walaupun Abang dah kenal siapa dia. Cuma, dengan identiti baharu, Rose.." sinis Eiyril.
"Kau lepaskan aku. Kalau tidak, aku lapor polis. Kau gila ke apa? Aku ada program dekat sini bukannya aku nak berkenalan dengan kau" jerit Rose.
"Hurmm.. bahasa yang kurang sopan. Itu pertama perbezaan antara Rose dan Hana. Tapi, tak pe.. Anyway, pasal program tu.. jangan risau. Abang tetap akan bagi Hana pergi. Dan, ingat.. jangan cuba lari ye, sayang. Selepas je habis program tu.. naik ke bilik ni semula" arah Eiyril.
Terpaksa dia menggunakan perangainya yang dahulu ketika kali pertama dia bertemu Hana kerana orang di hadapannya ini bukan seperti Hana.
Ada dua kemungkinan yang Eiyril boleh fikirkan, sama ada isterinya hilang ingatan ataupun isterinya diugut oleh Fahmi untuk berlakon seperti ini. Namun, dia pasti. Hana hilang ingatan. Percakapan dan gayanya bukannya Hana.
"Kau siapa nak arahkan aku? " Soal Rose. Eiyril sudah ketawa..
"Tu senang je nak jawab sayang.. saya suami awak lah. Kalau kau tak nak ikut cakap aku. Senang je. Nak aku sebarkan gambar ni?" Rose melihat gambar dia dan Eiyril di katil.
"Sial!" Kata Rose. Eiyril sudah terkejut, "waw.. Abang tak sangka isteri Abang ni dah pandai mencarut.. " kata Eiyril, masih sinis.
Dan, Rose memandang wajah Eiyril dengan perasaan benci yang teramat.
Terpaksa Eiyril guna cara lama..
Share this novel
maknanya Eiyril x cerikan Hana lah