Bab 5- Penculikan Bermula

Romance Completed 92240

"Boleh call tak Honey?" soal Sandra. Selepas sahaja majlis hari jadinya selesai. Mereka cuba menghubungi Eiyril dan Hana. Namun, kedua-duanya gagal dihubungi.

"Honey... macam mana ni?" soal Sandra. Risau dia. Ya, Erul pernah menceritkan mengenai obsesi lelaki itu terhadap penulis kesayangan. Dan, bagaimana keadaan Hana. Dia takut dan risau.

"Baby.. Honey hantar Baby balik dulu. Terus Honey akan direct ke rumah Eiyril ye" kata Erul. Sandra menganggukkan kepalanya.
***********
Flashback( 2 jam lalu)

"Agaknya mereka ke mana tu ye Encik Eiyril?" soal Hana ramah, agak kekok mereka ditinggalkan berdua.

"Saya tak nak tahu mereka ke mana. Anyway, Cik Hana.. Saya sebenarnya peminat novel awak. Saya dah beli semua novel awak. Betul. Ada dekat rumah. Boleh tak, sebagai peminat.. saya nak minta awak tandatangan novel awak tu?" rayu Eiyril.

Hana gembira dia berjumpa dengan peminatnya. "Ye ke.. Alhamdulillah.. Terima kasih kerana menyokong karya saya" girang dan excitednya Hana berjumpa dengan peminatnya.

"Boleh? Saya janji lepas je awak tandatangan, kita balik" kata Eiyril.

"Okay. kijap.. saya nak bagitahu Sandra dulu" pamit Hana. Eiyril menghalangnya.

"Sekijap je ni. Jangan risau. Lagipun, rumah saya dekat je. Area sini" kata Eiyril. Hana percaya dengan kata-kata Eiyril.

"Okay. Jom..." kata Hana. Eiyril sudah tersenyum kemenangan.
*********
(Sekarang)

"Mana perempuan tu?" soal Erul apabila sampai sahaja di rumah sepupunya. Eiyril hanya tersenyum sinis.

"Perempuan apa? Siapa?" soal Eiyril sambil menyilangkan kakinya. Dia sudah menukar baju dan mandi selepas sahaja dari majlis itu dan melakukan beberapa perbincangan dengan Hana. Kini, perempuan itu di suatu tempat yang hanya dia yang tahu.

"Ril.. kau tak boleh buat macam ni. Hana tu manusia. Bukannya novel kesayangan kau, yang kau kurung dekat bilik tu. Dia bukan benda Ril" bentak Erul. Risau dia dengan sepupunya.

"Kau boleh tak jangan menyibuk.. Kecoh lah kau ni. Kau jangan risau lah pasal Hana tu. Tahulah aku, nak buat apa dengan dia. Dan, dia pun rela nak buat apa yang aku nak. So, better you back off dan jangan menyibuk" amaran Eiyril.

Erul sudah sedikit menahan marah. "Okay.. Aku tak akan masuk campur, tapi bagitahu aku, dia okay tak? dia selamat? dia mana?" soal Erul bertalu-talu.

"Itu bukan urusan kau. Dah, blah.. Jumpa dekat pejabat esok" kata Eiyril meninggalkan Erul.
*********

"Honey.. mana Hana?" soal Sandra di balik telefon.

"Ril tak nak bagitahu Hana dekat mana. Tapi, ikut apa yang dikatakan oleh Ril tadi, Hana yang rela ikut apa sahaja Ril nak." terang Erul.

"Kita buat laporan polis nak?" Sandra memberi cadangan.

"Baby... Mark my words. Hana yang rela. It's not consider as kidnap baby..." kata Erul lagi.

Sandra sudah terdiam.

"Tapi, kita perlu juga cari Hana, Honey" kata Sandra.

"Itu jangan risau.. Okay.. dah baby tidur ye. Honey yakin Hana selamat. Ril tak akan buat benda gila. Lagipun, Hana kan penulis novel kesayangan dia." terang Erul.
*********

"Dia dah makan? Bagus. Keep an eye of her. " kata Eiyril di sebalik telefon.

"Hana... it only the beginning..." bisik Eiyril.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience