Bab 49 - Semua Suspek

Romance Completed 92034

"Ada apa ni?" Soal Eiyril, sambil memeluk tubuh. Kedua pekerja tersebut takut-takut kepadanya. Namun, tidak Hana. Cuma, dari riak mukanya.. dia merasakan aura Eiyril yang dahulu, ketika kali pertama dia bertemu dengan Eiyril.

"Err.. maafkan kami Tuan Elfian. Kami baru nak tunjukkan pekerja baru ni dekat mana pantri. Owh ye, pantri dekat sana ye. Okay?" Ramah pekerja perempuan tersebut.

Namun, Hana malas mengambil endah perangai kedua perempuan di hadapannya. Pandai bermuka-muka. Hana terus meninggalkan mereka dan terus menuju ke pantri untuk membuat kopi.

"Dah, pergi buat kerja.." tegur Eiyril.
***
"Mereka ada buli Hana ke tadi?" Soal Eiyril, risau.

"Takde lah Abang.." kata Hana, malas dia ingin memanjangkan masalah. Biar mereka sedar sendiri.

"Hana nak tanya, kenapa Abang rahsiakan perkhawinan kita dalam pejabat ni?" Soal Hana, pelik.

"Tu senang.. Abang sekarang tengah siasat satu perkara..." Kata Eiyril, terus berubah riak mukanya.

"Satu perkara, apa tu?" Soal Hana. Eiyril sudah tersenyum.

"Dalam pejabat ni, ada yang pekerja yang baik, tapi ada juga pekerja yang ambil kesempatan.. walaupun ni cuma syarikat penerbitan." Kata Eiyril.

"Maksudnya... Ada yang khianati syarikat Abang ke?" Soal Hana. Eiyril terus tersenyum.

"Ye sayang.. Abang dah tengok laporan kewangan, ada yang pelik. Harga dakwat, kertas dan sebagainya. Semuanya pelik. Tulah sebab.. Abang nak Hana tolong Abang, kita siasat sama-sama kes ni" kata Eiyril.

"Erul tahu tak?" Soal Hana.

"Erul adalah orang pertama yang tahu pasal kes ni, kes ni berlaku waktu Hana jadi tawanan Abang dulu. Masalahnya, ia berterusan sampai sekarang. Walaupun syarikat tak berapa menanggung rugi tapi, Abang tak nak pekerja macam tu terus ada dekat sini. " Kata Eiyril.

Hana meraih tangan suaminya, "baik Abang.. Hana boleh bantu. Dan, jangan risau. Hana akan sentiasa membantu Abang." Janji Hana.

Eiyril sudah tersenyum lalu mencium tangan isterinya. " Erul dah uruskan bahagian HR. Hana cuba uruskan pekerja bawahan. Hana pura-pura masuk dalam kelompok mereka. Okay sayang. But, make sure.. be careful. Okay?" Soal Eiyril.

Hana hanya tersenyum. Baru dia tahu kenapa suaminya menyuruh Hana bekerja di sini, kerana baginya sekarang.. semua pekerja dalam pejabat ini ialah suspeknya.
***

Hani sangat gembira hari ni, apabila Eiyril mengirim gambar Hana yang sangat comel hari ni.

Cuma Hani terpaksa memadam perbualan nya bersama Eiyril. Berkat permintaan Hani, Eiyril harus mengirimkan gambar kepadanya untuk melihat adiknya.

Dia merindukan adiknya , entah bila dia akan berjumpa adiknya.

Telefonnya berdering menandakan panggilan masuk, "hello.. hani speaking. Yes.. Ye Datin, kenapa? Owh.. boleh. Takda masalah. Kalau macam tu hari Sabtu lah kita jumpa ye. " Kata Hani.

"Untuk majilis apa ye Datin? Owh majlis sambut menantu. Okay.. boleh Datin, nanti Datin ajak menantu Datin ye. Baik Datin, terima kasih" kata Hani, mematikan panggilan.

Dia bersyukur rezekinya sentiasa ada dalam perniagaannya sekarang.

sorry kalau pendek chapter ni. sebab nak seimbangkan untuk next chapter . stay tuned.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience