"Saya dah lama habis makan Eiyril, lepaskan saya. Sampai bila awak nak buat saya macam ni?" pinta Hana. Hampir setengah jam keadaannya begini. Eiyril masih lagi tidak melepaskannya.
"Sampai bila? Sampai awak bersetuju nak tinggal dengan Abang. Boleh?" soal Eiyril. Kesempatan yang sangat baik sekarang. Dia perlu memaksa Hana untuk tinggal bersamanya.
"Are you out of your mind, Encik Eiyril Elfian? Cukuplah awak kurung saya dulu. Sekarang ni awak masih nak kurung saya lagi?" soal Hana, semakin meninggi suaranya. Dia hilang sabar.
"Tu dulu lain.. Sekarang, dah lain Puan Hana. Awak tu isteri Abang. Mana boleh Abang bagi Hana tinggal sorang?" kata Eiyril sambil melemparkan senyumannya.
Hana pelik, mana pergi nya Eiyril yang dingin, jahat, dan garang tu?
"Awak ni hilang ingatan ke apa? Awak ingat senang-senang saya nak iktiraf awak sebagai suami. Saya masih ingat kata-kata awak Eiyril. Awak khawin saya sebab dendam awak dekat kakak saya" jerit Hana.
Eiyril masih dengan senyuman, "mungkin Abang hilang ingatan sebab baca novel Hana kut. Apa Hana cakap dalam novel tu, semoga Abang dapat kebahagian kerana Abang layak mendapatkannya. Ini sekarang, Hana lah kebahagian Abang" kata Eiyril.
Hana sekali lagi ingin menjadi gila. Adakah disebabkan novelnya, Eiyril menjadi begini?
***
Hampir dua jam dia diikat. Dia hanya memandang Eiyril yang sibuk menguruskan laporan syarikat.
"Apa saya perlu buat, supaya awak boleh lepaskan saya?" soal Hana, kali ini nadanya dijaga. Kerana, di hadapannya ini ialah suaminya bukan Encik Eiyril.
Eiyril terhenti pekerjaannya dan tersenyum memandang Hana. "Ahh, inilah yang Abang nak. Kan, best Hana cakap lembut macam tu. " kata Eiyril.
Eiyril mendekati Hana, "Abang akan lepaskan Hana. Tapi, janji dengan Abang. Hana kemas semua barang Hana dekat rumah Hana dan pindah masuk dekat sini. Okay sayang" kata Eiyril membelai rambut Hana.
Hana hanya terdiam sambil dia memikirkan strategi dan dia mendapat idea
"Okay Hana, sampai je dekat rumah nanti, kau kunci pintu. Jangan keluar.. sampai keadaan selamat. Bijak Hana.. bijak .." suara hati Hana berbicara.
Eiyril sudah tersenyum, dia tahu apa di fikirkan si isteri. Sebarang kemungkinan, dia sudah bersedia.
"Baik Eiyril. Saya akan pindah dekat sini. Maafkan saya kalau berkasar" sengaja suaranya dilembutkan.
"Abang pun nak minta maaf dengan sayang. Kalau -kalau lepas ni Abang ada buat silap." kata Eiyril.
Dia kemudian membuka ikatan di tangan Hana dan sempat mencium tangan Hana yang diikat. Terkejut seketika Hana dengan perlakuan Eiyril ketika ini.
"Kalau sayang tak kasar tadi, taklah merah tangan Hana, ni tengok.. merah, mesti sakit kan. Sorry sayang.." kata Eiyril mengusap tangan isterinya.
Menjadi ke rancangan Puan Hana kita tu? Stay tuned :)
Share this novel