"Terbaik kerja hari ni Hana.. " kata Erul, sambil kepalanya dijenguk ke dalam pejabat Eiyril.
"Terima kasih. Err, kenapa Erul berdiri dekat luar je?" Soal Hana. Erul sudah tersengih. "Saya dah kena hukuman, tak boleh masuk bilik suami kesayangan awak tu" kata Erul.
Hana sudah ketawa, "sebab?" Soal Hana.
"Sebab mulut dia macam mak nenek, mak nenek pun kalah.." kata Eiyril memasuki bilik tersebut.
"Ek eleh kau. Kalau takda dia, mana boleh dia bagitahu kau, yang isteri kau kena buli. Kau kena berterima kasih dekat aku tau" kata Erul.
"A ah.. terima kasih sepupuku yang mak nenek. Dah, kau cakap nak ambil Sandra, pergilah balik." Kata Eiyril.
"Kau tunggu, aku lapor dekat isteri aku.. kau sabar. Dah lah, aku nak balik. Err.. Hana, jangan lupa tau Sabtu ni. Mama saya wasap saya tadi.. bye Hana.. bye bos" sengih Erul.
Hana hanya ketawa melihat karenah mereka berdua. "Owh ya Abang.. siapa dia yang bagitahu Hana kena buli. Patutlah Abang terus turun bawah.. " kata Hana.
"Adalah.. jangan fikirkan sangat. Dah, jom balik. Abang rindu Hana" sengih Eiyril.
Hana sudah mengemaskan filenya.
***
"Eh, kau tengok tu.. kenapa PA tu naik kereta dengan Tuan Elfian, siap duduk depan lagi tu" kata Syahrini.
"A ah lah.. eee, entah-entah PA Tuan ni gedik tak? Tak pernah lagi aku nampak Tuan Elfian bawa perempuan naik kereta dia" kata Reyna.
"Korang ni dah kenapa?" Soal Fahmi, melihat kedua wanita ni.. tak habis dengan membawang.
"Gossip sensasi ni, tu.. kita orang nampak PA Tuan Elfian siap duduk depan dalam kereta Tuan" kata Reyna.
"Eh korang ni.. mana lah tau,.memudahkan mereka berbincang, mungkin juga tempat tinggal mereka dekat ke. Korang tak yah lah nak sibuk hal bos. Buat je kerja korang" kata Fahmi.
"Mana boleh.. baru PA, siap boleh naik kereta Tuan. Kami ni punya lama kerja dekat sini, nak bercakap dengan Tuan pun susah" kata Syahrini.
"Yang korang tak puas hati sangat ni kenapa? Pelik lah aku dengan korang berdua ni. Menyibuk je kerjanya. " Kata Fahmi meninggalkan mereka berdua. Makin dilayan, makin gila Fahmi dibuatnya.
"Apakata Kak, kita kenakan budak baharu tu. Takut naik minyak" rancang Syahrini.
"Bagus juga cadangan kau tu. Kerek semacam budak tu selepas bos lebihkan dia." Kata Reyna.
***
"Hani buat apa sayang?" Bicara Khuzaimi yang baru sahaja balik dari tempat kerjanya.
"Tengah buat lakaran untuk baju Datin, katanya nak sambut menantu" kata Hani, senyum.
Khuzaimi hanya mengurut bahu isterinya, dia sayangkan Hani, sangat..
"Abang dah makan? Jom makan, nak. Hani panaskan lauk" kata Hani.
Khuzaimi memberhentikan urutan di bahunya dan berkata, "boleh juga... Abang naik atas dulu tau. Nak mandi. Hani rehat-rehat lah kalau penat. Okay sayang?" Kata Khuzaimi meninggalkan Hani.
Memang Khuzaimi suami yang sangat baik, namun bila barannya datang. Yang disayangi pun boleh jadi musuh baginya.
Dia bercinta dengan Khuzaimi sejurus sahaja dia memutuskan Eiyril, sewaktu sahaja dia tahu bahawa Eiyril akan jatuh miskin. Dia pergi kepada Khuzaimi yang ketika itu berumur awal 30-an dan berharap bahawa pilihannya tepat.
Memang Khuzaimi suami yang baik, namun setelah kahwin, baru dia mengetahui bahawa suaminya ini mempunyai baran. Apatah lagi jika ada lelaki yang berbual atau senyum kepadanya.
Disebabkan hal ni, Hani hanya menerima wanita sebagai pelanggannya, dan tidak mahu lagi dia berurusan dengan lelaki. Pernah dia menceritakan perkara ini kepada ibu mentuanya namun kata ibu mentuanya.
"Khuzaimi terlalu menyayangi Hani. Apakata Hani jaga perasaannya dia, jangan buat dia terlalu cemburu. Sebab memang anak mama ni cemburu orang" kata ibu mentuanya. Tapi, bagi Hani, sedikit keterlaluan sikap suaminya.
"Mungkin, inilah yang aku dapat bila aku memilih Abang dan tinggalkan Eiyril." Kata Hani merenung nasibnya.
Esok Killa tak update ye. Stay tuned.
Share this novel