Hana sudah berlegar-legar di dalam bilik tu. Sebentar tadi, Tina membawakkan pakaian dan makanan kepadanya. Nasib baik dalam bilik ni ada tandas dan bilik mandi.
Hana masih memikirkan bagaimana dia harus menambat kembali hati suaminya. "Macam mana lah aku nak pujuk dia balik. Dah lah kena kurung" gumam Hana.
***
"Airil... Nak papa bacakan buku mana? Pilih" kata Eiyril. Kemudian, anaknya menarik satu novel karya isterinya.
Eiyril sudah tersenyum, sedikit terhibur dengan anaknya, "like father, like son" senyum Eiyril. "Okay.. kalau nak Papa baca novel Mama, baring dekat sini. Novel ni Mama buat khas untuk Papa tau. Dulu Papa bagi Mama novel ni supaya Mama boleh ingat Papa balik." Eiyril teringat dia mengambil balik novel ni ketika mereka di hotel dulu.
***
Setelah dia menidurkan anaknya, dia terus bergegas ke bilik Hana dikurungnya.
Dia secara perlahan membuka pintu dan melihat sekujur tubuh yang baring di sofa meringkuk kesejukan.
Dengan berhati-hati, Eiyril mencimpung tubuh isterinya dan masuk ke bilik mereka dahulu.
Eiyril melihat Hana yang tidurnya nyenyak. Mungkin segala masalah sudah selesai. Eiyril membelai rambut Hana dan wajahnya.
"Lain kali... Jangan tipu Abang, Hana. Abang terseksa. Tiga tahun tu bukannya sekijap.." Bisik Eiyril. Masih terngiang-ngiang nasihat Erul kepada dirinya.
"Abang tunggu Hana pujuk Abang ye" senyum Eiyril dan memeluk isterinya.
***
Hana terbangun dan melihat sekelilingnya, bilik mereka dahulu. Dan, terus berfikir..
"Mungkin Abang yang angkat kut." Dan melihat ruang sebelahnya kosong.
"Abang mana?" Soal Hana.
Menangis lagi Hana..
***
"Mak Cik... Saya Eiyril" kata Eiyril. Mak Khai tersenyum, "Nak, syukurlah semua dah berakhir.. mak cik sekali lagi nak minta maaf dengan kamu dan Hana" kata Mak Khai.
Eiyril hanya tersenyum, "Mak Cik.. ni semua syer dekat syarikat Khai. Saya tak nak ambil. Mak Cik ambil lah.." kata Eiyril.
Mak Khai sudah menangis, terlalu baik keluarga Hana kepada mereka walaupun sebenarnya yang dilakukan oleh mereka sangat jahat.
***
Khai hanya diam dalam penjara, dia merindukan Hana.. sangat.
"Hana.. Hana..." Bisik Khai. "Encik Khairil, awak ada pelawat."
Dan, sejurus sahaja melihat siapakah pelawatya, dia tersenyum.
"Kau sihat, Khai..?" Basa-basi Eiyril. Khai hanya ketawa, "entahlah.. kau rasa.." soal Khai.
"Aku harap kau dapat lupakan Hana.." kata Eiyril. Khai sudah mulai menangis. "Aku dah bagi tiga tahun dekat kau Khai. Untuk berasa dekat dengan Hana. Dan, aku dah bagi peluang dekat kau. Sekarang, lepaskan Hana ye. Lupakan dia. Sebab Hana aku isteri aku" kata Eiyril.
Khai menangis lagi. Sudah mulai menerima kebenaran, Hana sememangnya milik Eiyril. "Maafkan aku Eiyril. Maafkan aku." Sayu suara Khai.
***
Eiyril memandu tenang menuju ke rumahnya. Jiwanya tenang apabila semuanya selesai.
Teringat pesanan Khai tadi, "jaga Hana Ril. Aku sayang sangat dekat dia. Anak kau pun dah macam aku anggap anak aku. Maafkan aku, punca aku pisahkan korang berdua. Maaf" kesal Khai.
Telefonnya berbunyi, Aunty Layla menghubunginya, "ye Aunty.. apa lagi Aunty nak?" Soal Eiyril.
Dan, wajahnya tegang mendengarkan kata -kata Aunty Layla.
***
Hana sedang bermain dengan anaknya di ruang tamu dan kedengaran kereta masuk di perkarangan garaj.
"Abang..." Panggil Hana. Namun, tidak diendahkan oleh Eiyril dan terus mendaki tangga ke atas.
"Err.. Tina, boleh tolong jaga Airil kijap" kata Hana.
Hana menuju ke bilik suaminya, dan melihat Eiyril sedang melihat telefon.
"Abang.." panggil Hana. Ya, dia harus memujuk suaminya. "Abang... Hana datang nak pujuk Abang ni" kata Hana. Hana mulai dengan strateginya memujuk suaminya. Dengan membelai lengan sang suami.
Eiyril sedikit menyembunyikan senyuman. Pandai isterinya memujuk dirinya.
"Pujuklah.. " bisik Eiyril. Merajuk lama sangat pun tak boleh. Hatinya semakin merindukan Hana. Hana tersenyum dan terus menutup pintu bilik mereka.
***
"Bagus lah tu Ma. Buang yang keruh, ambil yang jernih.." kata Erul.
"Dah, Ma ingat nak rehat kijap lah. Nak pergi oversea, rehatkan minda" kata Aunty Layla.
Erul sudah tersenyum, "penat kan jaga kami Ma?" Soal Erul.
Aunty Layla sudah tersenyum, "Ma hanya menunaikan janji. Janji Mama kepada Papa Ril. Untuk jaga Ril macam anak mama." Kata Aunty Layla.
Dan, Erul tahu perihal itu. "Papa mana yang tak sayangkan anaknya, Ma.. walaupun Uncle tak suka dengan anaknya sendiri. Tapi, akhirnya... Papa dia juga yang pesan suruh jaga Ril" kata Erul.
"Dan, nasib lah sekarang dah ada yang sayang dan jaga Ril tu" kata Aunty Layla. Erul sudah tersenyum, "Jadi, Ma dah ready ke nak bagitahu rahsia tu dekat Eiyril" soal Erul.
"Dah... Ma dah sedia dari dulu lagi.." kata Aunty Layla.
Esok Killa rest tau. Rahsia apa tu? Tunggu...
Share this novel