Semalam Hana tidak dapat tidur, fikirannya melayang memikirkan luahan Eiyril kepadanya. Dia bangun melihat cermin, matanya kelihatan letih akibat tidak tidur semalam. Masih terngiang-ngiang kata-kata Eiyril semalam.
"Saya dah sukakan awak, Hana. Dari hari pertama saya baca karya awak. Dari hari pertama saya kirim hadiah dekat awak, dari hari pertama kali kita berjumpa. Saya cuba untuk menipu, tapi.. hati saya.. hati saya sentiasa risaukan awak. Hana. Hati saya takut nak lihat awak sedih. Biarpun pada permulaan layanan saya dekat awak kasar. Saya cuba untuk tidak jatuh cinta lagi. Sebab saya takut jadi macam dulu. Tapi, Erul cakap dengan saya. Kalau saya tak luahkan, saya akan kehilangan awak Hana" kata Eiyril.
Hana menampar pipinya, berharap ini semua mimpi. Namun, ini bukan mimpi. Memang Eiyril meluahkan perasaan kepadanya.
*****
Eiyril menyediakan sarapan pagi hari ini. Dia menunggu kelibat Hana untuk turun. Apabila orang yang diminatinya turun, dia terus berdiri dan menjemput Hana ke meja makan.
Hana yang sedikit terkejut melihat Eiyril berada di meja makan. " Err.. awal awak datang hari ini?" soal Hana. Dia cuba untuk tidak mengingati perkara semalam.
"Biasalah. Nak tengok pujaan hati kan. Walaupun dia belum cakap apa perasaan dia kepada saya. Okay, kita makan ye.. " kata Eiyril lantas melihat bawah mata Hana yang gelap.
"Hana, awak tak tidur ke semalam? Awak buat apa?" soal Eiyril. Perasaan risaunya menjelma kembali.
"Err.. yalah, macam mana saya nak tidur. Awak dah cakap macam tu.. " kata Hana. Eiyril terketawa.
"Baik, habiskan makanan ini. Lepas tu, pergi bilik saya dekat sana. Okay" kata Eiyril. Hana hanya mengikuti sahaja rentak Eiyril.
*****
Setelah mereka habis bersarapan. Hana mengetuk pintu bilik Eiyril. Laungan masuk kedengaran.
"Duduk Hana. " kata Eiyril. Hana duduk di sofa dan menantikan apa yang ingin Eiyril katakan.
Eiyril mendekatinya dan mengambil sebuah bantal. Diletakkan bantal itu di ribanya.
"Sekarang. Tidur..saya tak kira. Awak kena tidur, sini" arah Eiyril. Hana sudah pelik.
"Awak ni dah kenapa? Paksa saya tidur pula" kata Hana.
"Hana Roselyn. Tidur.. cepat" keras sedikit suara Eiyril. Hana sedikt tersentak terus membaringkan kepalanya di bantal tersebut. Eiyril merendahkan suhu dan menyelimutkan Hana.
"Awak cakap kan.. awak tak dapat tidur. Sekarang awak tidur. Kena tidur. Sambil tu, saya bacakan novel awak. Okay, tutup mata" arah Eiyril.
Hana menutup dan mulai mendengar novelnya dibaca oleh Eiyril. Lama - kelamaan Hana tertidur.
Eiyril yang mendengar dengkuran halus Hana mulai mengulum senyuman.
"Saya cintakan awak Hana, awak cintakan saya tak ?" soal Eiyril. Merenung wajah Hana yang tidur lena itu.
Namun, dia takut lagi untuk jatuh cinta. Percintaannya dengan Lyn, bapa yang membencinya. Dia takut dia akan kecewa lagi.
"Harap awak tak kecewakan saya. Harap awak akan jadi macam novel awak. Sentiasa ada untuk saya, suruh saya bangkit dan jangan bersedih" bisik Eiyril sambil membelai pipi Hana.
p/s : Esok tak update ye ;-).
Share this novel