Bab 61 - Diarahkan

Romance Completed 92240

"Okay, baik. Terima kasih Fikree .. " kata Eiyril. Selepas sahaja mesyuarat, dia mendapat panggilan daripada Fikree mengenai hal ini. Berkerut muka Eiyril menahan rasa.

"Kenapa Ril? " Soal Erul. Eiyril menarik nafas dan menghembuskannya secara perlahan. "Fikree kata tadi ada kereta berdekatan dengan rumah aku. Makin berani orang ni" kata Eiyril.

Erul hanya diam. Namun, dia ada rancangan untuk memerangkap pelakunya cuma... Hanya satu umpan dalam rancangannya, Hana.. tapi bersetujukah orang di hadapannya ni?.
***

"Okay Kak Hani. Nanti Hana minta izin Abang pergi butik Akak tau. Okay kak. Sayang akak.." kata Hana.

Minggu depan, dia akan meminta izin untuk bertemu dengan kakaknya. Dia merindukan kakaknya.

"Puan... Nak makan kek?" Kata Tina. Hana terus gembira. Memang dia teringin makan kek. Entah kenapa. "Boleh.. panggil Abang Fikree sekali tau. Takkan lah nak berjaga 24 jam. Kena rehat juga." Kata Hana.
***

"Kau gila ke apa? Hana sebagai umpan.. " kata Eiyril. Erul sudah mengetahui inilah reaksi apabila diberitahu rancangan ini.

"Ril.. kalau kita tak buat macam ni, sampai ke sudah kita tak tahu siapa peminat rahsia Hana ni. Chill sudah lah. Kau cuma pastikan yang orang tu takkan buat apa-apa dekat Hana. " Kata Erul.

Eiyril terdiam memikirkan cadangan Erul. Namun, ada betulnya cadangan ini. Tapi, meletakkan isterinya dalam bahaya, tidak mungkin dia akan melakukannya.

"Percaya Ril. Nak buat macam mana lagi.. ni je caranya." Kata Erul.

Ril sudah menghembuskan nafasnya dan sesekali dia mengeluh. "Baik.. aku serahkan dekat kau untuk fikirkan rancangan dan tindakan selepas ini. Dapat je dekat aku siapa orang ni, memang aku sumbat dia dalam penjara" kata Eiyril.

Erul sudah tersenyum...
***

"Berselera Puan makan ye.." tegur Tina. Fikree juga terkejut. Setengah daripada kek dihabiskan oleh isteri majikannya.

"Sedap awak buat Tina... Tu yang saya tambah tu" kata Hana. Tina sudah tersenyum, "ke... Puan ada isi ni?" Soal Tina. Terhenti suapan Hana, lalu Hana ketawa.. "tak kut.. takkan lah kan.. hehehe.. dah makan.." kata Hana.
***

Lelaki itu masuk ke biliknya. Semua koleksi novel Hana dan gambar Hana berlekatan di dinding. Beberapa tahun yang lalu, dia meminati Hana dalam diam semenjak kali pertama dia membaca novel Hana.

Novel Hana yang membantunya bangkit. Dia mahukan Hana lebih daripada segalanya. Namun, dia sedih apabila dikhabar penulis novel kesayangan seperti hilang. Novel terakhir keluarannya juga dia tidak dapat membelinya atas alasan penghabisan stok.

Dan, apabila dia berjumpa Hana kembali di pejabat. Dan, ketika dia melihat senyuman Hana sama seperti senyumannya ketika kali pertama dia berjumpa Hana.

"Hana... Abang tak sabar nak hidup dengan Hana." Kata lelaki tersebut lantas mengambil sebingkai gambar Hana dan dipeluknya seperti dia memeluk orangnya.

Betapa dia gembira apabila dapat bertemu Hana di pejabat. Tanpa disedari oleh mereka.. dia sentiasa memerhatikan Hana di mana sahaja Hana berada.

Dan, tempat kesukaannya di pantri dan di bilik file. Itulah Hana. Melihat dia tekun membuatkan hatinya ingin membawa Hana pergi jauh bersamanya.

"Esok, abang jumpa Hana lagi ye.. Kalau Hana tak datang pejabat pun, Abang pergi rumah Hana." kata lelaki itu seakan dia berkata dengan Hana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience